Wednesday, December 24, 2008

MESYUARAT PENDUDUK BLOK E

Assalamualaikum..wrt.

 

Seperti yang telah dirancang, pada 22hb Disember 2008(Isnin), jam 9.30 malam, telah diadakan satu sesi mesyuarat/perjumpaan bagi semua penduduk Blok E.

Di sini saya ingin membuat sedikit ulasan hasil dari sesi perjumpaan pada malam tersebut.

 A)     TUJUAN/OBJEKTIF

Tujuan pihak AJK Penduduk Blok E mengadakan perjumpaan tersebut ialah:

 A.1: Mengemaskini Ahli Jawatan Kuasa Blok E

 A.2: Cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang timbul seperti masalah Pembuangan sampah, kecurian, parking, masalah sosial dan lain-lain lagi.

 A.3: Merancang aktiviti untuk semua penduduk.

 

B)     KEHADIRAN

Kehadiran AJK dan Penduduk Blok E pada malam tersebut dapat saya rumuskan sebagai amat-amat mendukacitakan. Daripada keseluruhan penduduk yang menghuni di lebih kurang 220 unit di BLOK E yang setinggi 17 tingkat, hanya 16 orang sahaja yang hadir.

 

Persatuan Penduduk ditubuhkan dengan objektif/tujuan menyatu-padukan penduduk di sesuatu komuniti. Dengan adanya persatuan penduduk, kita berharap agar kita sama-sama dapat merancang dan menjalankan aktiviti yang berfaedah untuk kepentingan bersama. Sekurang-kurangnya kita dapat mengenali jiran tetangga kita. OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MERAYU KEPADA SEMUA PENDUDUK AGAR DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA SUPAYA APA YANG KITA RANCANGKAN UNTUK KOMUNITI KITA DAPAT BERJALAN LANCAR DAN MEMBERI FAEDAH KEPADA SEMUA.

 

 ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DI RANCANG :

  1. RONDAAN MALAM

Bagi menangani masalah kecurian yang makin kerap berlaku di kawasan kita,

Pihak AJK telah merancang untuk mengadakan rondaan malam secara bergilir yang melibatkan semua penduduk Blok E. Makluman dan jadual berkenaan perkara tersebut akan diedarkan kepada semua penduduk dalam masa terdekat.

  1. BORANG MAKLUMAT PENDUDUK

Borang maklumat penduduk akan diedarkan kepada semua penduduk. Diharap tuan/puan dapat mengisi dan mengembalikan borang tersebut dengan segera.

Tujuannya ialah untuk memudahkan Jawatan kuasa penduduk merancang aktiviti untuk penduduk berdasarkan maklumat-maklumat tersebut.

Sekiranya para penghuni mempunyai sebarang kemusykilan/pertanyaan, sila berhubung dengan:

 

1. EN. AMRI BIN AHMAD                       -KETUA BLOK E                   019-271 1018

 

2. EN. KHAIRUL AZMAN              -SETIAUSAHA BLOK E       012-217 4625

Senarai semua AJK akan diedarkan kepada semua penduduk.

Sekian. Terima kasih.

‘HARMONI BUDAYA KITA’

11 comments:

  1. Kena tubuh Rukun Tetangga le, boleh dapat cuti!!

    ReplyDelete
  2. Maafle mesyuarat tak hadir, kerana tak perasan, ate teman turun pagi naik petang... turun pagi naik petang.Mane nak perasan.. hai gitulah duduk di apartment.

    ReplyDelete
  3. bekokok kat luar je la..dtg la meeting.ayam sabung berak kapur ke???xkan la x baca, besepah ajk tampal kat lif...

    ReplyDelete
  4. meeting dah la jarang2.leader pun x turun.mcm mane nih????turun la.pyh sangat ke.respek la skit kat ajk yg x seberapa nak wat keje amal..bl masalah nak selesai mcm ni!!!!!

    ReplyDelete
  5. bab ni susah ckit nak ckp.... kang ckp lebih2 kang ada yg ckp kerja ni sukarela.... kerja amal... biasalah dexs kerja xde gaji memang liyat la ckit.... cuba kerja bergaji umpama caw ???? pasti berebut2 nak jd ajk.... biasalah ada kepentingan.... masyuk yop.... apa2 hal pun tahniah kepada mereka2 yang bertungkus lumus untuk mengerakkan persatuan ini demi kepentingan bersama walaupun x bergaji... moga usaha murni kome semua mendapat ganjaran..... amin...

    ReplyDelete
  6. AJK yang rase dah malas nk wat keje amal letak je la jawatan.ade nama pun xnk turun meeting pun wat ape.wat semak jek!!!wat sakit hati.bukan utk org lain..blok sendri gak.tau ckp jek.jgn la menyusahkan AJK lain plak.pk la sendri.ade otak..bkn otak udang

    ReplyDelete
  7. Kpd saudara Shoing..

    Assalamualaikum..

    Saudara, kebanyakan masalah yang timbul adalah disebabkan sikap kita sendiri yang terlalu mementingkan diri..

    Apa yang cuba dilakukan oleh pihak AJK adalah demi kepentingan kita bersama sebagai sebuah keluarga dikomuniti ini...

    Sempena Ma'al Hijrah ini, sama-samalah kita berhijrah ke arah yang lebih positif..usah terlalu mementingkan diri..

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Hai aper cerita ni...dok bertikam lidahjer... buat pe nak paksa orang, kerja ni pun sukarela, kepada yang tak berminat baik duduk hutan jer. Nanti bila dah terjadi sesuatu baru nak tunjuk muka....

    ReplyDelete
  9. aku rasa la kan kalau dah x nak turun tu x blh nak buat apa2 lah... nak paksa pun x guna....jd kerja x ikhlas lak... cuma aku mintak la kalau dah tahu kita ni x nak turun, bagilah komen atau cadangan yang membina.... bukannya menyalahkan atau mengutuk orang.... sekurang2nya kita hargai kerja depa dan hargai idea serta pandangan depa.... kalau kita x join depa dan dalam mesyuarat depa dah dilantik, maka kita kena lah hormati... sekurang2nya kita hargai serta hormati pandangan serta kerja depa..... pikir2kanlah...

    ReplyDelete
  10. lagi satu.... kita ni janganlah perasan bagus sangat... kita manusia biasa... kita kadang2 nampak kelemahan orang lain dah tu komplen itu ini, tapi kelemahan sendiri langsung x nak ambik tahu... ingat kita aje bagus dok komen itu ini... muhasabahlah diri sendiri dan buatlah perubahan ke arah kebaikan.... hormati kerja serta pandangan orang lain juga... apa faedah yang kita dapat kalau asyik dok berbalah.... lebih baik kita bergabung idea dan tenaga untuk mengimarahkan lagi blok kita... ni pandangan kawan la.... kalau ada yang x setuju minta maaf la.... sekurang2nya hargai pandangan dan kerja orang lain... salam....

    ReplyDelete