Sunday, May 23, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP & TERBUKA KOMUNITI PUTRAJAYA 2010



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, akhirnya penat lelah pemain-pemain sepaktakraw Presint 14 telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Pasukan P14 yang dibarisi oleh Saudara Faizee, Ahmad Suhaimi dan Mohd Wafi telah muncul sebagai Johan pada kejohanan tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 22 & 23hb Mei 2010 di Dewan Presint 11.

Tahniah dan Syabas kepada semua pemain yang telah membuktikan bahawa kita sememangnya boleh.

Diharapkan agar kemenangan ini akan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua penduduk yang berminat dalam aktiviti ini untuk turut bersama-sama memeriahkan aktiviti ini.

Sekian.

Pengurus Pasukan
Husni Bin Halim
013-265 3788


Friday, April 23, 2010

BOLASEPAK : LIGA BOLASEPAK PIALA AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA

Assalamualaikum..wrt & Salam Sejahtera...

Pada 1hb Mei 2010(Sabtu) bertempat di Padang Bolasepak Sekolah Kebangsaan Presint 9(2), pasukan Bolasepak Presint 14 dengan nama Cawangan Bunga Bourgenvilla/Lily akan menghadapi perlawanan pertamanya dalam kejohanan ini menentang pasukan Cawangan Bunga Bakawali.

Untuk makluman, pasukan Bunga Bakawali telah memenangi perlwanan pertamanya menentang pasukan Bunga Dahlia dengan keputusan perlawanan 6-0.

Walaubagaimanapun, pasukan kita tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan Bunga Bakawali pada persaingan nanti. InsyaAllah dengan semangat jitu dan persefahaman semua pemain serta sokongan penduduk, kita akan turun dengan penuh bersemangat demi mengharumkan nama cawangan/komuniti kita.

Kepada semua penduduk yang berkesempatan, bersama-samalah hadir memberikan sokongan kepada pasukan kita.

Sekian.

Pengurus Pasukan Bolasepak Presint 14 (P14FC)

Husni Bin Halim
013-265 3788

Wednesday, April 7, 2010

PENUBUHAN JAWATAN KUASA PENDUDUK (PENAJA) BLOK A

Assalamualaikum..wrt.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, pada 06hb April 2010 ( Selasa) telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Blok A bertujuan membentuk kembali JawatanKuasa Penduduk untuk Blok A.

Untuk makluman, Jawatan kuasa penduduk Blok A terpaksa ditubuhkan kembali kerana ramai AJK terdahulu yang telah berpindah termasuk Pengerusi Blok.

Kini, Blok A telah mempunyai senarai Jawatan Kuasa Penduduk bagi sesi 2010/11 dengan perlantikan En. Selamat sebagai Pengerusi Blok A yang baru bersama barisan AJK yang nampak lebih mantap dan bersemangat bagi bersama-sama menjalankan aktiviti yang bakal dirancang.

Senarai penuh Jawatan Kuasa Penduduk Blok A akan dipaparkan di laman blog ini dalam masa terdekat.

Tahniah kepada barisan Jawatan Kuasa Penduduk Blok A yang baru dilantik. Diharapka agar semua penduduk khususnya penduduk Blok A memberikan kerjasama kepada J/kuasa Blok A.

Sekian.

Husni Bin Halim
013-265 3788
Setiausaha
Jawatan Kuasa Penduduk (Induk)
Kuarters Apt Presint 14-7
Presint 14
Putrajaya.

Sunday, April 4, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar P14 vs Pasukan Paralimpik Malaysia




Perlawanan tersebut telah berlangsung pada 3 April 2010 jam 9.0 pagi di PLPP, Sungai Merab, Bangi. Sesungguhnya bukan mudah untuk bermain dengan mereka. Di atas keinginan untuk tahu bagaimana mereka bermain dan corak permainan mereka maka kami menyahut cabaran tersebut.

Ternyata kekurangan yang ada tidak mematikan semangat mereka. Sebaliknya pasukan P14 yang normal telah tewas dengan teruk. Kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun sukar, demi semangat kesukanan perlawanan tersebut telah berlangsung dengan jayanya.
Pasukan tersebut dalam persiapan ke Kejohanan Paralimpik Dunia di Beijing minggu depan. Semoga berjaya.

Wednesday, March 24, 2010

SUKAN : KEJOHANAN LIGA BOLASEPAK PIALA YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR


Assalamualaikum..wrt dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Bolasepak Presint 14 akan menyertai Kejohanan Liga Bolasepak Piala YB Ahli Parlimen Putrajaya yang dijangkakan akan berlangsung mulai April sehingga Disember 2010.

Kejohanan ini terbuka kepada semua Cawangan UMNO di Putrajaya. Untuk makluman Pasukan Presint 14 akan bertanding di bawah Cawangan Bunga Lily yang baru ditubuhkan. Antara syarat lain yang ditetapkan ialah semua pemain perlu menjadi ahli cawangan dan juga pengundi di Putrajaya.

Hadiah yang ditawarkan:-

JOHAN : RM10,000.00 + Medal + Piala Pusingan
N/JOHAN : RM5,000 + Medal
KETIGA : RM3,000 + Medal
KEEMPAT : RM1,000 + Medal

Alhamdulillah, pasukan kita telah dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kepada yang berminat untuk menyarung jersi pasukan, peluang masih terbuka dan diharapkan dapat memberi komitmen menjalani latihan yang diadakan setiap petang di Padang Bolasepak Presint 14.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi HUSNI BIN HALIM, 013-265 3788.

SISTEM MELETAK KENDERAAN BERPELEKAT/STICKER

Assalamualaikum..wrt.. dan Salam Sejahtera..

Sistem meletak kenderaan berpelekat/sticker akan diperkenalkan oleh BPH di kawasan komuniti Presint 14. Sistem ini sebenarnya telahpun diperkenalkan dan dilaksanakan di beberapa Presint lain di Putrajaya dan akan diseragamkan di seluruh kawasan kuarters di Putrajaya.

Untuk makluman, bagi kuarters di kawasan Presint 14(Sub Presint 14-7), J/kuasa penduduk telah berbincang dengan pihak BPH untuk mengadakan perbincangan dengan J/kuasa Penduduk dan para penghuni terlebih dahulu sebelum sistem ini dilaksanakan. Tarikh untuk mengadakan perbincangan tersebut akan ditetapkan oleh pihak BPH.

Isu ini telah menimbulkan berbagai-bagai persoalan kepada penduduk kerana kaedah yang akan digunakan masih samar.

Apa yang amat diharapkan adalah apa juga sistem yang ingin dilaksanakan biarlah ianya sistem yang dapat menyelesaikan masalah dan bukan menambah masalah yang sedia ada.

Sekian.

Monday, March 15, 2010

IIUM Invitation Volleyball (Female) 2010

Pertandingan Bola Tampar Wanita Jemputan UIA telah berlangsung di Stadium UIA pada 14 Mac 2010. Sebanyak 12 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut antaranya NAVY, FRIM, MINDEF, UIA, P14, KUNTUM, BMI, DIOR dan sebagainya lagi.

Walaupun tidak berkesempatan membuat persiapan latihan, P14 hanya berjaya ke peringkat suku akhir sahaja. Namun begitu tentangan sengit telah diberikan, P14 tewas dengan DIOR 26-31. Sesungguhnya DIOR dibarisi oleh pemain dari skuad Kuala Lumpur.

Semangat juang yang ditunjukkan oleh P14 perlu dikekalkan untuk pertandingan di masa akan datang.


Team P14

Kalah dan menang adat permainan.


Coach mati akal dengan prestasi tidak sekata dari pemain.


P14 vs DIOS



Perlawanan dimulakan dengan penuh semangat kesukanan.









