Monday, August 3, 2009

P14 MENANG LAGI!

Pasukan Bola Tampar Perempuan P14.

Gambar kenangan dengan pasukan Putrajaya Holding sebelum perlawanan
Aksi P14.


Dua perlawanan persahabatan melibatkan pasukan lelaki P14 (B) dan perempuan diadakan minngu lepas. Pada 30 Julai 2009 P14 vs Putrajaya Holding yang berkesudahan menang 2-1. Manakala pada 31 Julai pula pasukan lelaki P14 (B) bertemu Bomba Kajang dengan keputusan menang 3-0.

Dalam perlawanan persahabatan P14 dan PJH yang diadakan pada jam 6.00 petang, seorang penghuni dari Blok A telah membaling telur ke gelanggang. Apakah motif penghuni tersebut? Tak malu ke dengan tetamu yang datang bermain di sini? Kepada penghuni yang tiada telur tu, bolehlah turun ke gelanggang jika ada masalah yang timbul!

Untuk menghidupkan pasukan yang kuat dan komited, perlukan sokongan dari pelbagai pihak termasuklah penghuni-penghuni P14 sendiri.

5 comments:

  1. sALAM,
    Tqahniah diatas kemenangan untuk pasukan P14. Berkat daripada latihan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh setiap pemain. Saya hanya merupakan penyokong dari jauh... cuma satu yang hendak saya komen ...waktu berlatih tu kalau boleh masa hari hari bekerja jangan lah sampai lewat malam... kekadang sound terkuat sikit... kacau sikit lah kalau anak-anak kecil, anak sekolah, atau kita ni nak tidur kerana perlu bangkit awal. Tak salah kalau nak berlatih namun ..masa tu kurangkan sikit pada hari bekerja ..tetapi waktu hujung minggu ..tak pe lah kalau nak sampai ke subuh sekali pun... sekian terima kasih.. ni bukan nak komen teruk.. kami tetap sokong jugak...demi P14....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas komen dan sokongan tersebut. Pihak Pengurusan pasukan P14 akan cuba untuk menghadkan latihan sehingga jam 11.30 malam sahaja demi ketenteraman penduduk P14 sekalian.
    Selain itu juga kami akan mengawal bunyi bising dari pemain agar anak-anak kecil di sini lebih nyenyak tidurnya.
    -Pengurus P14.

    ReplyDelete
  3. Kemasyarakatan Adalah Nadi Silatulrahim.... Apapun harap tidak terkubur sukan ditempat kita baik bola tampar,bola sepak,sepak takraw dll. Sukan untuk kematangan diri. So apa salahnya dedahkan juga anak-anak kita kepada sukan supaya ia aktif sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  4. salam...
    Saya cadangkan kita adakan hari sukan PPAP14... diadakan perlawanan antara blok dalm semua jenios sukan luaran dan dalaman... namun kena cari hari sesuailah memandangkan tak lama lagi nak puasa dan hari pulak makin lama makin berjerebu...

    ReplyDelete
  5. Memang untuk acara bola tampar, pihak pengurusan bercadang untuk mengadakan sukan bola tampar antara blok P14.

    Mungkin Okt, Nov atau Disember. Kena tengok kesesuaian tertentu.

    Selain itu juga P14 bercadang untuk mengadakan Karnival Jemputan Bola Tampar, Liga bola tampar P14 masih dalam perancangan, tertakluk kepada tajaan dan juga tenaga kerja untuk melaksanakan.

    Jika sukan boleh diterima semua dan penyambung silatulrahim di kalangan penduduk maka perancangan yang baik perlu disediakan agar memberi faedah kepada semua penghuni.

    -Pengurus P14

    ReplyDelete