Friday, July 31, 2009

BOLASEPAK : KEMENANGAN YANG BERMARUAH


Assalamualaikum..wrt..

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana buat pertama kalinya Pasukan Bolasepak Presint 14 menyertai Liga Bolasepak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya pada tahun ini, kita telah dapat melangkah ke peringkat Separuh Akhir.

Walaubagaimanapun, ada juga pihak-pihak yang merasa kurang senang dan tidak berpuashati dengan kemenangan kita melalui bantahan terhadap pasukan JPA.

Untuk makluman, Pasukan P14 membuat bantahan kerana Pasukan JPA telah meletakkan beberapa pemain yang tidak disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Tindakan mereka adalah menyalahi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sehubungan itu, setelah bantahan dibuat, dan pihak Penganjur membuat penelitian ke atas bantahan kita, terbukti pasukan JPA telah melanggar peraturan dan Pasukan P14 telah layak ke peringkat Separuh Akhir.

Oleh yang demikian, saya memohon kepada semua, terutamanya penduduk Presint 14, usahlah membuat andaian yang bukan-bukan terhadap pasukan kita. Untuk mendapat lebih kepastian, berhubunglah terus dengan pihak pengurusan Pasukan.

Dari permulaan liga ini, kita bermain dengan penuh semangat kesukanan dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan. Kita menang dengan penuh bermaruah.

Pemain-pemain kita telah menunjukkan semangat juang yang amat tinggi dalam setiap perlawanan bagi membuktikan bahawa Presint 14 sememangnya BOLEH!!!.

Datanglah beramai-ramai pada 1hb Ogos 2009 (Sabtu) jam 8:00 mlm di Stadium Pancarona bagi memberikan sokongan kepada pasukan kita.

Sekian.
Terima kasih.

Pengurusan Pasukan Bolasepak Presint 14 2009

Husni Bin Halim
016-229 4272

9 comments:

  1. tahniah lagi dan lagi..

    En. Webmaster...saya ingin membuat teguran tentang sikap tamak setengah penghuni di Blok E atau di blok mana sekalipun...ketika menggunakan lot parking terutama di basement...
    Mereka membuat seolah2 mereka yang beli tempat parking tu, lalu meletakkan kereta di tengah2 antara dua lot parking. Ini menghalang kereta lain meletakkan kereta mereka di lot yang kosong itu. Patutkan dibiarkan perkara seperti ini berlanjutan? Baguskah?

    ReplyDelete
  2. Kemenangan yang bermaruah perlu disaluti hati yang suci....maksud saya dalam ruangan ini, ia perlu dipositifkan dengan tiap aspek. Bagi mereka-mereka yang punyai padangan yang bernas perlu teruskan,bagi mereka-mereka yang pandai mengikitik perlu juga ada daripada tiada. So kesimpulannya bagi orang-orang ini perlu positif meluahkan pendapat dengan niat untuk memajukan kampung halaman sendiri (Presint 14) umumnya. Bagi aspek bertajuk 'Kemenangan Yang Bermaruah' ini apa salahnya kita ada rasa berbangga dengan pencapaian ini, kerana yang dibawa oleh pasukan ini adalah dari nama kampung halaman kita sendiri (Presint 14). Bagi apa yang diceritakan oleh Pengurus Pasukan Bola Sepak Presint 14, cuba kita renungkan adakah tanggungjawab yang dibawa oleh Encik Husni bercanggah dari membawa jawatan sebagai seorang pengurus pasukan bola sepak???? Ini bahawa dalam setiap kejohanan yang kita tandingi adalah dianjurkan oleh badan-badan yang profesional yang mana setiap peraturan telah diletakan pada setiap pasukan tanpa gagal diikuti. Tapi apapun nasihat saya pada Encik Husni, adalah juga tidak wajar kita nenunding pada orang-orang baik pengkritik mahupun penberi padangan dipandang negatif serta-merta, ini yang dimaksudkan suci hati. Tapi apapun, saya berpuas hati dengan cara Encik Husni menerangkan cerita yang sebenar dalam ruangan ini dan berharap bagi orang-orang yang mengkritik tanpa usul periksa, ataupun dengar dari mulut orang lain yang bukan dari penduduk kita, sedangkan diri sendiri tidak tahu menahu cerita yang sebenar sila ubah pandangan malah teruskan memberi sokongan padu bagi memajukan Presint 14. Hidup akan aman harmoni jika kita bersatu padu. Keseronokan dapat dirasai juga pada anak-anak kita yang akan menjadikan kita sebagai contoh yang terbaik.

    Sekian, terima kasih.//////

    ReplyDelete
  3. "Kemenangan Yang Bermaruah"?
    -baik hati2 sebelum termakan diri sendiri.p14 buat bantahan pada apa yg nampak salah pada team lain...tapi jangan plak sampai team lain nampak apa yg team p14 buat salah plak.
    jangan terlampau berbangga dengan apa yg kita berjaya daripada kesalahan team lawan sedangkan kalu ikut peraturan rasanya,team p14 pun ada buat kesalahan.
    apa salahnya?check sendiri lah.