Wednesday, February 17, 2010

PUSAT AKTIVITI KOMUNITI BLOK E - E-T04-U07

AKTIVITI YANG DISEDIAKAN DI PUSAT AKTIVITI KOMUNITI BLOK E

1. PERMAINAN DALAMAN (IN-DOOR GAME)
1.1) KAROM
1.2) DART
1.3) PING-PONG

2. PUSAT TUISYEN UNTUK UPSR
HARI : SETIAP HARI RABU
MASA: 8:00mlm - 9:30 mlm

SEHUBUNGAN ITU, DIHARAPKAN AGAR SEMUA PENGHUNI BLOK E DAPAT MEMANFAAT SEGALA KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN.

SELAIN ITU, SEANDAINYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG ADUAN, MAKLUMAT ATAU CADANGAN BERKAITAN KOMUNITI KITA, BOLEHLAH TERUS BERHUBUNG DENGAN AJK BLOK YANG TELAH DITUGASKAN DI PUSAT AKTIVITI KOMUNITI TERSEBUT.

PUSAT AKTIVITI KOMUNITI BLOK E DIBUKA SETIAP HARI MULAI JAM 9:00 MLM HINGGA 11:00 MLM.

SEKIAN.

Sunday, January 31, 2010

SENAMROBIK

MAKLUMAN

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENDUDUK YANG BERMINAT DALAM AKTIVITI SENAMROBIK.

AKTIVITI SENAMROBIK AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

HARI : SETIAP HARI SABTU(MULAI 6HB FEB 2010)
MASA : MULAI 7:30 PAGI
TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR/BOLA KERANJANG PRESINT 14

SEMUA PENDUDUK YANG BERMINAT DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN AKTIVITI TERSEBUT.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI :

019-280 0778 (Cik Zeti)

013- 265 3788 (HUSNI)

Saturday, January 30, 2010

JEMPUTAN PERKAHWINAN


A.WAHAB BIN A.LATIF (Pak Long Blok D)
dan
ZALIHA BINTI SAIP


Dengan segala hormatnya kami memepersilakan kehadiran Dato'/Datin/Tuan /Puan/Encik/Cik

SEMUA PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14


suami /isteri dan keluarga ke Majlis Perkahwinan PUTERI kami yang dikasihi

AZILAH BINTI AB.WAHAB
dengan
SAIFUL LIZAN BINT MAHZAN


Pada hari Sabtu,06 February 2010 bersamaan 21 Safar 1431H
Bertempat di Dewan Serbaguna Presint 14, 62050 Putrajaya
Semoga Kehadiran dan iringan doa restu semua jemputan akan dapat menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T


Terima Kasih dan Wassalam


Aturcara Majlis
Jamuan Makan
11.00 pagi ~ 6.00 petang


Turut Mengundang
Seisi Keluarga
A.Wahab : 013-7916279
Azilina : 019-9292845

KELAS TUISYEN UNTUK PELAJAR UPSR


MAKLUMAN

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA JAWATAN KUASA PENDUDUK BLOK E DI BAWAH BIRO PENDIDIKAN DAN AGAMA AKAN MENGADAKAN KELAS TUISYEN UNTUK PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR PADA TAHUN 2010.

BUTIRANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT :

SUBJEK : BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK
HARI : SETIAP HARI RABU
MASA : 8:00 MLM - 9:30 MLM
TEMPAT : PUSAT AKTIVITI KOMUNITI BLOK E, PRESINT 14
BAYARAN : RM 30.00 SEBULAN

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT, SILA HUBUNGI

013 - 265 3788 (HUSNI)

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2010

TARIKH : 4 FEBRUARI 2010(KHAMIS)
JAM : 7:00 PTG - 10:00 MALAM
TEMPAT : MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PRESINT 3, PUTRAJAYA

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

SILA HUBUNGI : 013 - 265 3788 (HUSNI), 017-8811098 (TN. HJ. LATIFF) UNTUK SAHKAN KEHADIRAN.

