Sunday, December 28, 2008

JAWAPAN KEPADA KOMEN/ADUAN/CADANGAN

Assalamualaikum..wrt..

Terima kasih atas semua komen/aduan/cadangan yang telah diutarakan melalui blog ini.
Antara objektif blog ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua penduduk mengutarakan cadangan serta aduan demi penambahbaikkan komuniti kita.

Antara komen/aduan/cadangan yang telah diterima:

1.  PENUBUHAN RUKUN TETANGGA

Pihak Ajk Persatuan Penduduk sebenarnya telah lama merancang untuk menubuhkan RT di kawasan kita tetapi tidak mendapat sambutan. InsyaAllah, kita akan menubuhkan juga RT dalam masa terdekat. Buat permulaan kita akan mengadakan aktiviti rondaan malam secara bergilir yang akan melibatkan semua penduduk Blok E. Untuk Blok-blok lain juga akan diadakan bergantung kepada keputusan mesyuarat blok masing-masing. Selepas itu kita mengadakan perbincangan dengan Biro Keselamatan Induk bagi menubuhkan RT untuk seluruh kawasan kita. 

2. SUKAN UNTUK WARGA EMAS/VETERAN

Pihak Ajk Persatuan sedang merancang untuk mengadakan berbagai aktiviti sukan bagi semua lapisan penduduk Apartment Presint 14. Sehubungan itu, saya merayu kepada semua agar dapat mengembalikan Borang Maklumat Penduduk secepat mungkin. Berdasarkan borang tersebut berbagai aktiviti dapat kita rancang dan laksanakan untuk semua peringkat.

Untuk permulaan ini, tuan bolehlah menyertai  aktiviti  yang dirasakan bersesuaian seperti yang telah disenaraikan. 

Sekian.

Terima kasih


1 comment:

  1. Detektif pertanyakan keadaan apartment presint 14 diataranya :-

    1) Lampu Jalan ada yang padam dan tidak menyala, ini membahayakan terutama ditengah malam kemungkinan berlaku kecurian PECAH KERETA..Perkara lampu padam telah lama berlaku....bila ditanya maintenance jawabnya "ok nanti saya buat..."sehinga kini tiada tindakan sehingga bertukar tahun....so apakah tindakan persatuan ? Jgn ada kejadian tak diingini baru nak buat..harap pihak Persatuan Prihatin...!!!!


    okla setakat ni sajer detektik komen buat masa kini..harap pihak persatuan bertindak sebelum kejadian tak diingini berlaku.

    TQ

    ReplyDelete