Monday, December 28, 2009

P14 JOHAN BOLA TAMPAR SUKAN KOMUNITI DUN BUKIT ANTARABANGSA

Sukan Komuniti DUN Bukit Antarabangsa telah berlangsung di Jabatan Pengairan dan Saliran Ampang pada 26 Disember 2009 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Empat acara yang dipertandingkan iaitu Bola sepak 7 sebelah, bola jaring, bola tampar dan sepak takraw.

P14 berpeluang menyertai Sukan Komuniti ini dengan kerjasama dari UMNO Bahagian Ampang dan juga Pegawai JASA Parlimen En. Wan Anuar Ayob merangkap Pengurus P14. Terdapat 8 pasukan yang menyertai pertandingan bola tampar dan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan bola tampat tersebut:

Peringkat Kumpulan B
1. P14 vs Taman Dato' Ahmad Razali = 2-0
2. P14 vs Berembang 'B' = 2-0
3. P14 vs Sri Dagang = 0-2

Separuh Akhir
P14 vs Bandar Baru Ampang = 2-0

Akhir
P14 vs Berembang 'A' = 2-1

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Kepimpinan UMNO Bahagian Ampang iaitu Dato' Ismail Kijo, En. Aziz Derus, En. Safarizul Mustafa dan Prof. Madya Dr Rozaidah Talib. Johan menerima wangtunai sebanyak RM500 bersama medal. Naib Johan menerima RM300 dan medal. Ketiga dan keempat masing-masing menerima wang tunai RM150 dan medal.






Tahniah P14!

Thursday, December 24, 2009

BOLA TAMPAR P14 VS MOF 23 DIS 09

Perlawanan persahabatan P14 dan MOF berlangsung pada 23 Disember 2009 di gelanggang Pancarona jam 6.00 petang. Walaupun hujan kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan untuk meneruskan perlawanan. Keputusannya P14 menang 2-0 dan perlawanan di set ketiga telah dihentikan kerana telah masuk waktu Maghrib. MOF sedang mendahului ketika perlawanan dihentikan. Syabas untuk kedua-dua pasukan di atas komitmen yang diberikan.





Friday, December 18, 2009

MAAL HIJRAH 1431H

JAWATAN KUASA PENDUDUK KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA PENGHUNI. SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN LEBIH MENGERATKAN SILATURRAHIM SESAMA KITA.

Saturday, December 12, 2009

FACEBOOK PRESINT EMPAT BELAS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Facebook : Presint Empat Belas Putrajaya

Untuk lebih memudahkan penduduk mengikuti segala perkembangan di komuniti kita dan juga untuk memudahkan semua pihak memberikan idea, komen, pandangan dan ulasan, facebook untuk presint 14 telah diaktifkan.



Thursday, December 10, 2009

BOLA TAMPAR: P14 VS KPDN

Perlawanan Persahabatan ini telah berlangsung pada 9 Disember 2009 di Gelanggang Pancarona jam 9.00 mlm. P14 telah memenangi perlawanan ini dengan agregat 3-1. Objektif perlawanan ini adalah untuk meyakinkan lagi penampilan diri dan kualiti pemain P14. Selain itu juga perlawanan persahabatan ini juga menjadi gelanggang pemanas badan bagi KPDN yang akan menyertai sukan dalaman Kementeriannya pada 11 Disember nanti.

Barisan pemain P14.

Persahabatan bersama KPDN


Aksi-aksi pemain P14.


Santai tapi bijak dalam permainan.




Monday, December 7, 2009

Bola Tampar : P14 Menang Lagi!!!

Satu perlawanan persahabatan telah berlangsung di antara P14 dan KPM pada 5 Disember 2009 jam 10.00 pagi bertempat di dewan IPIS. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan P14 dengan agregat 3-1.

Perlawanan ini menandakan bermulanya semula aktiviti latihan dan perlawanan untuk pasukan bola tampar P14. Selain itu, perlawanan ini juga dijalankan untuk menguji persedian KPM dalam menghadapi satu kejohanan di Kota Kinabalu pada 19 Disember nanti. Tahniah!



Thursday, December 3, 2009

PUTRAJAYA BANDAR CONTOH

Assalamualaikum..wrt & Salam Sejahtera

Putrajaya sebagai Bandar Contoh...itulah wawasan dan hasrat murni kerajaan. Seperti yang semua kita sedia maklum, segala kemudahan dan prasarana yang indah telah dibina di Putrajaya. Kuarters-kuarters, kompleks-kompleks pejabat kerajaan, pusat membeli-belah, tempat-tempat riadah dan sebagainya telah dibina dengan begitu tersusun dan indah.

