Sunday, April 4, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar P14 vs Pasukan Paralimpik Malaysia




Perlawanan tersebut telah berlangsung pada 3 April 2010 jam 9.0 pagi di PLPP, Sungai Merab, Bangi. Sesungguhnya bukan mudah untuk bermain dengan mereka. Di atas keinginan untuk tahu bagaimana mereka bermain dan corak permainan mereka maka kami menyahut cabaran tersebut.

Ternyata kekurangan yang ada tidak mematikan semangat mereka. Sebaliknya pasukan P14 yang normal telah tewas dengan teruk. Kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun sukar, demi semangat kesukanan perlawanan tersebut telah berlangsung dengan jayanya.
Pasukan tersebut dalam persiapan ke Kejohanan Paralimpik Dunia di Beijing minggu depan. Semoga berjaya.

1 comment:

  1. Terima kasih atas kesudian team bola tampar presint 14 yang telah menyahut cabaran dari pasukan bola tampar duduk paralimpik,,,
    Untuk makluman PLPP Bangi akan mengadakan Kejohanan Bola Tampar Duduk Tertutup & Jemputan Bangi, tarikh & masa belum dapat ditentukan berkemungkinan pertengahan Mei ini,sebarang prtanyaan sila email :
    rman_sabah06@yahoo.com

    ReplyDelete