Wednesday, August 26, 2009

OPERASI KUNCI TAYAR OLEH PENGUATKUASA BPH






Kepada semua penghuni dan pemilik-pemilik kenderaan diharap dapat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

Penguatkuasa BPH telah mula mengadakan kembali operasi mengunci tayar kenderaan yang didapati diletakkan di luar petak parking.

Kepada penghuni-penghuni yang tidak mematuhi peraturan, tindakan keluar kuarters akan dikenakan dan nama akan disenaraihitamkan daripada menduduki mana-mana kuarters kerajaan.

Untuk makluman, petak-petak parking yang disediakan ditempat kita masih mencukupi dan dapat menampung jumlah kenderaan yang terdapat di sini. Apa yang amat dikesalkan ada antara penghuni yang terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan majoriti penghuni yang lain.

Kerjasama semua amat diharapkan dalam memastikan keharmonian komuniti kita.

19 comments:

  1. Juga diingatkan ..kepada penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan diblok masing-masing agar bertanggunjawab. Ada yang meletakkan kenderaan mereka di blok lain yang mana akan mengakibatkan penghuni blok blok berkaitan tiada petak untuk meletak kenderaan.. Ada juga kenderaan lama yang tersadai di tempat meletak kenderaan ..Saya cadangkan BPH tarik kenderaan tersebut keluar dan kenakan kompaun......

    ReplyDelete
  2. Penduduk sedar diriAugust 28, 2009 at 8:36 AM

    Apa-apa pun jadikan Blok A sebagai contoh, lintang pukang parking kereta. Yang parking kereta di blok lain pun Blok A lah.

    Dengar cerita, pegawai PTD ramai tinggal kat blok ni. Gini perangai pegawai ye!

    Penghuni-penghuni di lain blok, ambillah iktibar, jangan pentingkan diri sendiri. Sahabat kita yang ada anak kecil pun sanggup jalan jauh kerana parking jauh, inikan pula yang tiada kesukaran.

    ReplyDelete
  3. PRASARANA KELAS SATU, MINDA KELAS TIGA!!!

    ReplyDelete
  4. Hukuman keluar kuarters dan nama akan disenaraihitamkan daripada menduduki mana-mana kuarters kerajaan merupakan tindakan yang amat keras dan belum pernah dibuat sejak dulu lagi.Jika betul tindakan tersebut akan diambil, harap dapat dipaparkan pekeliling/surat amaran dari pihak berwajib di blogni/atau ditampalkan di papan notis agar lebih meyakinkan pesalah trafik bahawa tindakan akan benar-benar dilaksanakan. Jika tiada, mereka akan menganggap ini hanya sekadar ugutan sahaja dan juga, jika dilaksanakan tanpa pekeliling/surat amaran pihak berwajib, besar kemungkinan hukuman ini akan disalah guna oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi yang akhirnya akan lebih memporakperandakan keadaan.

    ReplyDelete
  5. Saya SETUJU jika penguatkuasaan mengunci kenderaan yang di parkir menganggu dan tidak mematuhi arahan di teruskan secara konsisten.
    Tepi jalan depan anjung lobi Blok A tidak dibenarkan meletak kenderaan sama sekali kerana ia menghalang pandangan kenderaan yang akan keluar dari parkir bawah bangunan.
    Setelah 2 tahun duduk disini saya TIDAK pernah meletak kenderaan yang boleh menghalang pandangan/laluan.
    Kalau dah ada peraturan, kuatkuasakan dan laksanakanlah tanggungjawab masing-masing. Zaman dok harap orang faham dah berlalu. Semoga dengan ini keadaan dan pemikiran semua penghuni disini akan berubah. Insyallah...

    ReplyDelete
  6. Kalau setakat dok taruk koteh merah amaran tu, lupokanlah...
    Yang taruk iklan pinjaman along dll. tu lebih kerap dari apa yang di lakukan oleh penguatkuasa BPH tu...
    Buang koteh, habihan boreh jo!!!

    ReplyDelete
  7. ala aper nak bising jaga maruah kita sebagai org melalu...tak usah lah nak pekara kecik ni pun kecoh satu dunia... kalau ada keta tu paking la merata pun tak per janji ikut perturan...

    ReplyDelete
  8. nak letak kereta merata tapi ikut peraturan ..tak pe???... nanti kalau apa apa berlaku kepada kereta tersebut.. jangan lak pesalahkan penduduk blok yang berkaitan...jangan lak meludah dan menuduh penduduk blok tersebut tiada sivik.....sekiranya dah ada pekeliling..apa lagi ambil aje tindakan.. memang betul, zaman harapkan orang faham dah berlalu....zaman dah berubah..perangaipun mestilah berubah....tindakan juga perlulah berubah...daripada konsep agar memahami..ke konsep ambil tindakan untuk difahami....

    maaf ler kalau bulan posa ni terkasar bahasa ..tetapi itulah realitinya dan kita usah jauh daripada realiti....

    ReplyDelete
  9. Amacam saya nak cadangkan dari kita terus mempersoalkan hal parkir kereta, lebih baik kita berbicara mengenai ekonomi. Boleh tak jika saya cadangkan kita ambil 1 lot kedai kosong di bawah tu, kita berniaga atas nama persatuan penduduk kuarters P14 dari dibiarkan lot tersebut kosong.....ok ke cadangan saya ni.

    ReplyDelete
  10. Bagus tu buat kedai Persatuan Penduduk sendiri. Adalah income, tapi kena ada idea bernas. Lepas tu hati-hati dengan kaki dengki.
    Nescaya usaha itu akan berhasil.

