Saturday, November 28, 2009

AKTIVITI : MAJLIS IBADAH KORBAN






ASSALAMUALAIKUM..WRT..

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, LA ILA HAILLALLAH HU WALLAH HU AKBAR...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita sama-sama bertemu lagi pada hari raya Aidil Adha pada tahun ini.

Sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, Surau Al-Mustaqim, Kuarters Apartment Presint 14(Sub Presint 14-7), Putrajaya telah mengadakan aktiviti Majlis Ibadah Korban.

Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari penghuni-penghuni yang berhari raya di sini.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatan Kuasa Surau Al-Mustaqim dan semua penduduk yang turut terlibat dengan aktiviti ini.

InsyaAllah, pada tahun hadapan, aktiviti ini akan diadakan lagi dengan lebih meriah.


2 comments:

  1. Salam 1Malaysia,

    Tahniah kerana berjaya melaksanakan ibadah korban pada tahun ini

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada AJK Surau yang berjaya menganjurkan ibadah korban. Semoga di tahun hadapan sambutan akan lebih ramai lagi penghuni yang melibatkan diri.

    ReplyDelete