Hasrat murni kerajaan tersebut akan tercapai hanya jika masyarakatnya mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Tanpa nilai-nilai tersebut, usahkan bermimpi untuk menjadi contoh kepada bandar-bandar lain, apa yang kita nikmati pada hari ini pun mungkin akan lenyap dalam sedikit masa.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu mengamalkan nilai-nilai murni sepertimana yang dituntut dan bersama-sama kita menjaga segala kemudahan yang disediakan untuk kemudahan kita.

Saturday, November 28, 2009

AKTIVITI : MAJLIS IBADAH KORBAN






ASSALAMUALAIKUM..WRT..

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, LA ILA HAILLALLAH HU WALLAH HU AKBAR...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita sama-sama bertemu lagi pada hari raya Aidil Adha pada tahun ini.

Sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, Surau Al-Mustaqim, Kuarters Apartment Presint 14(Sub Presint 14-7), Putrajaya telah mengadakan aktiviti Majlis Ibadah Korban.

Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari penghuni-penghuni yang berhari raya di sini.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatan Kuasa Surau Al-Mustaqim dan semua penduduk yang turut terlibat dengan aktiviti ini.

InsyaAllah, pada tahun hadapan, aktiviti ini akan diadakan lagi dengan lebih meriah.


Wednesday, November 18, 2009

AKTIVITI : MAJLIS IBADAH KORBAN

MAKLUMAN

MAJLIS IBADAH KORBAN

ASSALAMUALAIKUM..WRT.

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI, JAWATAN KUASA SURAU AL-MUSTAQIM, KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 AKAN MENGADAKAN AKTIVITI IBADAH KORBAN PADA 27HB NOVEMBER 2009.

SEHUBUNGAN ITU, KEPADA SEMUA WARGA KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 DIJEMPUT BERSAMA-SAMA UNTUK BERGOTONG-ROYONG DAN MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERHUBUNG MAJLIS TERSEBUT
SILA HUBUNGI:-

TUAN HAJI ABDUL LATIFF BIN MAT ALIAS
PENGERUSI SURAU AL-MUSTAQIM

017 - 881 1098

Monday, November 16, 2009

PERINGATAN : KEJADIAN PECAH RUMAH

ASSALAMUALAIKUM..WRT..DAN SALAM SEJAHTERA

BARU-BARU INI TELAH BERLAKU BEBERAPA KEJADIAN PECAH RUMAH DI KAWASAN APARTMENT PRESINT 14.

SEHUBUNGAN ITU JAWATANKUASA PENDUDUK INGIN MEMPERINGATKAN SEMUA PENGHUNI AGAR BERHATI-HATI DAN SENTIASA BERWASPADA. DIHARAPKAN PENGHUNI DAPAT MENGUNCI SEMUA PINTU DAN MEMAKLUMKAN KEPADA JIRAN TERDEKAT SEKIRANYA INGIN MENINGGALKAN RUMAH.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

MAKLUMAN : PENUTUPAN SEMENTARA GELANGGANG FUTSAL PRESINT 14

MAKLUMAN

PENUTUPAN SEMENTARA GELANGGANG FUTSAL

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA GELANGGANG FUTSAL PRESINT 14 DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU UNTUK PIHAK BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH DAN JAWATAN KUASA PENDUDUK MENYELARAS DAN MENYUSUN JADUAL PERMAINAN TERSEBUT.

INI KERANA TELAH BERLAKU BEBERAPA KEJADIAN YANG HAMPIR MENCETUSKAN PERGADUHAN ANTARA PEMAIN DAN SUASANA BISING YANG TELAH MENGGANGGU PENDUDUK YANG BERHAMPIRAN.

Tuesday, October 13, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA BLOK B 10 OKTOBER 2009

Sambutan Hari Raya Blok berlangsung dengan jayanya di atas kerjasama penghuni-penghuninya. Program bermula jam 2.00 petang dengan membakar lemang. Walaupun kali pertama mengadakannya dengan bantuan chef Blok B, lemang champion berjaya dihasilkan setanding dengan lemang Pak Ali.

Sebelah malamnya, program dimulakan jam 8.30 malam dengan serba ringkas. Selepas bacaan doa, penghuni disajikan dengan nasi minyak, lemang, nasi himpit dan satay. Objektif program ini adalah menjamu selera dan beramah mesra antara satu sama lain di bulan yang mulia ini. Semoga program yang mengeratkan silatulrahim antara penghuni ini akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang.







