Tuesday, January 6, 2009

MAKLUM BALAS KOMEN/ADUAN/CADANGAN

Assalamualaikum..wrt..

Saya bagi pihak AJK Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada saudara/saudari/tuan/puan yang telah meluangkan masa untuk melayari blog ini..

Alhamdulillah..banyak komen/cadangan serta aduan yang telah diterima melalui laman blog ini..Komen-komen tersebut dapat membantu pihak persatuan menambahbaik segala aktiviti yang dirancangkan untuk seluruh komuniti kita..

Di sini saya bagi pihak persatuan ingin memaklumkan tentang tindakan yang telah dan akan diambil berdasarkan kepada komen-komen anda:

  1. CCTV

Pihak AJK telah memklumkan kepada BPH dan kontraktor yang terlibat bagi memperbaiki mana-mana cctv yang telah tidak berfungsi. Alhamdulillah, tindakan telahpun diambil dan cctv tersebut dalam keadaan yang berfungsi dengan baik.

Pihak persatuan juga telah memohon kepada BPH untuk mengubah cctv di kawasan yang kurang penting ke kawasan yang lebih penting..di hadapan lift terutamanya..InsyaAllah tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

  1. LAMPU JALAN YANG TIDAK BERFUNGSI

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Penyelenggara. Apa yang telah dimaklumkan, terdapat wayar-wayar di dalam tanah yang terputus. Segala kerosakan sedang dibaiki dan akan dipastikan dalam masa terdekat semuanya akan berfungsi dengan baik. Terima Kasih kepada yang telah memaklumkan saya melalui blog ini.

  1. LALUAN PEJALAN KAKI BERHAMPIRAN RUMAH SAMPAH BLOK E

Laluan tersebut akan dibuka minggu hadapan mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh pihak BPH..

  1. KESESAKAN PARKING DI BAWAH BASEMENT

Masalah ini kerapkali dibangkitkan. Punca utama masalah ini ialah sikap kita sendiri yang mementingkan diri..Sebenarnya kuarters presint 14 ini telah disediakan banyak kawasan parking..saya mewakili pihak persatuan memohon kepada semua penduduk sama-samalah kita bertanggungjawab dan bertimbangrasa. Sekiranya parking di bawah basement telah penuh, letaklah kenderaan anda di bahagian luar. Janganlah letak kenderaan anda di kawasan-kawasan yang dilarang terutama di hadapan pintu masuk lif..

Pihak BPH telah dimaklumkan mengenai masalah ini. Tindakan untuk mengunci kenderaan yang diletakkan di kawasan yang dilarang akan dilakukan lebih kerap.

YANG PALING PENTING ADALAH PERUBAHAN SIKAP KITA SENDIRI.

JANGANLAH TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Sekian, Terima kasih.

HUSNI BIN HALIM

013-265 3788

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Pihak Persatuan telah dimaklumkan tentang perkara tersebut..bukan satu lampu yang terpadam..terdapat beberapa lampu..mentol telah ditukar..tapi masih tidak berfungsi..

    Pihak penyelenggara telahpun membuat pemeriksaan tentang perkara tersebut..

    Harap saudara faham..Pihak penyelenggara elektrikal iaitu Tenaga Setia Vesta hanya menyelenggara segala kemudahan yang telah disediakan..

    Pemasangan awalnya oleh kontraktor elektrik yang dilantik oleh pihak yang berkenaan..

    Setakat ini pihak TSV melakukan apa yang termaktub di bawah bidang tugas TSV..

    Segala laporan telah dimaklumkan kepada pihak atasan untuk tindakan segera.

    Terima kasih atas keprihatinan tuan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    sebagai blog PERSATUAN PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14, PUTRAJAYA, saya harap maklumat saperti senarai-senarai J/K Blok, J/K Surau, J/K Pengurusan Jenazah, J/K Aktiviti Sukan dll yang boleh di manfaatkan oleh Komuniti P14 dipaparkan untuk makluman.
    Yang penting nama dan nombor yang boleh dihubungi.
    جزاك اللهُ خيراً‎

    ReplyDelete
  5. NYAMUK...nyamuk...

    walau di buat operasi 'fogging' oleh Jabatan Kesihatan dan di sembur setiap hari di dalam rumah, nyamuk tetap ada.
    Punca nya nyamuk membiak di air bersih yang bertakung (dalam mangkuk tandas yang dibiarkan terbuka) di rumah-rumah kosong sekeliling kita. Salur air hujung atap yang tersekat dan kadangkala di pasu bunga rumah kita sendiri tanpa disedari.
    Oleh itu, mintalah kerjasama pihak berkenaan supaya 'flush' dan tutup mangkuk tandas rumah-rumah kosong yang ditinggalkan sebelum dikunci.
    Bagi penghuni rumah pula, sila tutup ruang yang boleh dimasuki nyamuk saperti bawah pintu dan juga jeriji kaca di atas pintu dapur di pasang 'netting' yang sesuai.
    Sama-samalah kita jadikan Komuniti P14 selamat dari penyakit bawaan nyamuk.

