Thursday, August 6, 2009

BOLASEPAK : KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN JADUAL PERLAWANAN SETERUSNYA

Assalamualaikum..wrt..

Terima kasih atas segala sokongan semua pihak terhadap Pasukan Presint 14.
Tahniah kepada semua para pemain dan jurulatih Pasukan Presint 14 kerana telah meletakkan Pasukan Presint 14 antara 4 Pasukan terbaik pertandingan ini daripada 32 pasukan yang bertanding walaupun pasukan ini baru ditubuhkan selama 2 bulan.

Pada pertemuan peringkat separuh akhir yang telah diadakan pada 1hb Ogos 2009 yang lalu, Pasukan Presint 14 telah tewas kepada Pasukan Kasturi FC dengan keputusan 5-0. Diakui kita perlu lebih gigih menjalani latihan untuk kita dapat terus bersaing dalam peringkat ini.

Jadual perlawanan seterusnya yang melibatkan Pasukan Presint 14 ialah bagi menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat.

Jadual Perlawanan adalah seperti berikut :

PENENTUAN TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT

PRESINT 14 VS PERBADANAN PUTRAJAYA
TARIKH : 8HB OGOS 2009
HARI : SABTU
MASA : 5:00PTG
TEMPAT : PANCARONA

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KITA

Sekian, terima kasih.

3 comments:

  1. Lambat la iklan ni keluar.....Sibuk sgt nampak. Saya dh lambat nk beli tiket klu lambat siarkan jadual seterusnya mcm ni. Saya malas nk beratur panjang beli tiket kt stadium tu nnt. Jgn kecewa membawa kepada kekalahan diri sendiri...dengan kekalahan adalah pengalam yg perlu diambil untuk melangkah seterusnya.... Selamat Berjaya kepada Pengurus,jurulatih dan pemain malah utk penyokong juga.../////

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada semua yang terlibat membentuk pasukan ini, terutama kepada pengurus pasukan,jurulatih, dan semua pemain..
    menang dan kalah adalah adat pertandingan,insyaallah dengan komitmen yg diberikan diharap pasukan kita ini dapat pergi lebih jauh dimasa akn datang..

    ReplyDelete
  3. Memang betul kalah adalah satu yang memeritkan. Tapi sebagai satu pasukan dari Komuniti kita perlu berbangga dengan kedudukan hari ini.
    Persefahaman antara pemain, jurulatih dan pengurus adalah penting dalam sebuah pasukan.
    Komitmen dan disiplin juga perlu ada dalam sebuah pasukan. Lepas ni sama-sama kita baiki kelemahan yang ada dalam pasukan.

    ReplyDelete