Tuesday, September 29, 2009

BOLASEPAK

Assalamualaikum..wrt..

Aktiviti riadah bermain bolasepak diadakan pada setiap petang jam 6.00. Kepada warga Presint 14 yang berminat datanglah beramai-ramai di padang bolasepak Presint 14.

Untuk makluman, satu kejohanan bolasepak di Presint 14 sedang dirancang untuk diadakan dalam masa terdekat. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Sekian.

Husni Halim
013-265 3788

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT KEMBALI WARGA PRESINT 14

Assalamualaikum..wrt..

Setelah seminggu kita semua bergembira menyambut Aidil Fitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing, kini tiba masanya semua warga kota yang pulang ke kampung mula kembali ke kota termasuk warga Presint 14.

Diharapkan, semuanya dapat kembali dengan selamat. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan pulang ke destinasi. Berhati-hati ketika memandu..Utamakan keselamatan.

Thursday, September 17, 2009

SEKADAR PERINGATAN

Assalamualaikum..wrt..

Kepada warga Presint 14 yang dah mula bercuti dan dah mula pulang ke kampung halaman menyambut Aidil Fitri diharap anda telah memastikan keselamatan kediaman dan harta benda yang ditinggalkan sepanjang percutian anda.

Pastikan semua pintu dan suis-suis utama telah ditutup dan berkunci. Sekiranya anda meninggalkan kenderaan anda, kalau boleh, tinggalkan di kawasan-kawasan yang selamat seperti di kawasan yang berkamera. Pastikan juga kenderaan anda tidak menghalang laluan.

Sekian.

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



ASSALAMUALAIKUM..WRT..

Selang beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Bagi pihak seluruh Jawatankuasa penduduk Aprtment Presint 14, Putrajaya, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga Presint 14 dan semua muslimin dan muslimat.

Kepada yang dah mula pulang ke kampung halaman masing-masing, kami mengucapkan selamat jalan dan sentiasa berhati-hatilah sepanjang perjalanan anda.

Juga ingin diingatkan, pastikan keselamatan kediaman dan harta benda anda yang ditinggalkan sepanjang perayaan ini. Jangan dibiarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab 'beraya' dengan harta benda anda.

Akhir sekali, dikesempatan ini, saya bagi pihak seluruh AJK penduduk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin kepada seluruh warga Presint 14 dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Wednesday, September 9, 2009

OPERASI KUNCI TAYAR KENDERAAN PENGHUNI OLEH BPH

Untuk makluman semua penghuni di Apt Presint 14.

Pihak BPH sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat terlarang.

Kertas-kertas merah yang diletakkan di cermin kereta merupakan kertas amaran dan nombor kenderaan tersebut direkodkan dan gambar diambil (Tetapi biasanya kertas tersebut dikoyakkan tanda hebatnya penghuni tersebut. Tapi sayang tanpa disedarinya nombor kenderaan tersebut telah direkodkan).

Menerima kertas amaran kali kedua menyebabkan kenderaan penghuni akan dikunci.

1) Kunci kali pertama tak perlu bayar RM50.00 tetapi pemilik kenderaan tersebut terpaksa membawa kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan tersebut. Selain itu juga pemilik kenderaan tersebut menerima amaran atau surat tunjuk sebab dari ketua jabatan masing-masing.

2) Kunci kali kedua masih lagi tak perlu bayar RM50.00 tetapi surat keluar dari kuarters akan diberikan serta merta.

3) Tidak puas hati dengan tindakan keluar kuarters, tindakan tatatertib dari ketua jabatan dikeluarkan jika ada sebarang bantahan.

Kepada penghuni Presint 14 yang bijaksana dan penghuni yang tegar tu patuhi peraturan yang telah ditetapkan tak kira apa pangkat anda.

Sekian, terima kasih.

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52



JAWATAN KUASA PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52 KEPADA SEMUA PENGHUNI DI PRESINT 14.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHAYATI SEMANGAT KEMERDEKAAN INI DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN RASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KEAMANAN DAN KEHARMONIAN SESAMA KITA.

Wednesday, August 26, 2009

OPERASI KUNCI TAYAR OLEH PENGUATKUASA BPH






Kepada semua penghuni dan pemilik-pemilik kenderaan diharap dapat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

Penguatkuasa BPH telah mula mengadakan kembali operasi mengunci tayar kenderaan yang didapati diletakkan di luar petak parking.