    ReplyDelete
  4. Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan Presint 14 dan diprotes oleh mana-mana pihak dan keputusannya memihak kepada pihak tersebut, P14 akan akur dengan sebarang keputusan.

    Terima kasih atas keprihatinan pihak-pihak yang telah mengambil berat dan membuat pemantauan terhadap Pasukan Presint 14.

    Sokongan, teguran dan kritikan anda amat kami harapkan agar kita sama-sama dapat memperbaiki dan memperkuatkan pasukan kita.

    Terima Kasih.

    PENGURUSAN PASUKAN BOLASEPAK PRESINT 14

    ReplyDelete
  5. Maaf bertanya pada Tuan Pengurus pasukan : adakah syarat pertandingan ini mensyaratkan hanya pemain yg sah bermastautin dalam Putrajaya shj yg dibenarkan menyertai mana2 pasukan?
    Dalam fokus ini,adakah pemain2 yg sah bermastautin dalam p14 shj yg layak bermain utk team p14 kita?orang luar dibenarkan atau tidak?
    sekian.tqvm.

    ReplyDelete
  6. Tuan Pengurus,
    Walaupun kalah dengan Kasturi FC 4-0, dan akan bertemu dengan Perbadanan Putrajaya untuk menetukan tempat ketiga dan keempat, maklumat berkenaan perlawanan seterusnya perlu dipaparkan juga.
    Kita terima kekalahan ini, P14 selaku pasukan dari komuniti boleh berbangga dengan kedudukan ini. Penyertaan pertama pasukan ini telah membawa pasukan ini antara 4 pasukan terbaik di Putrajaya.
    Teruskan usaha murni Tuan Pengurus untuk membawa nama dan pasukan P14 lebih jauh lagi di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Syarat penyertaan pertandingan ini adalah TERTUTUP kepada komuniti yang bekerja/sekolah atau yang menetap di Putrajaya sahaja.

    Untuk pasukan Presint 14, kita seboleh-bolehnya ingin menyenaraikan pemain-pamain yang tinggal di Presint 14 sahaja akan tetapi pada peringkat permulaannya sambutan yang diberikan amat kurang dan kita terpaksa mengambil beberapa pemain luar tetapi mereka tinggal/bekerja di sekitar Putrajaya. Kita masih mematuhi peraturan pertandingan.

    Untuk makluman, ada beberapa pasukan yang majoriti pemainnya tinggal dan bekerja di luar Putrajaya tetapi masih diberi peluang untuk menyertai pertandingan tersebut.

    Kita mengambil sikap terbuka dalam hal tersebut dan tidak membuat bantahan kerana dari awal pertandingan, senarai pemain mereka tidak berubah dan mengekalkan pemain seperti yang telah disenaraikan dalam borang pendaftaran.

    Kita terpaksa membuat bantahan ke atas Pasukan JPA kerana pemain yang diturunkan pada setiap pertandingan adalah pemain yang tidak disenaraikan dalam senarai pendaftaran.

    Kita hanya menggunakan hak kita sebagai pasukan yang bertanding.

    Sekian.

    PENGURUSAN BOLASEPAK PRESINT 14

    ReplyDelete
  8. Menarik perhatian saya soalan-soalan semcm ini dlm ruangan blog ini... Harap dengan adanya seseorg yg peka sebegini diteruskan untuk memajukan sukan ditempat kita.

    Soalan :-
    " adakah syarat pertandingan ini mensyaratkan hanya pemain yg sah bermastautin dalam Putrajaya shj yg dibenarkan menyertai mana2 pasukan?
    Dalam fokus ini,adakah pemain2 yg sah bermastautin dalam p14 shj yg layak bermain utk team p14 kita?orang luar dibenarkan atau tidak?"

    Jawapan :-
    "Kita terpaksa membuat bantahan ke atas Pasukan JPA kerana pemain yang diturunkan pada setiap pertandingan adalah pemain yang tidak disenaraikan dalam senarai pendaftaran."

    Kritikan :-
    "jangan terlampau berbangga dengan apa yg kita berjaya daripada kesalahan team lawan sedangkan kalu ikut peraturan rasanya,team p14 pun ada buat kesalahan.
    apa salahnya?check sendiri lah."


    Jawapan :-
    "Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan Presint 14 dan diprotes oleh mana-mana pihak dan keputusannya memihak kepada pihak tersebut, P14 akan akur dengan sebarang keputusan."

    ReplyDelete
  9. ok...tq pada pengurusan pasukan yg menjawab soalan.jawapan tuan sikit sebanyak menjelaskan kekeliruan saya,dan mungkin jugak pada orang lain.saya tahu kita ada pemain luar dari putrajaya,sebab tu konfius dengan apa yg berlaku.sekadar mengikuti perkembangan dari jauh sahaja.apa pun,saya doakan kejayaan pasukan p14 pada sabtu ini.semoga mendapat tempat yg terbaik dalam pertandingan ni.
    syabas semua!!

    ReplyDelete