Monday, June 29, 2009

BOLASEPAK : KEPUTUSAN PERLAWANAN PRESINT 14 VS MALINJA

Pada 28 Jun 2009 ,Ahad, Jam 3:00ptg Presint 14 telah mengharungi satu lagi perlawanan peringkat kumpulan Liga Bolasepak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya menentang Pasukan Malinja.

Presint 14 telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-1.

Tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukkan mutu permainan yang baik dan telah bermain dengan bersungguh-sungguh demi memastikan kemenangan kepada pasukan kita.

Perlawanan berikutnya yang melibatkan pasukan Presint 14 ialah pada 12 Julai 2009 Ahad, Jam 3.00 ptg bertemu pasukan JAWHAR.


3 comments:

  1. TAHNIAH. Saya sentiasa mengikuti perkembangan melalui laman ini. SELAMAT BERJAYA dalam pertemuan akan datang. Insyallah dengan kegigihan semua pemain dan jurulatih.

    ReplyDelete
  2. Selepas P14 mengharungi 2 perlawanan dan menang barulah penghuni sibuk kenapa tidak diajak brmain sekali untuk team P14. Padahal pada peringkat awal latihan, sikit punya liat makhluk P14 nak turun. Kepada pemain yang ada... tahniah! Teruskan usaha gigih anda sekalian.
    Kepada penghuni yang liat nak turun, bolehlah turun. Mungkin pengurusan P14 akan menghantar 2 pasukan di masa hadapan.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya perkara-perkara sebegini sememangnya telah dijangkakan akan berlaku. Adalah amat mustahil untuk pihak pengurusan memuaskan hati semua pihak.

    InsyaAllah, untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang, Presint 14 akan menghantar lebih dari satu pasukan sekiranya mendapat komitmen dari semua pihak.

    Usahlah hanya kerana masalah kecil sebegini kita perbesarkan. Bersatulah kita demi memastikan komuniti kita lebih disegani.

    Untuk makluman, Latihan Khas untuk pasukan Presint 14 diadakan 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Akan tetapi para penduduk yang berminat juga amat digalakkan untuk turut sama turun menjalani latihan dan sama-sama bermain.

    Sekian.

    ReplyDelete