Kepada penghuni-penghuni yang tidak mematuhi peraturan, tindakan keluar kuarters akan dikenakan dan nama akan disenaraihitamkan daripada menduduki mana-mana kuarters kerajaan.

Untuk makluman, petak-petak parking yang disediakan ditempat kita masih mencukupi dan dapat menampung jumlah kenderaan yang terdapat di sini. Apa yang amat dikesalkan ada antara penghuni yang terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan majoriti penghuni yang lain.

Kerjasama semua amat diharapkan dalam memastikan keharmonian komuniti kita.

Monday, August 24, 2009

LOT MELETAK KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA


Assalamualaikum..wrt..

Kepada semua penghuni Apartment Presint 14 diharap dapat memahami dan menghormati kemudahan yang telah disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya.

Semasa tinjauan dilakukan, kelihatan beberapa motosikal masih diletakkan di kawasan tersebut.
ADAKAH PEMILIK-PEMILIK MOTOSIKAL INI CACAT????..

Perkara ini bukan perkara baru, tetapi telah berulangkali ditegur.

UNTUK MAKLUMAN, SEMUA NOMBOR PENDAFTARAN MOTOSIKAL YANG TELAH DILETAKKAN DI RUANG OKU TERSEBUT TELAH DICATAT DAN TINDAKAN AKAN DIKENAKAN.

Amat diharapkan agar semua penghuni dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam memastikan komuniti kita sentiasa aman dan harmoni.

Sekian, terima kasih.

SOLAT SUNAT TARAWIKH




Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan hidayahNya dapat kita bertemu lagi pada Ramadhan tahun ini.

Seperti tahun-tahun lalu, Surau Al-Mustaqim turut menganjurkan Solat Sunat Tarawikh pada tahun ini.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ruang-ruang di dalam surau semua dipenuhi oleh Muslimin dan muslimat.

Diharapkan semoga sambutan sebegini dapat diteruskan bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi pada bulan-bulan yang lain juga.

Sama-samalah kita mengimarahkan surau kita.

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK




Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah selang beberapa hari lagi semua umat Islam akan bersama-sama menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sehubungan itu saya mewakili Jawatan Kuasa Penduduk Apartment Presint 14 mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh penduduk Aprtment Presint 14 dan semua umat Islam.

Solat Tarawih akan diadakan di Surau Al-Mustaqim, Blok E. Semua dijemput untuk bersama-sama meramaikan surau kita terutama di Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sekian.


SESI DIALOG ANTARA WAKIL-WAKIL PENDUDUK DAN KETUA POLIS PUTRAJAYA



Pada 18hb Ogos 2009, Selasa, Jam 3:00 petang telah diadakan satu sesi dialog antara wakil-wakil penduduk Putrajaya dan Ketua Polis Putrajaya P/ACP ABDUL RAZAK BIN ABDUL MAJID, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya DSP YUSUF BIN IBRAHIM, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah DSP ZULKHAIRI BIN HJ. MAHAMUD, Ketua Caw. Khas Daerah DSP IDRIS BIN MOHD ALI, Ketua Bah. Siasatan Jenayah Narkotik ASP JASMIN BIN HUSSIN serta Ketua Bah. Siasatan Jenayah Komersial ASP BALWANT SINGH S/O SHAGINDER SINGH.

Sesi dialog ini diadakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan statistik kejadian jenayah sepanjang tahun ini, tindakan-tindakan yang telah diambil dan bagi memberi peluang kepada wakil-wakil penduduk mengemukakan masalah-masalah setempat.

Tidak ketinggalan wakil Jawatan kuasa penduduk kuarters Apartment Presint 14 iaitu Husni Bin Halim dan En. Mohd Yusoff Abdullah juga telah turut serta dalam sesi dialog ini.

Antara masalah yang telah dibangkitkan oleh wakil Presint 14 adalah:

1. Masalah Kecurian kenderaan yang makin kerap berlaku di kawasan kita.
2. Masalah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan remaja yang sering menimbulkan masalah di kawasan kita.

Tindakannya :

Pihak Polis telah memberi jaminan untuk meningkatkan rondaan dan memberi parhatian sewajarnya berhubung setiap permasalahan tersebut.

Pihak polis juga memohon kerjasama semua penduduk yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan agar segera menghubungi pihak Polis.

