Saturday, December 20, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA



Jamuan Hari Raya - Terima Kasih kepada yang bertungkus lumus menyediakan.

Tuan Hj. Latiff menyampaikan Khutbah Hari Raya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana agak lama tidak kemaskinikan blog ini.

Alhamdulillah..berkat muafakat Ahli Jawatan Kuasa Surau Al-Mustaqim dan penduduk, dapat juga kita menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Surau Al-Mustaqim pada tahun ini walau dalam keadaan yang serba kekurangan.

Solat Sunat AildilAdha telah di Imamkan oleh Ustaz Mohd Sairul Husna Bin Abdul Sattai dan Khutbah telah disampaikan oleh Pengerusi Surau merangkap Pengerusi Induk Persatuan Penduduk Tuan Haji Abdul Latiff Bin Mat Alias.

Selepas solat sunat Aidil Adha, ahli kariah apartment Presint 14 bersama-sama ke Presint 11 untuk turut serta menunaikan ibadah korban 30 ekor lembu sumbangan YB Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Alias yang telah sudi menjemput kariah Presint 14 untuk sama-sama turut serta.

InsyaAllah, pada tahun depan, AJK Surau Al-Mustaqim merancang untuk mengadakan aktiviti ibadah Korban di Presint 14. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya sila berhubung dengan AJK Surau Al-Mustaqim seperti yang tertera :

Pengerusi : Tn. Hj. Abdul Latiff 017-881 1098

Timb. Pengerusi : En. Muhammad Nawawi 013-306 4918

Setiausaha : En. Husni Bin Halim 013-265 3788

Penolong Setiausaha : En. Abdul Shukur 012-453 4894

Sekian. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment