Monday, March 30, 2009

SAMPAH LAGI!!!

ASSALAMUALAIKUM..WRT..

UNTUK KESEKIAN KALINYA DIMOHON KERJASAMA SEMUA PENGHUNI AGAR DAPAT MENJAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN KOMUNITI KITA.

KEBELAKANGAN INI MASALAH TERSEBUT MAKIN KERAP BERLAKU. SAMPAH-SAMPAH DIBUANG SESUKA HATI DI MERATA-RATA TEMPAT.

TINDAKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TELAH MENYEBABKAN TIMBUL PULA SATU LAGI MASALAH IAITU KEHADIRAN ANJING-ANJING LIAR.

BERILAH KERJASAMA ANDA AGAR KAWASAN KOMUNITI BEBAS DARI SEGALA MASALAH TERSEBUT.

BAGI PENGHUNI BLOK E, PINTU PAGAR YANG BERDEKATAN DENGAN RUMAH SAMPAH TELAH PUN DIBUKA UNTUK MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA ANDA.

SEKIAN.

PERJUMPAAN WAKIL-WAKIL PENDUDUK BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH)


ASSALAMUALAIKUM..WRT..

PADA 24HB MAC 2009 PIHAK BPH TELAH MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN SEMUA WAKIL-WAKIL PENDUDUK PUTRAJAYA. TIDAK TERKECUALI, WAKIL-WAKIL PENDUDUK DARI PRESINT 14 JUGA TELAH IKUT SERTA.

ANTARA PERKARA-PERKARA YANG TELAH DIBANGKITKAN KETIKA SESSI PERTEMUAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. CCTV - MEMOHON KEPADA PIHAK BPH AGAR MELETAKKAN CCTV TERSEBUT DI TEMPAT-TEMPAT YANG LEBIH STRATEGIK TERUTAMA DI LALUAN MASUK UTAMA DAN DI HADAPAN LIF SEMUA BLOK.

2. MEMOHON TAMBAHAN BUMBUNG UNTUK LOT-LOT PARKING DI BAWAH BLOK A,B,C DAN D BAGI MENGELAKKAN TERKENA OBJEK YANG TERJATUH.

3. BONGGOL JALAN - MEMOHON AGAR BONGGOL YANG TELAH DIPASANG DAPAT DIRENDAHKAN SEDIKIT BAGI MENGELAK KEROSAKAN KEPADA KENDERAAN PENDUDUK.

4. SURAU - MOHON DIPERBESARKAN DAN DIBINA SETOR UNTUK SIMPANAN BARANG-BARANG.

5. DEWAN SERBAGUNA - MEMOHON AGAR PIHAK BPH DAPAT MENUKAR LAMPU YANG LEBIH SESUAI DAN MENGUBAH KEDUDUKAN KIPAS KERANA KEDUDUKAN KIPAS YANG TERLALU RENDAH DAN LAMPU YANG TERLALU BERSILAU. JUGA MOHON DIPERBAIKI LANTAI DEWAN TERSEBUT.

6. GELANGGANG BOLA TAMPAR/ BOLA KERANJANG - MOHON DI TAMBAH LAMPU DAN DIPASANG PAGAR PENGHADANG.

7. PONDOK KESELAMATAN - MEMOHON AGAR DIBINA PONDOK KESELAMATAN DI PINTU MASUK/KELUAR UTAMA KE KAWASAN KUARTERS.

ADALAH AMAT DIHARAPKAN SEGALA APA YANG TELAH DIBANGKITKAN AKAN MENDAPAT PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

KERJASAMA SEMUA PENDUDUK JUGA AMAT DIHARAPKAN AGAR DAPAT MENGHUBUNGI WAKIL-WAKIL PENDUDUK BLOK MASING-MASING SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG ADUAN DAN CADANGAN BAGI PENAMBAHBAIKAN KOMUNITI KITA.

SEKIAN TERIMA KASIH.

KELAS TAE KWON DO

ASSALAMUALAIKUM..WRT..

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KELAS TAE KWON DO AKAN DIADAKAN BERMULA 4HB APRIL 2009, SABTU JAM 10.00PAGI.

KELAS INI DIKHASKAN UNTUK PELAJAR DAN KANAK-KANAK.

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI SILA HADIRKAN DIRI PADA TARIKH TERSEBUT.

SESI TAKLIMAT AKAN DIADAKAN PADA TARIKH TERSEBUT.

BAYARAN PENDAFTRAN RM 20.00 DAN YURAN BULANAN RM 20.00.

SESIAPA YANG BERMINAT SILA BERHUBUNG DENGAN EN. HUSNI BIN HALIM 013-265 3788.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Wednesday, January 28, 2009

MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA






Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah..dengan izinNya, Majlis Forum Perdana, Solat Hajat dan Bubur Asyura Anjuran bersama Persatuan Penduduk dan UMNO Bahagian Putrajaya telah berjaya diadakan pada 22hb Januari 2009 (Khamis) yang lalu.

