Saturday, January 17, 2009

MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA

MAKLUMAN

ADALAH DIMAKLUMKAN PRESINT 14 TELAH DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH BAGI  MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT DAN BUBUR ASYURA  YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT: 

TARIKH          : 22HB JANUARI 2009

HARI               : KHAMIS

MASA             : MULAI MAGHRIB

TEMPAT         : PERKARANGAN BLOK E

SEHUBUNGAN ITU, TUAN/PUAN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

SUMBANGAN KEPADA IBU-IBU TUNGGAL JUGA AKAN DIBERIKAN.

ADALAH DIHARAPKAN IBU-IBU TUNGGAL YANG TINGGAL DI PRESINT 14 INI DAPAT MENGHUBUNGI KETUA-KETUA BLOK SEPERTI  YANG TERTERA SELEWAT-LEWATNYA 21 JAN 2009(RABU) UNTUK TUJUAN PEMBERIAN SUMBANGAN TERSEBUT:

 

BLOK A          : EN. KAMALUDDIN          012-355 0184

BLOK B          : EN. MOHD. YUSOF         019-264 3159

BLOK C          : EN. AMRI B. JAB              019-577 6973

BLOK D          : EN. SUAZALI                     017-250 1649

BLOK E          : EN. AMRI B. AHMAD     019-271 1018

ATAU

PENGERUSI              : TN.HJ ABDUL LATIFF      013-677 7381

SETIAUSAHA           : HUSNI B. HALIM              013-265 3788


TERIMA KASIH.

‘HARMONI BUDAYA KITA’

12 comments:

  1. pyh nk bace la..cantik la skit.betindih2..

    ReplyDelete
  2. Saya dah tanya Tuan Pengerusi, tpi sajer masuk kat ruangan ni. Sumbangan yang diberi hanya untuk ibu tunggal jer ke? Untuk anak2 OKU (orang kurang upaya) tak de ke?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..wrt..

    Untuk program ini saya difahamkan sumbangan hanya diberi unutk ibu-ibu tunggal sahaja..

    InsyaAllah, saya sudah usulkan pada pihak-pihak yang berkenaan bagi mendapatkan sumbangan untuk OKU..

    Saya bagi pihak J/Kuasa memohon kerjasama dari semua sekiranya terdapat ahli keluarga yang kurang upaya(OKU) segera menghubungi J/Kuasa Penduduk.

    Biro Kebajikan sedang merancang untuk mengadakan berbagai aktiviti bagi membantu semua yang memerlukan.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Ada majlis kat Sekolah Kebangsaan P14 pulak jam 8.00 malam. Nampaknya datang untuk makan je le. Mohon maaf ye...

    ReplyDelete
  5. Majlis sebegini sepatutnya berlangsung dengan lebih meriah. AJK perlu berkomunikasi dengan penghuni dan bukannya mengharapkan ketua blok semata-mata.
    Berdasarkan kehadiran malam itu, AJK sepatutnya malu dengan suasana tersebut. Tambahan lagi dengan kedatangan Ahli Parlimen Putrajaya dan Pengerusi Perbadanan Putrajaya.
    Lokasi forum yang tak sesuai, pemasangan khemah yang sia-sia? Janganlah syok sendiri wahai AJK!

    ReplyDelete
  6. Terima kasih jasaampang

    Diakui memang banyak kekurangan pada majlis tersebut.

    AJK tidak syok sendiri. Kami telah melakukan apa yang terdaya mengikut kemampuan yang terhad.

    Majlis tersebut adalah majlis anjuran bersama antara Persatuan Penduduk dan UMNO Putrajaya. Ini merupakan kali pertama majlis seperti ini diadakan.

    Segala peralatan/persiapan dan tempat ditentukan oleh pihak UMNO Bahagian. AJK sebenarnya telah mencadangkan agar lokasi diadakan di tengah padang. Akan tetapi pihak berkenaan tetap mahu mengadakan majlis tersebut di perkarangan Blok E.

    Walau apa pun, syukur Alhamdulillah, Majlis tersebut dapat berjalan dengan lncar walau ada beberapa kekurangan.

    Berkenaan kerjasama antara AJK dan Penduduk. memang diakui amat mendukacitakan. Setiap Blok telah dilantik seorang ketua bagi mewakili blok masing-masing dan terdapat juga AJK Blok masing-masing.

    Beberapa perjumpaan telah diadakan bagi memaklumkan tentang majlis tersebut. Notis kepada semua penduduk di setiap blok juga telah ditampal.

    AJK telah melakukan apa yang terdaya.

