Wednesday, January 28, 2009

MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA






Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah..dengan izinNya, Majlis Forum Perdana, Solat Hajat dan Bubur Asyura Anjuran bersama Persatuan Penduduk dan UMNO Bahagian Putrajaya telah berjaya diadakan pada 22hb Januari 2009 (Khamis) yang lalu.

Antara tetamu yang hadir ialah, Tan Sri Samsuddin Bin Osman, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Dato' Khairuddin, Tn. Hj. Nordin, Tn. Hj. Ghani dan Tn. Hj. Zamri.

Sekalung terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan bertungkus-lumus memastikan kelancaran perjalanan majlis tersebut.

Saya mewakili AJK Persatuan Penduduk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan majlis pada malam tersebut. Juga kami memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan yang terdapat sepanjang majlis tersebut.

InsyaAllah, pihak Persatuan Penduduk akan mengadakan lebih banyak aktiviti seumpamanya pada tahun ini.

Sekian.

Husni Bin Halim
Setiausaha
Persatuan Penduduk Kuarters Apartment Presint 14
Putrajaya.


9 comments:

  1. trima kasih atas segala sumbangan pd mlm itu.

    ReplyDelete
  2. Kenapa dipadamkan komen yang lepas. AJK nak paparkan yang terbaik sahaja ke? Itu dah menipu namanya.

    Kepincangan yang ada perlu diatasi bersama-sama.

    Paling penting, AGM perlu diadakan segera. AJK penaja ni perlu beri laluan kepada yang benar-benar boleh menjalankan tanggungjawabnya sahaja.

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM..WRT.

    SAUDARA JASAAMPANG..

    DIAKUI, KOMEN YANG LEPAS ADA YANG TERPADAM..BUKAN SENGAJA DIPADAMKAN..TERJADI ATAS KESILAPAN TEKNIKAL.

    BUKAN NIAT HENDAK MENIPU SEPERTI TUDUHAN SAUDARA..

    TENTANG AGM

    AGM AKAN DIADAKAN SECEPATNYA APABILA TELAH MENDAPAT KELULUSAN PENDAFTARAN. TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA KETUA-KETUA BLOK.

    DIHARAPKAN SAUDARA DAPAT HADIRKAN DIRI PADA AGM TERSEBUT.

    KALAU SAUDARA PENGHUNI BLOK E, SILA HADIR PADA MESYUARAT BULANAN BLOK YANG AKAN DIADAKAN PADA 4HB FEB 2009 JAM 9MLM DI SURAU AL-MUSTAQIM.

    SEKIAN.
    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  4. Yang kau orang layan "jasaampang" tu buat ape?
    Tulisan yang boleh merosakkan keharmonian kita sesama penduduk apartment p14 ni PADAMKAN saje, tak payah jawab & dipanjang2kan. Pengendali blog patut lebih bertanggungjawab menggunakan kuasanya untuk mengekalkan matlamat blog yang di wujudkan.
    Sekarang ni ramai sangat yang menggunakan ketelusan konon untuk kebaikan tetapi akhirnya maruah bangsa dan agama yang tergadai. Fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  5. PER PDDK PRST 14,

    Terima kasih di atas penjelasan dan makluman saudara tersebut.

    Jelas di sini, blog ini hanya digunakan oleh kebanyakan penghuni blok E sahaja. Apa dah jadi dengan penghuni blok lain.

    Terima kasih sekali lagi di atas undangan ke mesyuarat blok E, kerana saya bukanlah menghuni blok E.

    Sekian.

    ReplyDelete
  6. jasaampang..... mgkn btl apa kau ckp tu kebanyakan yg gunakan blog ni mgkn dr blok e. pasal blok lain tu, susah nak dijelaskan.... apa kata kalau kau hebahkan pd penghuni blok kau dan juga blok lain agar sama-sama melayari blog ni.... sebab kau ckp kau bukan dr blok e. adakah mungkin maklumat berkenaan kewujudan blog ni x sampai ke pengetahuan mereka yg menyebabkan penghuni blok lain kurang melayari blog ni?.... bab ni susah nak jawab.... sama2 lah kita hebah2kan agar ianya menjadi medan terbaik utk kita menceriakan dan meimarahkan p14..... nanti aku hebahkan kepada penghuni blok aku.... sekian....

    ReplyDelete
  7. watcher,
    wujudnya blog ini hanya diketahui apabila melihat notice board di blok E.

    Adalah baik jika dimaklumkan di semua blok agar lebih ramai yang melayari blog ini.

    ReplyDelete
  8. jasaampang betul la tu mgkn di blok E aje ada notis tu. aku tahu pun melalui org perorangan.... oleh itu, apa kata jika minta semua ketua2 blok supaya tampalkan notis di blok masing2.... kepada yg berkenaan semoga dapat mengambil tindakan dan dalam masa yang sama kita pun boleh hebah2kan kerana xkan nak harapkan ketua blok aje.... macam yg jasaampang cakap jawatan tu x penting, yg penting tindakan..... oleh itu bersama2 lah kita usahakan.....

    ReplyDelete
  9. Ai!! kenapa sunyi sepi je?, buatle forum maya ke ape2ke yg boleh memeriahkan blogni.

    ReplyDelete