Antara tetamu yang hadir ialah, Tan Sri Samsuddin Bin Osman, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Dato' Khairuddin, Tn. Hj. Nordin, Tn. Hj. Ghani dan Tn. Hj. Zamri.

Sekalung terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan bertungkus-lumus memastikan kelancaran perjalanan majlis tersebut.

Saya mewakili AJK Persatuan Penduduk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan majlis pada malam tersebut. Juga kami memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan yang terdapat sepanjang majlis tersebut.

InsyaAllah, pihak Persatuan Penduduk akan mengadakan lebih banyak aktiviti seumpamanya pada tahun ini.

Sekian.

Husni Bin Halim
Setiausaha
Persatuan Penduduk Kuarters Apartment Presint 14
Putrajaya.


Saturday, January 17, 2009

MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA

MAKLUMAN

ADALAH DIMAKLUMKAN PRESINT 14 TELAH DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH BAGI  MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT DAN BUBUR ASYURA  YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT: 

TARIKH          : 22HB JANUARI 2009

HARI               : KHAMIS

MASA             : MULAI MAGHRIB

TEMPAT         : PERKARANGAN BLOK E

SEHUBUNGAN ITU, TUAN/PUAN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

SUMBANGAN KEPADA IBU-IBU TUNGGAL JUGA AKAN DIBERIKAN.

ADALAH DIHARAPKAN IBU-IBU TUNGGAL YANG TINGGAL DI PRESINT 14 INI DAPAT MENGHUBUNGI KETUA-KETUA BLOK SEPERTI  YANG TERTERA SELEWAT-LEWATNYA 21 JAN 2009(RABU) UNTUK TUJUAN PEMBERIAN SUMBANGAN TERSEBUT:

 

BLOK A          : EN. KAMALUDDIN          012-355 0184

BLOK B          : EN. MOHD. YUSOF         019-264 3159

BLOK C          : EN. AMRI B. JAB              019-577 6973

BLOK D          : EN. SUAZALI                     017-250 1649

BLOK E          : EN. AMRI B. AHMAD     019-271 1018

ATAU

PENGERUSI              : TN.HJ ABDUL LATIFF      013-677 7381

SETIAUSAHA           : HUSNI B. HALIM              013-265 3788


TERIMA KASIH.

‘HARMONI BUDAYA KITA’

Wednesday, January 14, 2009

KELAB DART PRESINT 14






NASI TELAH MENJADI BUBUR-MASA TERBUANG, DUIT MELAYANG, PERASAAN SUKAR DIBAYANG






OPERASI KUNCI TAYAR OLEH PENGUATKUASA BPH


Notis telah dikeluarkan malam sebelum operasi dijalankan:






Assalamualaikum..wrt..

Tindakan telah diambil terhadap yang degil. Pihak Persatuan telah berkali-kali mengingatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Namun, lumrah manusia..yang dilarang itulah yang paling suka dilakukan..

Pihak AJK sebenarnya telah cuba menyampaikan mesej kepada pemilik sebelum operasi dijalankan. Tapi sayangnya masih ada yang berdegil dan terimalah akibatnya:





Monday, January 12, 2009

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASYURA





AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASYURA BLOK E


Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah, Aktiviti Gotong-royong Membuat Bubur Asyura oleh Biro Kebajikan/Sosial Blok E telah berjaya diadakan pada 11 Jan 2009(Ahad).

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penghuni yang sudi meluangkan masa unutk sama-sama menjayakan majlis tersebut.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Halim, Imam Surau Al-Mustaqim yang sudi memberikan khidmat nasihat dan mengetuai masakan bubur Asyura pada hari tersebut.

Kepada semua semua AJK Blok E terutamanya Biro Kebajikan/Sosial, terima kasih kerana menganjurkan majlis tersebut. 

IsyaAllah, pihak AJK akan lebih kerap mengadakan majlis-majlis seperti itu demi kebaikan kita bersama.

Bubur Asyura yang telah siap untuk diedarkan kepada semua penghuni.



Bergilir-gilir mengacau bubur

Tn.Hj. Halim membuat pemantauan.



Thursday, January 8, 2009

UBAHLAH SIKAP ANDA




Assalamualaikum..wrt..

TERLALU SUKARKAH KITA UNTUK MEMAHAMI MEMATUHI PERATURAN YANG MUDAH???...PERATURAN-PERATURAN TERSEBUT  ADALAH UNTUK  KEBAIKAN SEMUA.

TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP MEREKA-MEREKA YANG MASIH INGKAR DENGAN SEGALA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.


ANDA NILAIKAN SENDIRI





Keseluruhan penduduk yang mendiami Kuarters Apartment P14 adalah lebih kurang 3000 orang. Ahli Jawatan Kuasa yang menyumbang khidmat secara sukarela demi menjaga kebajikan penduduk-penduduk amat kecil bilangannya..

BERILAH KERJASAMA ANDA. HORMATILAH JIRAN-JIRAN ANDA..

UNTUK MAKLUMAN. SEMUA KENDERAAN YANG MASIH DILETAKKAN DITEMPAT YANG DILARANG TELAH DIREKOD DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK PENGUATKUASA BPH.
TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TERHADAP ANDA.


Tuesday, January 6, 2009

MAKLUM BALAS KOMEN/ADUAN/CADANGAN

Assalamualaikum..wrt..

Saya bagi pihak AJK Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada saudara/saudari/tuan/puan yang telah meluangkan masa untuk melayari blog ini..

Alhamdulillah..banyak komen/cadangan serta aduan yang telah diterima melalui laman blog ini..Komen-komen tersebut dapat membantu pihak persatuan menambahbaik segala aktiviti yang dirancangkan untuk seluruh komuniti kita..

Di sini saya bagi pihak persatuan ingin memaklumkan tentang tindakan yang telah dan akan diambil berdasarkan kepada komen-komen anda:

  1. CCTV

Pihak AJK telah memklumkan kepada BPH dan kontraktor yang terlibat bagi memperbaiki mana-mana cctv yang telah tidak berfungsi. Alhamdulillah, tindakan telahpun diambil dan cctv tersebut dalam keadaan yang berfungsi dengan baik.

Pihak persatuan juga telah memohon kepada BPH untuk mengubah cctv di kawasan yang kurang penting ke kawasan yang lebih penting..di hadapan lift terutamanya..InsyaAllah tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

  1. LAMPU JALAN YANG TIDAK BERFUNGSI

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Penyelenggara. Apa yang telah dimaklumkan, terdapat wayar-wayar di dalam tanah yang terputus. Segala kerosakan sedang dibaiki dan akan dipastikan dalam masa terdekat semuanya akan berfungsi dengan baik. Terima Kasih kepada yang telah memaklumkan saya melalui blog ini.

  1. LALUAN PEJALAN KAKI BERHAMPIRAN RUMAH SAMPAH BLOK E

Laluan tersebut akan dibuka minggu hadapan mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh pihak BPH..

  1. KESESAKAN PARKING DI BAWAH BASEMENT

Masalah ini kerapkali dibangkitkan. Punca utama masalah ini ialah sikap kita sendiri yang mementingkan diri..Sebenarnya kuarters presint 14 ini telah disediakan banyak kawasan parking..saya mewakili pihak persatuan memohon kepada semua penduduk sama-samalah kita bertanggungjawab dan bertimbangrasa. Sekiranya parking di bawah basement telah penuh, letaklah kenderaan anda di bahagian luar. Janganlah letak kenderaan anda di kawasan-kawasan yang dilarang terutama di hadapan pintu masuk lif..

Pihak BPH telah dimaklumkan mengenai masalah ini. Tindakan untuk mengunci kenderaan yang diletakkan di kawasan yang dilarang akan dilakukan lebih kerap.

YANG PALING PENTING ADALAH PERUBAHAN SIKAP KITA SENDIRI.

JANGANLAH TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Sekian, Terima kasih.

HUSNI BIN HALIM

013-265 3788

Thursday, January 1, 2009

(OKU) ORANG KURANG UPAYAKAH ANDA????






Assalamualaikum..wrt.

Mohon kerjasama anda, sekiranya anda benar-benar OKU, sila maklumkan segera kepada AJK penduduk..Banyak kemudahan dan bantuan-bantuan untuk OKU yang dapat dihulurkan..

TETAPI...Sekiranya anda bukan OKU, usahlah mengambil kesempatan ke atas insan-insan OKU..segala kemudahan yang dikhaskan untuk OKU usah diganggu..

Kepada semua pemilik-pemilik motorsikal yang meletakkan motorsikal ditempat-tempat yang dilarang ini diharap dapat mengalihkan motorsikal anda segera sebelum tindakan diambil..

Usahlah terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan penduduk-penduduk lain. Bersempena Ma'al Hijrah ini, marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dan bertanggungjawab.

BERTANGGUNGJAWAB DAN PRIHATINLAH SESAMA KITA.

Anda lihat, renung dan fikirkanlah...


SELAMAT MA'AL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009

ASSALAMUALAIKUM..WRT..& SALAM SEJAHTERA

KAMI, SELURUH AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN PENDUDUK PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009 KEPADA SELURUH WARGA PRESINT 14.

