Monday, August 24, 2009

LOT MELETAK KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA


Assalamualaikum..wrt..

Kepada semua penghuni Apartment Presint 14 diharap dapat memahami dan menghormati kemudahan yang telah disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya.

Semasa tinjauan dilakukan, kelihatan beberapa motosikal masih diletakkan di kawasan tersebut.
ADAKAH PEMILIK-PEMILIK MOTOSIKAL INI CACAT????..

Perkara ini bukan perkara baru, tetapi telah berulangkali ditegur.

UNTUK MAKLUMAN, SEMUA NOMBOR PENDAFTARAN MOTOSIKAL YANG TELAH DILETAKKAN DI RUANG OKU TERSEBUT TELAH DICATAT DAN TINDAKAN AKAN DIKENAKAN.

Amat diharapkan agar semua penghuni dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam memastikan komuniti kita sentiasa aman dan harmoni.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. Inilah perangai orang kita, tak pernah sedar dengan kemudahan yang disediakan kepada OKU.
    Ada ke tak de ke belakang cerita. Sepatutnya ruangan itu sentiasa kosong untuk OKU.

    ReplyDelete
  2. Orang kita marah bila dikatakan masih ketinggalan zaman & mundur berbanding negara lain, tapi itulah hakikatnya...ramai melayu yang masih me'layu'kan minda meraka.Tiada penguatkuasaan yg tegas juga faktor penyebab.Sepatutnya pihak berwajib mengambil tindakan lebih kerap & denda lebih tinggi, selain dapat menyedarkan penghuni, hasil dapat digunakan untuk bayar kerja lebih masa penguatkuasa atau menambah lagi bilangan penguatkuasa.

    ReplyDelete
  3. eh - betul la tu...dorang park motor kat situ sebab memang dorang 'kurang upaya' --> 'kurang upaya' utk menggunakan akal sebaik mungkin bahawasanya tempat parking itu adalah utk yang betul2 kurang uapaya.
    kalu bahasa kasar,dorang ni memang jenis 'cacat akal'...

    ReplyDelete
  4. Penghuni yg meletakkan kenderaan kreta @ motor d lot parking OKU memang langsung xda kesedaran sivik,sy OKU penghuni apartment P14 beberapa bulan yg lalu sy sering xdapat lot parking yg d khas kan itu disebabkan sesetengah penghuni sama ada rabun @ xtau nak mengeja @pun xda lesen? signboard & logo kerusi roda dah terpampang pun xtau lg,pengalaman sy pernah parking d blok bhampiran yg ada kosong trpaksa la jalan kaki,tp skrang alhamdulillah BPH sering membuat operasi CLAMP tayar,dah jarang pula yg parking lot yg di khaskan utk OKU tu,klu ada pun skrg ni saudara2 yg datang melawat,, jd diharapkan penghuni2 yg ada saudara ingin datang melawat maklumkan jgn letak kenderaan d lot parking yg dkhaskan tu, diharap semua penghuni dapat memberi kerjasama

    ReplyDelete