NO. TELEFON : 03-8886 2145

Maklumat-maklumat:

1. Menggalakkan penduduk mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop.
Cara Pendaftaran : RAKANCOP<> DAFTAR<> NAMA SAMARAN 32728
No. HOTLINE RAKAN COP : 03-21159999

2. Menggalakkan remaja yang berusia antara 18 hingga 25 tahun untuk menyertai Sukarelawan Polis dan berbagai aktiviti akan diadakan. Borang permohonan boleh didapati di Balai Polis dan juga boleh menghubungi En. Husni Bin Halim (013-265 3788) bagi penduduk Presint 14.

Sekian, Terima kasih.

Sunday, August 16, 2009

FUTSAL

Alhamdulillah, di komuniti kita telah disediakan sebuah padang futsal bagi memberikan kemudahan kepada penduduk kita terutama belia-belia untuk beriadah. Namun begitu, kebelakangan ini didapati gelanggan futsal tersebut telah menjadi tumpuan begitu ramai pemain yang bukan hanya dari kawasan kejiranan kita tetapi juga dari luar termasuk dari Kajang dan Bangi.

Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada penghuni-penghuni blok yang berdekatan terutama di blok baru.

Sehubungan itu, saya memohon agar para pemain dari komuniti kita agar dapat membentuk satu jawatankuasa bagi memantau dan menyusun jadual permainan agar tidak mengganggu ketenteraman penghuni lain.

Ini kerana apa yang diperhatikan, gelanggang tersebut tidak terkawal. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, Jawatan kuasa tersebut perlu segera dibentuk.

PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE - 52






Sewaktu tinjaun dilakukan, kelihatan penghuni-penghuni Blok D sedang bergotong royong memasang Jalur gemilang.


Alhamdulillah..pada 31hb Ogos 2009 ini kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-52.

Sehubungan itu, semua penduduk digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di Blok dan rumah masing-masing.

Untuk tujuan itu, pihak JPM telah memberikan secara percuma 40 helai Jalur Gemilang bagi setiap blok.

Tahniah kepada semua penghuni semua Blok yang telah memasang Jalur Gemilang di Blok masing-masing.

Kepada J/kuasa penduduk Blok A, bolehlah hubungi saya, Husni 013-265 3788 untuk mengambil Jalur Gemilang bagi Blok A.




MASALAH KECURIAN MOTOR

Assalamualaikum..wrt..

Masalah kecurian motorsikal makin kerap berlaku di kawasan kita sejak kebelakangan ini..

Baru-baru ini, ada penduduk terserempak dengan individu yang mencurigakan sedang berkeliaran dan mengamati sebuah motorsikal di parking basemen Blok E. Apabila di soal individu tersebut terus melarikan diri dan menaiki sebuah van. Malangnya nombor pendaftaran Van tersebut tidak sempat diambil.

Sehubungan itu, kerjasama semua penduduk terutamanya pemilik-pemilik motorsikal agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Walaupun di tempat kita dilengkapi dengan CCTV, namun ianya masih belum dapat menjamin tahap keselamatan di sini.

Pihak J/kuasa penduduk Blok E bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan semua penduduk dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah-langkah pencegahan yang mungkin dapat diambil bagi membendung kegiatan-kegiatan ini.

Kepada sesiapa yang terserempak atau mendapati sesuatu yang mencurigakan di kawasan kita, anda bolehlah terus menghubungi pihak-pihak berikut dengan segera :

1. POLIS : 03-8886 2145 / 03-8886 2146

2. J/KUASA KESELAMATAN BLOK MASING-MASING
2.1: Untuk Blok E : 012-684 4427 (En. Saiful),
013-472 0701(En. Ali)

3. HUSNI HALIM : 013-265 3788

Kerjasama semua amat diharapkan demi menjamin keselamatan kita semua.

Thursday, August 13, 2009

VANDALISMA LAGIII...


MOHON KERJASAMA SEMUA PIHAK UNTUK SAMA-SAMA MEMANTAU KEGIATAN INI. SUDAH BANYAK KEMUDAHAN AWAM YANG DISEDIAKAN UNTUK KITA TELAH DIROSAKKAN KEBELAKANGAN INI.

SEKIRANYA SESIAPA YANG TERNAMPAK , MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT, ATAU MEMBERI SEBARANG CADANGAN TENTANG PERKARA-PERKARA SEBEGINI DIHARAP DAPAT TERUS MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK-PIHAK BERIKUT :

1. HUSNI BIN HALIM - 016-229 4272
2. J/KUASA KESELAMATAN BLOK MASING-MASING

SEMOGA DENGAN KERJASAMA SEMUA, PERKARA-PERKARA SEBEGINI AKAN DAPAT KITA BENDUNG.

SEKIAN.