Wednesday, January 20, 2010

SENARAI JAWATAN KUASA PENDUDUK BLOK E SESSI 2010

Assalamualaikum..wrt..

Pada 12hb Januari 2010, jam 9:30mlm bertempat di Rumah Komuniti Blok E(E-T04-U07) telah diadakan mesyuarat bagi membuat pemilihan baru JawatanKuasa Penduduk Blok E bagi Sessi 2010 serta membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan untuk tahun 2010 terutamanya bagi penghuni Blok E. Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penduduk Blok E bagi sessi 2010.

PENGERUSI
HUSNI BIN HALIM
013-265 3788

TIMBALAN PENGERUSI
NOOR AZHAR BIN MD. ALI
019-597 0576

SETIAUSAHA
ZULKIFLI BIN ZAINOL ABIDIN
016-265 3438

PEN. SETIAUSAHA
MOHD HANAFI BIN ABDUL AZIZ
012-374 6577

BENDAHARI
MOHD FU'AD BIN YAHYA
019-244 9190

AJK:
BIRO KESELAMATAN
ALI ROSHIDI
013-472 0701

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
MUHAMMAD NAWAWI
013-306 4918

BIRO PENDIDIKAN & AGAMA
ABD. RAHIM
012-617 2517

BIRO SUKAN & REKREASI
KHAIRUL NIZAM
019-621 6095

BIRO HAL-EHWAL WANITA
SEMUA ISTERI AJK

Friday, January 15, 2010

MAKLUMAN : JADUAL PERMAINAN BOLA SEPAK, FUTSAL DAN SEPAK TAKRAW

MAKLUMAN

JADUAL PERMAINAN BOLASEPAK, FUTSAL DAN SEPAKTAKRAW


BOLASEPAK
ISNIN, RABU DAN KHAMIS

MASA : 5:00 PETANG

TEMPAT : PADANG BOLASEPAK P14

HUBUNGI : HUSNI - 013-265 3788


FUTSAL
SELASA DAN JUMAAT

MASA : 9:00 MLM - 11:00 MLM

TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL P14

HUBUNGI : HUSNI - 013-265 3788


SEPAKTAKRAW
SETIAP MALAM

MASA : 9:00 MLM - 11:00 MLM

TEMPAT : GELANGGANG TAKRAW P14

HUBUNGI : FAIZEE - 012-2930974


SEMUA PENDUDUK YANG BERMINAT SILA HADIR PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN.

Monday, January 11, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN EMPAT PENJURU 10 JANUARI 2010 DI P14

P14 LWN BOMBA BANGI 2-0

P14 LWN BOMBA HANG TUAH 2-0


P14 LWN BOMBA PUTRAJAYA 0-2


Silatulrahim antara pemain terjalin.


Antara penyokong yang hadir.

Perlawanan Persahabatan Empat Penjuru ini melibatkan Bomba Putrajaya, Bomba Bangi, Bomba Hang Tuah dan Presint 14. Objektif diadakan perlawanan ini adalah untuk mengukur tahap pencapaian pasukan masing-masing. Perlawanan telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang. Keputusan penuh perlawanan: Pertama Bomba Putrajaya, Kedua Presint 14, Ketiga Bomba Bangi dan Keempat Bomba Hang Tuah.

Tahniah kepada semua pemain dan pasukan yang memberikan komitmen dalam perlawanan persahabatan ini.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010
JAWATAN KUASA KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2010.
SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN LEBIH MEMBAWA KBERKATAN, KERAHMATAN DAN MENGERATKAN SILTURRAHIM SESAMA KITA.
UNTUK TAHUN 2010, BERBAGAI PROGRAM SEDANG DIRANCANG UNTUK DIADAKAN DI KOMUNITI KITA. WALAUBAGAIMANAPUN PENYERTAAN SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARAPKAN AGAR SEGALA PROGRAM/AKTIVITI YANG BAKAL DIADAKAN DAPAT MENCAPAI OBJEKTIF.
SEKIAN.