    ReplyDelete
  11. Untuk makluman penghuni tegar,

    BPH melalui Unit Naziran dan Kesejahteraan Komuniti menjalankan operasi mengunci kenderaan yang tidak diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan. Kenderaan yang telah dikunci akan dikenalpasti pemiliknya melalui rekod di Bahagian ini dan juga melalui kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Setelah dikenalpasti pemilik kenderaan berkenaan serta kuarters yang diduduki, Unit Naziran dan Kesejahteraan Komuniti akan mengeluarkan surat Amaran melalui Ketua Jabatan dan jika penghuni masih mengulangi kesalahan ini, kelayakan menduduki kuarters akan ditarik balik.
    Begitu juga dengan kenderaan yang tidak dikunci tetapi diletak Notis Amaran oleh Unit Naziran dan Kesejahteraan Komuniti, tindakan sama juga akan dilakukan dan perkara utama operasi ini dijalankan adalah untuk mendidik dan memastikan penghuni kuarters mematuhi dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak BPH.

    Sekian,

    "BERILTIZAM PENUHI HASRAT"

    ReplyDelete
  12. Wah! Seronok tengok kereta kena clamp semalam. Unit penguatkuasa BPH siap ambil gambar lagi dan rekodkan no. kereta untuk tindakan.

    Tahniah penghuni Blok A terutamanya, buatlah ikut suka hati korang!

    ReplyDelete
  13. Blok A dah tak da kepala, tu sebab ekor bergelumang taik.
    Tak berani nak jadi kepala sebab tak ada power.
    Yang menegur sebagai insan biasa pun kena perli, siap tarik muka lagi, macam mana nak menegur sapa.
    Eloklah penguakuasa BPH kunci kereta2 yang menghalang laluan tu. Saya sokong 200% sebab dah 2 tahun duduk sini terasa macam duduk rumah PPRT.
    Teruskan tindakan dalam seminggu, baru berkesan kot. Duit tengah banyak ni.... minggu depan dah gaji lagi. Bila dah kena siap maki lagi notis di koyak dan campak ikut panas hati, tu berlaku depan mata saya sendiri. Masyallah... masih tak sedar diri.

    ReplyDelete
  14. Sekiranya Blok A tiada kepala.., apa lagi mintak Unit Naziran dan Kesejahteraan Komuniti take over....baru kita tengok ada berani tak nak tarik muka atau maki hamun....

    Ingatlah... bila dah dapat kuarter tu ..bersyukurlah...walaupun mungkin kena down grade..but attitude tu ...jgn lah down grade jugak...

    maaf bulan posa ni..menegur lak..

    ReplyDelete
  15. Perkara ni takkan berkesudahan.ni soal mentaliti diri.jenis yg tau buat salah,tapi tak tau nak rasa bersalah.nak kata perangai macam lembu...takleh jugak sebab manusia ni akal,lembu takdak akal.tapi silapnya manusia ni tak pandai @ taknak gunakan akal yg dikurniakan.
    hidup kalu tak menyusahkan orang mungkin tak sah bagi dorang jenis ni.hebat mungkin dorang ni?kebal tak lut senjata kot?
    susah sangat ke nak park kat luar dan berjalan masuk ke lif melalui basement atau level G kalu lot parking kat basement dah penuh?
    hina ke kalu berjalan sikit...takde sampai lumpuh nye kalu kena berjalan sikit tu.ada yg sampai mendukung 2 anak kecik sekaligus pun boleh buat,kenapa yang degil2 ni takleh buat?
    hiskhhhh tak faham....
    *pada BPH plak...kalu nak clamp,clamp kan semua keta yg buat salah tu.jangan kata alat clamp tu tak cukup nak cover 5 blok.sediakan cukup2.takyah pk pasal menyusahkan BPH utk sediakan alat clamp tu sebab dorang2 yg degil ni pun tak penah pk kan kesusahan BPH dan jugak penduduk2 yg lain.kunci clamp kan aje semuanya.lantak dorang la nak maki ke,nak marah ke...maki orang ngan marah orang lain dorang tak pk plak?
    *** lagi elok kalu 1 keta tu clampkan semua keempat2 tayar keta tu...hehehe baru la nampak kejam sikit...

    ReplyDelete
  16. blok A tue memang haprak...
    ada akal tapi tak pandai nak pakai..hahaha..
    family pun lintang pukangggggg

    ReplyDelete
  17. Memang tak dnafikan ada sesetengah penghuni blok A xde kesedaran sivik terutamanya pasal letak kereta,ada setengah parking kreta nak senang jer, klu bleh parking kat depan umah lg,parking OKU pun di ambik juga tak pasal2 penghuni OKU blok tersebut parking ditempat yg jauh sedangkan signboard & logo kerusi roda terpampang besar,memang patut BPH selalu membuat operasi clamp tayar

    ReplyDelete
  18. begitulah nasib kita semua duduk kuaters di Putrajaya nih .....masalah parking ......sepatutnya dan logiknya dari zaman pembinaan mula2 dulu sepatutnya WAJIB ada sebuah bangunan bertingkat utk parking lot shj .....kenapa tak terfikir langsung????? .....bukan setelah di duduki kuaters itu baru nampak masalah ........... disebabkan berebut parking kita sesama manusia asyik bertekak sesama sendiri namun apapun dari mula kuaters tu siap pd tahun 1998 - 2014 tak ada langsung perubahan .........sudahnya beli lah motosikal kereta simpan je kat rumah .....

    ReplyDelete