Monday, August 10, 2009

KOLEJ TAR INVITATION 08 OGOS 2009







Pertandingan Bola Tampar Jemputan Kolej TAR telah berlangsung pada 8 Ogos 2009 di dewan sukan kolej tersebut.

Pasukan P14 Wanita telah melalui pengalaman pertamanya memasuki pertandingan bola tampar dengan kekalahan. Walaupun begitu, pengalaman yang diperolehi dalam pertandingan ini amat berharga sekali. Diharap pasukan ini akan lebih matang dan mempunyai semangat untuk maju lebih jauh lagi.
Terima kasih kepada pemain-pemain yang telah memberikan komitmen untuk pasukan P14.

Sunday, August 9, 2009

BOLASEPAK : KEPUTUSAN PERLAWANAN TERAKHIR LIGA BOLASEPAK PIALA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA




Alhamdulillah..pada 8hb Ogos 2009 jam 5:00 ptg telah berlangsung satu lagi perlawanan yang melibatkan pasukan kita, Presint 14 menentang pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat kejohanan ini. Keputusannya pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menewaskan pasukan Presint 14 dengan keputusan 4-0.

Pada sebelah malam, perlawanan akhir antara pasukan Kasturi FC menentang pasukan KPM telah berlangsung bagi menentukan Juara dan Naib Juara Piala Presiden Perbadanan Putrajaya 2009.
Keputusannya pasukan Kasturi FC telah dinobatkan sebagai Juara dengan kemenangan 1-0 ke atas pasukan KPM.

JOHAN : KASTURI FC
N. JOHAN : KPM
KETIGA : PERBADANAN PUTRAJAYA
KEEMPAT : PRESINT 14

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan kepada semua yang telah memberikan komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Presint 14 sepanjang berlangsungnya pertandingan ini.

Walaupun pasukan Presint 14 baru 2 bulan ditubuhkan, namun berkat kerjasama dan komitmen semua, kita telah membuktikan bahawa pasukan kita tergolong dalam 4 pasukan terbaik daripada 32 pasukan yang menyertai pertandingan ini.



Thursday, August 6, 2009

BOLASEPAK : KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN JADUAL PERLAWANAN SETERUSNYA

Assalamualaikum..wrt..

Terima kasih atas segala sokongan semua pihak terhadap Pasukan Presint 14.
Tahniah kepada semua para pemain dan jurulatih Pasukan Presint 14 kerana telah meletakkan Pasukan Presint 14 antara 4 Pasukan terbaik pertandingan ini daripada 32 pasukan yang bertanding walaupun pasukan ini baru ditubuhkan selama 2 bulan.

Pada pertemuan peringkat separuh akhir yang telah diadakan pada 1hb Ogos 2009 yang lalu, Pasukan Presint 14 telah tewas kepada Pasukan Kasturi FC dengan keputusan 5-0. Diakui kita perlu lebih gigih menjalani latihan untuk kita dapat terus bersaing dalam peringkat ini.

Jadual perlawanan seterusnya yang melibatkan Pasukan Presint 14 ialah bagi menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat.

Jadual Perlawanan adalah seperti berikut :

PENENTUAN TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT

PRESINT 14 VS PERBADANAN PUTRAJAYA
TARIKH : 8HB OGOS 2009
HARI : SABTU
MASA : 5:00PTG
TEMPAT : PANCARONA

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KITA

Sekian, terima kasih.

Monday, August 3, 2009

P14 MENANG LAGI!

Pasukan Bola Tampar Perempuan P14.

Gambar kenangan dengan pasukan Putrajaya Holding sebelum perlawanan
Aksi P14.


Dua perlawanan persahabatan melibatkan pasukan lelaki P14 (B) dan perempuan diadakan minngu lepas. Pada 30 Julai 2009 P14 vs Putrajaya Holding yang berkesudahan menang 2-1. Manakala pada 31 Julai pula pasukan lelaki P14 (B) bertemu Bomba Kajang dengan keputusan menang 3-0.

Dalam perlawanan persahabatan P14 dan PJH yang diadakan pada jam 6.00 petang, seorang penghuni dari Blok A telah membaling telur ke gelanggang. Apakah motif penghuni tersebut? Tak malu ke dengan tetamu yang datang bermain di sini? Kepada penghuni yang tiada telur tu, bolehlah turun ke gelanggang jika ada masalah yang timbul!

Untuk menghidupkan pasukan yang kuat dan komited, perlukan sokongan dari pelbagai pihak termasuklah penghuni-penghuni P14 sendiri.