SEMOGA DI LEMBARAN  BARU INI AKAN MEMBERIKAN SUATU KEAZAMAN JITU KEPADA KITA SEMUA DALAM MEREALISASIKAN APA JUA YANG KITA HARAPKAN.

INSYAALLAH, DENGAN SEMANGAT DAN PENUH ILTIZAM, PADA TAHUN INI PIHAK AJK PERSATUAN TELAH MERANCANG BERBAGAI AKTIVITI UNTUK KESELURUHAN PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14.

NAMUN, UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN APA YANG DIRANCANG, KERJASAMA SEMUA PENDUDUK AMATLAH DIHARAPKAN.

SEKIAN.

Sunday, December 28, 2008

JAWAPAN KEPADA KOMEN/ADUAN/CADANGAN

Assalamualaikum..wrt..

Terima kasih atas semua komen/aduan/cadangan yang telah diutarakan melalui blog ini.
Antara objektif blog ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua penduduk mengutarakan cadangan serta aduan demi penambahbaikkan komuniti kita.

Antara komen/aduan/cadangan yang telah diterima:

1.  PENUBUHAN RUKUN TETANGGA

Pihak Ajk Persatuan Penduduk sebenarnya telah lama merancang untuk menubuhkan RT di kawasan kita tetapi tidak mendapat sambutan. InsyaAllah, kita akan menubuhkan juga RT dalam masa terdekat. Buat permulaan kita akan mengadakan aktiviti rondaan malam secara bergilir yang akan melibatkan semua penduduk Blok E. Untuk Blok-blok lain juga akan diadakan bergantung kepada keputusan mesyuarat blok masing-masing. Selepas itu kita mengadakan perbincangan dengan Biro Keselamatan Induk bagi menubuhkan RT untuk seluruh kawasan kita. 

2. SUKAN UNTUK WARGA EMAS/VETERAN

Pihak Ajk Persatuan sedang merancang untuk mengadakan berbagai aktiviti sukan bagi semua lapisan penduduk Apartment Presint 14. Sehubungan itu, saya merayu kepada semua agar dapat mengembalikan Borang Maklumat Penduduk secepat mungkin. Berdasarkan borang tersebut berbagai aktiviti dapat kita rancang dan laksanakan untuk semua peringkat.

Untuk permulaan ini, tuan bolehlah menyertai  aktiviti  yang dirasakan bersesuaian seperti yang telah disenaraikan. 

Sekian.

Terima kasih


Friday, December 26, 2008

BORANG MAKLUMAT PENDUDUK

Assalamualaikum..

MOHON KERJASAMA SEMUA PENDUDUK APARMENT PRESINT 14 AGAR DAPAT MENGISI BORANG MAKLUMAT PENDUDUK DAN HANTAR KEMBALI SECEPAT MUNGKIN. BORANG TERSEBUT BOLEH DIAMBIL DARI KETUA BLOK MASING-MASING.

TUJUAN PIHAK AJK PERSATUAN MEMOHON KERJASAMA PENDUDUK MENGISI BORANG TERSEBUT ADALAH SUPAYA MEMUDAHKAN PIHAK AJK MERANCANG SERTA MELAKSANAKAN AKTIVITI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR BERDASARKAN KEPADA BORANG TERSEBUT.

KERJASAMA SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARAPKAN.


TOMOI

Kelas Tomoi Presint 14 akan diadakan setiap hari Rabu jam 9.30 malam bertempat di Gelanggang Bola Keranjang. Kelas ini akan dikendalikan oleh En. Amiruddin (Pak Din) Blok A.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai, sila hubungi:

1. Pak Din  - 019-431 6268
2. Husni -013-265 3788

KELAS TAE KWON DO

Biro Sukan & Sosial telah merancang untuk mengadakan kelas Tae Kwon Do untuk anak-anak penduduk Presint 14.

Sekiranya mendapat sambutan, InsyaAllah, kelas akan bermula pada minggu ke 2 bulan Januari 2009.

Bayarannya ialah RM20.00 sebulan dan bayaran pendaftaran RM20.00.

Sekiranya berminat untuk menyertai sila hubungi:

1. Husni Bin Halim - 013-265 3788.

KELAB DART PRESINT 14

Tahniah diucapkan kepada Kelab Sukan Blok E Presint 14 kerana atas inisiatifnya telah menubuhkan Kelab Dart untuk Presint 14.

Seperti yang dimaklumkan, Kelab Dart ini terbuka kepada semua penduduk Apartment Presint 14. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM10.00 sebulan. Papan dart disediakan. Anda hanya perlu membawa dart sendiri. Tempatnya ialah di ruang postbox Blok E.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

1. En. Hanafi - 012-374 6577
2. En. Nizam -017-332 0359
3. En. Salleh -013-221 4558

Terima Kasih.