Friday, July 3, 2009

VANDALISME PELAJAR SMK PRESINT 14 DI BLOK B

Dua hari lepas, penghuni Blok B dikejutkan dengan vandalisme yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah P14. Pelajar-pelajar ini ponteng di blok ini, mencampakkan botol minuman, selipar, kasut dan pasu bunga dari tingkat 18 dan mengenai bumbung lobi dan pecah. Pasu bunga yang dicampak ini juga hampir mengenai cleaner bangunan.

Semalam pegawai penyiasatan jenayah datang dan meninjau lokasi kejadian. Selain itu juga pelajar-pelajar ini juga berdating di belakang blok. Bila ditanya dikatakan menunggu bas. Tak masuk akal!

Pelajar-pelajar ini juga meletakkan motosikal mereka di kawasan penghuni. Terdapat satu kes, mereka hilang kunci motor, dibuka lampu depan dan disambung wayar untuk menghidupkan motor tersebut. Ini menunjukkan mereka handal dan berpengetahuan tinggi tentang motor. Jika disalahgunakan habis motor penghuni disapunya.

Kepada penghuni-penghuni di P14, sama-samalah kita cari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Terima kasih.

3 comments:

  1. 1. Minta pihak sekolah memberi ingatan pada pelajar-pelajar sekolah tersebut.

    2. Minta penjaga (sekiranya pelajar dari kalangan penghuni P14) juga menasihatkan anak-anak mereka.

    3. Minta buka talian aduan sekiranya ada yang mengenali pelajar yang membikin onar itu agar pihak polis, pihak sekolah atau penjaga boleh mengambil/diambil tindakan.

    Sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  2. Bagus cadangan tu. Kita di P14 ni, keselamatan kurang ditekankan. Kes curi kereta, motor banyak dilaporkan. Pihak Polis tidak dapat memeberikan komitmen sepenuhnya kerana kekurangan anggota.

    ReplyDelete
  3. 1. Minta kerjasama semua ketua keluarga penghuni blok pro-aktif membendung perkara ini.

    2. Jika ada diantara kita yang menegur pelajar2 yang membuat onah tu, harap yang lain turut serta menyokong tindakan tersebut. Jangan buat deek je. Naik tocahang lah mereka. Last, last orang yang menegur yang naya. Kenderaan dirosakkan dan sebagainya. Motor aku dah habis hancai dibuatkan nya.
    Seat di toreh, signal di patahkan, throttle handle pun kena cabut dan buang entah ke mana.

    3. Nak buat laporan polis cam ne, kita tak tahu siapa dan bila diaorang buat kerja2 tu. Yang pasti, office hour kita tak ada di rumah.

    4. Harap anggota polis yang kebetulan buat rondaan di kawasan kita ni suraikan budak2 tu atau ambil nama mereka, mungkin boleh check dengan sekolah alamat rumah mereka. Atau sekali-sekali naik tingkat atas check adatak budak2 tu ponteng/lepak kat aras atas tu.

    5. Staff "maintenance" yang selalu ronda melawat kawasan tu pun boleh main peranan. Kalau takut nak tegur, buat je laporan supaya polis boleh datang bantu.

    Semua ni memerlukan kerjasama.
    1Malaysia.

    ReplyDelete