Wednesday, July 15, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN P14

Beberapa siri perlawanan persahabatan telah diadakan pada bulan Julai sebagai pengukur kemampuan dan prestasi pasukan ini. Perlawanan pertama diadakan antara P14 vs Bomba Bandar Baru Bangi pada 8 Julai 09 jam 9.00 mlm di P14 yang berkesudahan P14 tewas 2-3. Walaupun tewas, pemain-pemain P14 telah menunjukkan satu corak permainan yang baik dan mendapat pujian dari Bomba Bangi sendiri.


Perlawanan persahabatan kedua pula diadakan pada 10 Julai 09 jam 9.00 mlm bertempat di Pancarona antara P14 vs Bomba Kajang yang berkesudahan P14 menang 4-1. Kemenangan ini telah memulihkan kembali keyakinan pemain-pemain.


Perlawanan ketiga pula melibatkan P14 vs Pejabat Tanah & Galian Putrajaya (P.T.G) pada 12 Julai 09 jam 10.00 pagi di P14. Sekali lagi P14 menang dengan keputusan 4-1.


Sesungguhnya siri perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai pengisian kepada pemain-pemain pasukan P14 yang telah memberikan komitmen penuh dengan mengikuti latihan dengan tekun. Pihak pengurusan dan jurulatih memandang jauh ke hadapan untuk membawa pasukan P14 ini sebagai satu pasukan yang digeruni di Putrajaya ini.

1 comment: