Monday, December 28, 2009

P14 JOHAN BOLA TAMPAR SUKAN KOMUNITI DUN BUKIT ANTARABANGSA

Sukan Komuniti DUN Bukit Antarabangsa telah berlangsung di Jabatan Pengairan dan Saliran Ampang pada 26 Disember 2009 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Empat acara yang dipertandingkan iaitu Bola sepak 7 sebelah, bola jaring, bola tampar dan sepak takraw.

P14 berpeluang menyertai Sukan Komuniti ini dengan kerjasama dari UMNO Bahagian Ampang dan juga Pegawai JASA Parlimen En. Wan Anuar Ayob merangkap Pengurus P14. Terdapat 8 pasukan yang menyertai pertandingan bola tampar dan dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan bola tampat tersebut:

Peringkat Kumpulan B
1. P14 vs Taman Dato' Ahmad Razali = 2-0
2. P14 vs Berembang 'B' = 2-0
3. P14 vs Sri Dagang = 0-2

Separuh Akhir
P14 vs Bandar Baru Ampang = 2-0

Akhir
P14 vs Berembang 'A' = 2-1

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Kepimpinan UMNO Bahagian Ampang iaitu Dato' Ismail Kijo, En. Aziz Derus, En. Safarizul Mustafa dan Prof. Madya Dr Rozaidah Talib. Johan menerima wangtunai sebanyak RM500 bersama medal. Naib Johan menerima RM300 dan medal. Ketiga dan keempat masing-masing menerima wang tunai RM150 dan medal.






Tahniah P14!

2 comments:

  1. Saya ingin melahirkan rasa bangga dan kagum terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain sewaktu kejohanan tersebut. Adalah lebih baik dan afdhal sekiranya semangat tersebut dapat diterapkan dalam sesi latihan pada setiap hari isnin dan rabu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua pemain dan pengurusan pasukan atas kemenangan tersebut.

    ReplyDelete