Wednesday, June 10, 2009

SAMPAH DAN ANJING LIAR

Assalamualaikum..wrt..

Kebelakangan ini anjing-anjing liar makin banyak berkeliaran di kawasan kita pada waktu malam.

Unit menangkap anjing liar Perbadanan Putrajaya telah dihubungi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang amat mendukacitakan ialah apabila tinjauan dibuat didapati masalah anjing liar ini berpunca dari sikap kita sendiri. Sampah dibuang di merata tempat. Ada sampah yang cuma diletakkan begitu saja diluar rumah sampah sedangkan tong sampah yang telah disediakan masih kosong.

Sehubungan itu, kerjasama semua pihak amat diharapkan agar sama-sama bertanggungjawab terhadap persekitaran kita.

Sekian.

2 comments:

  1. agaknya suruh budak2 buang sampah koott..sama2 lah kita menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kediaman kita.

    parking pun dan macam dulu semula....walaupun banyak tempat parking lain, kat tempat dilarang juga jadi pilihan....macamana ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau kawasan kejiranan kita tak bersin, jangan salahkan syarikat penyelenggara, Lidahjin perhatikan perkhidmatan mereka setakat ini amat baik. Berkenaan dengan perbuatan meletak kenderaan ditempat yang dilarang.... Lidahjin rase kita lupekanje lah.. buat tak tahu je, asal jangan mereka parking di depan kereta kita sampai tak boleh keluar, dahle.

    ReplyDelete