Thursday, September 17, 2009

SEKADAR PERINGATAN

Assalamualaikum..wrt..

Kepada warga Presint 14 yang dah mula bercuti dan dah mula pulang ke kampung halaman menyambut Aidil Fitri diharap anda telah memastikan keselamatan kediaman dan harta benda yang ditinggalkan sepanjang percutian anda.

Pastikan semua pintu dan suis-suis utama telah ditutup dan berkunci. Sekiranya anda meninggalkan kenderaan anda, kalau boleh, tinggalkan di kawasan-kawasan yang selamat seperti di kawasan yang berkamera. Pastikan juga kenderaan anda tidak menghalang laluan.

Sekian.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA, MAAF DZAHIR DAN BATIN BUAT MODERATOR DAN SEMUA PENGHUNI BLOK-BLOK DI PRESINT 14, TERUTAMA KEPADA PENULIS-PENULIS MISTERI BLOG P14.

    ReplyDelete