    Saya mewakili pihak AJK keseluruhannya berharap agar sebagai penduduk sama-samalah kita prihatin terhadap apa yang terjadi di komuniti kita, usahlah hanya pandai menuding jari mencari salah dan silap tanpa bersama membantu mengatasi masalah tersebut.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. weh sedap betul ko ckp jasaampang...ikut sedap mulut ko je.brani tunjuk la muka.hati panas la ngan lu..lu join la AJK br tau masalah kat blok siottt.ko nih memang spesis mangkuk ayun.xtau nk ckp laa.lu turun xmlm tu.ke tgk dr atas je.ckp sume org bole kwn..meeting dtg la kalau brani

    ReplyDelete
  8. aku setuju dgn jasaampang yg mana majlis pada malam tu sepatutnya lebih meriah. tapi bab tu ajela yang aku setuju bab lain aku x setuju. pada aku la kan jasaampang sepatutnya kau ni kena lebih bercampur dgn org, bukan ddk menunggu aje. sekurang-kurangnya dapat gak maklumat apa yang terjadi atau bakal terjadi kat persekitaran kita. kita kalau nak makan nak harap org lain bg makan, jawabnya kebulur yop. dari apa yang aku dengar memang ajk sedih ttg kehadiran malam tu. lagi satu bab kau ckp nak suruh ajk berkomunikasi dgn penduduk, aku rasa ajk dah tampal notis sebagaimana yang diberitahu oleh persatuan. adakah kau nak ajk tu pergi ketuk semua pintu rumah kelima2 blok utk bg tahu..... logik la ckit yop. apa guna ada ketua2 blok kalau sekadar ada nama aje.... kalau lah pemimpin negara pun mcm tu, harap lingkup la malaysia ni yob. pada aku senang aje, kalau semua org ada rasa tangungjawab x payah ada persatuan pun, itupun kalau la ada tanggungjawab. tapi kalau nak cari org asyik hentam org lain, aku dah ada calonya, cuma pandai ckp ajelah..... kalau nak harap duit sendiri buat majlis mcm tu, aku rasa sampai pencen pun xde. patutnya kita ni berterima kasih kepada mereka yang sudi menaja serta yang menjayakan, bukan nak dok hentam aje.... kalau ye pun kau nak bg cdgn, bg la yg membina yob....apa ingat diri tu perfect ke... betul la kata2 tun mahathir, melayu mudah lupa. apa2 pun lu pikir la sendiri apa yang dah kau bg kat persatuan ataupun penduduk.... kalau ikut nick kau mesti byk jasa kau kat kaw ampang tu...tp jgn sekadar gah pada nama dah lah....

    ReplyDelete
  9. Yang kau orang layan "jasaampang" tu buat ape?
    Tulisan yang boleh merosakkan keharmonian kita sesama penduduk apartment p14 ni PADAMKAN saje, tak payah jawab & dipanjang2kan. Pengendali blog patut lebih bertanggungjawab menggunakan kuasanya untuk mengekalkan matlamat blog yang di wujudkan.
    Sekarang ni ramai sangat yang menggunakan ketelusan konon untuk kebaikan tetapi akhirnya maruah bangsa dan agama yang tergadai. Fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  10. Taruk sikit dah melenting...

    AJK perlu kental melayan kerenah penghuni, baru lah layak nak claim diri tu sukarelawan yang berjaya.

    AJK kenalah faham, kalau nak terima seribu pujian di blog ni, silap le.

    Tak meriah sebuah blog jika ianya dihiasi dengan sembang manis.

    Selagi tidak ada kata-kata kesat yang dikeluarkan kira OK lah tu.

    ReplyDelete
  11. jasaampang.... pada aku la kan bukan masalah kena taruk sikit dah melenting, tapi yang utamanya di sini ialah kita ni sebelum nak taruk orang adakah kita dah selidik dulu masalah atau situasi yang sebenarnya.... apa kata lain kali kita selidik dulu atau tanya dulu.... kalau jawapannya x memuaskan barulah kita taruk... ni tidak, belum dapat maklumat sebenar kau dah taruk dulu.... kita ni manusia yop, masing2 ada perasaan.... kita ni dilahirkan dengan akal dan fikiran.... gunakan ianya sebaiknya.... aku bukan nak cover atau hentam mana2 pihak, tapi pada aku sekurang2nya kita hargai sedikit sebanyak apa yang depa usahakan....

    ReplyDelete
  12. Ni dah jadi kes makin berat, laman blog diwujudkan untuk kebaikan aleh-aleh jadi gelanggang pertaruhan. Tapi takpe, ade juge respon, maknenye kite-kite semua yang ada komen di blognih, peke juge terhadap perkembangan sekeliling. Biasale ada yang lembut, yang garang, yang suke komplen dan macam2.

    ReplyDelete