    ReplyDelete
  6. Saya mencadangkan di adakan persaatuan silat gayong di sini. bagi mendidik anak2 remaja yang agak ramai disini. Ia lebih baik drpada mewujudkan taekwondo yg jelas bukan budaya melayu dan tiada unsur keislaman di dalamnya. silat adalah baik krena penerapan nilai Islam di tekankan. contohnya ketika memulakan dan menamatkan latihan perlu berdoa, membaca Fatihah, Qulhu,Salawat dan lain2.
    Saya percaya remaja di sini pasti akn mendapat kebaikan dari silat ini (Gayong). Ibu bapa juga tak perlu risau lagi dgn kerenah anak remaja mereka. Tuan setiausaha boleh menghubungi saya atau terus menghubungi pejabat Gayong KL (no tel 03 26918767 ) atau setiausha pejabat gayong 0126814837 Khairul. untuk tujuan promosi atau demontrasi di kawasan ini.
    "Martabatkan Budaya Bangsa Melayu-Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
    Sekian Terima Kasih..

    ReplyDelete
  7. Tuan,
    Mohon dipertimbangkan, suara azan dari surau terlalu kuat. Saya serba salah untuk membincangkan perkara ini kerana akan dikatakan tidak menghormati azan tetapi ramai penghuni sudah membuat rungutan terutama blok yang berhadapan dengan speaker corong surau. Setiap kali azan kedengaran, diiringi dengan bunyi bising alarm kereta/ motor. Begitu juga, penghuni-penghuni yang mempunyai anak kecil yang sedang tidur.
    Diharap oarng-orang surau lebih peka dengan persekitaran.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum

    saya salah seorang drp penghuni blok e , disini saya ingin berkongsi dimana sejak menjak ni ader beberapa kejadian kecurian berlaku, ini terjadi di rumah saya sendiri dimana pada mulanya hanya selipar diluar rumah yg menjadi mangsa..kemudian tapak pasu bunga pula menjadi mangsa..yg menghairankan lampu yg berada didinding luar itu juga dicuri..saya pasti kejadian ini berlaku semasa penghuni masing2 keluar berkerja. Jadi saya berharaplah sebelum apa2 terjadi pihak ajk dapat membuat sesuatu agar perkara ini tidak merebak drp menjadi perkara yg lebih besar lagi..

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Sebelum memulakan bicara ucapan sekalung TAHNIAH saya ucapkan kepada AJK Persatuan Penduduk Apt Presint 14 di atas usaha murni mencipta blog ini. Semoga blog ini dapat di manfaatkan oleh semua penduduk di Presint 14.

    1. mohon panjangkan aduan ini kepada pihak berkenaan ye...sejak akhir2 ini saya lihat ada anjing liar berkeliaran sekitar apt 14. masalah yang timbul, saya perhatikan sampah2 yang tidak di buang dalam tong besar (diletakkan di lantai rumah sampah)digonggong oleh anjing berkenaan. sampah2 itu bertaburan selain mencacatkan pemandangan, mengotorkan jalan dan menyebabkan bau busuk.

    2. dalam pemerhatian saya, kontraktor yang menjalankan kerja2 melebarkan kolam takungan air di belakang blok E membiarkan kawasan tersebut terdedah dan menyebabkan lopak2 air terbentuk apabila hujan turun. lopak2 tersebut jika di biarkan akan mmenjadikan ia kawasan pembiakan nyamuk.

    3. saya mencadangkan laluan di sepanjang belakang surau, kedai dobi, kedai runcit di pasang lampu. walaupun ada sinaran cahaya lampu jalan tetapi kawasan tersebut masih gelap dan menjadi tempat remaja lelaki dan perempuan melepak dan merokok. gejala kurang sihat ini harus di pantau jangan sampai hingga berlaku kejadian buruk seperti gejala dadah, rogol baru kita hendak ambil tindakan.

    4. saya juga ingin mencadangkan, agar pihak berkenaan dapat menyediakan papan kenyataan di lobi (basement)(pintu lif) supaya setiap notis/makluman dapat di lekatkan di papan kenyataan tersebut dan bukannya pada dinding. walaupun telah di sediakan papan kenyataan di (Ground Floor) berhampiran peti surat kadang2 penyampaian maklumat tidak sampai kepada penduduk kerana bukan setiap hari mereka akan melalui kawasan tersebut. jika mereka meletakkan kereta di basement notis/maklumat itu akan dapat di baca sementara menunggu lif turun.

    sekian, serba sedikit yang dapat saya kongsikan.

    wasalam.


    madam Y

    ReplyDelete