Monday, January 12, 2009

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASYURA BLOK E


Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah, Aktiviti Gotong-royong Membuat Bubur Asyura oleh Biro Kebajikan/Sosial Blok E telah berjaya diadakan pada 11 Jan 2009(Ahad).

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penghuni yang sudi meluangkan masa unutk sama-sama menjayakan majlis tersebut.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Halim, Imam Surau Al-Mustaqim yang sudi memberikan khidmat nasihat dan mengetuai masakan bubur Asyura pada hari tersebut.

Kepada semua semua AJK Blok E terutamanya Biro Kebajikan/Sosial, terima kasih kerana menganjurkan majlis tersebut. 

IsyaAllah, pihak AJK akan lebih kerap mengadakan majlis-majlis seperti itu demi kebaikan kita bersama.

Bubur Asyura yang telah siap untuk diedarkan kepada semua penghuni.



Bergilir-gilir mengacau bubur

Tn.Hj. Halim membuat pemantauan.



11 comments:

  1. Terima kasih untuk bubur asyura yg diberikan.

    ReplyDelete
  2. salam..... terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini dan juga terima kasih di atas pemberian bubur asyura tersebut. kepada yang tidak dapat hadir, sama2 renungkan dan fikir2kan.... kalau ada masa luang2kanlah untuk bersama2 rakan2 penduduk supaya ikatan silaturahim itu dapat dieratkan, masalah dapat diringankan, kerjasama dapat dipupuk agar blok e menjadi satu blok yang harmoni, bersatu padu serta mempunyai ikatan ukhwah yang jati..... salam...

    ReplyDelete
  3. Fulamak, mana nak cari tempat macam ni, wa bukak pintu je, wa nampak bubur tergantung di gril. Terima kasih AJK yang bersusah payah.. moga amal bakti anda diberkati allah... harap teruskan.

    ReplyDelete
  4. mintak maaf tak dpt hadir majlis ni..sbb sy ade di luar kawasan..anyway thanks sbb bagi bubur tu..balik2 dah ade kat pagar umah...sedap gak ekk...teringat kat kampung plak...

    ReplyDelete
  5. Blog ni untuk Persatuan Penduduk Apartment Presint 14 ke? Tapi aktiviti semua dari Blok E. Blok lain tak wujud ke kat sini. Masalah parking kereta, semua blok menghadapi masalah tersebut. Tapi tak ada pula gambar dari blok lain.
    Lagi skali AJK nak syok sendiri!!!

    ReplyDelete
  6. BLOG INI ADALAH BLOG UNTUK SEMUA KELIMA-LIMA BLOK.

    LAPORAN SEGALA AKTIVITI DAN LAIN-LAIN MAKLUMAT DARI BLOK-BLOK LAIN TELAH DIMINTA DARI SEMUA KETUA DAN JAWATANKUASA BLOK. TETAPI TIDAK DIHANTAR.

    BUKAN NIAT HENDAK BERAT SEBELAH DAN NAK SYOK SENDIRI. TAPI SEMUA PERLU ADA RASA TANGGUNGJAWAB TERMASUK ANDA SENDIRI.

    ANDA BERTANYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI APA SUMBANGAN YANG TELAH ANDA HULURKAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA?..PERNAHKAH ANDA MENGHADIRI MESYUARAT PENDUDUK YANG DIADAKAN???

    TIDAK KIRALAH ANDA PENGHUNI BLOK MANA PUN..BERILAH KERJASAMA ANDA AGAR APA YANG KITA RANCANGKAN DAPAT BERJALAN LANCAR DEMI KEBAIKAN BERSAMA.

    ReplyDelete
  7. jasaampang ke gampang lu nih..kalau lu aktif sgt,byk idea longkang..aktifkn la blok tpt lu ddk bro.bubur aritu duit penduduk blok e.lu nk ke,ape xdtg bw periuk belanga lu..wat la kat blok lu sendri..sng ckp la.parking tpt lu masalah ekk..amik la gbr,xreti2 ke.bleh tgk rmi2.ke lu yg byk masalah nih.pelik2...aku rasalh kalau lu ketua blok,hancur lebur..punah ranah..punai benanah yoep.

    ReplyDelete
  8. betul la dexs aku setuju ckp kau tu... kepada jasaampang, aku x tahu la kau ni ketua, naib mahupun ajk blok atau pun kau dari blok mana, tp kau pikir la sendiri yob xkan rumah kau sendiri kau nak panggil org lain bersihkan atau hiaskan... setiap blok ada ajk yg tersendiri, guna la saluran yg ada... aku cadangkan la kalau kau ni bukan ajk blok, apa kata kau jadi salah sorang dari mereka atau pun kalau kau ketua blok, kau rancanglah aktiviti yang terbaik utk blok tidak kiralah kau dari blok mana sekalipun walakian blok e. gunakan kelebihan kelantangan kau tu untuk kebaikan semua pihak.... li pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  9. Yang kau orang layan "jasaampang" tu buat ape?
    Tulisan yang boleh merosakkan keharmonian kita sesama penduduk apartment p14 ni PADAMKAN saje, tak payah jawab & dipanjang2kan. Pengendali blog patut lebih bertanggungjawab menggunakan kuasanya untuk mengekalkan matlamat blog yang di wujudkan.
    Sekarang ni ramai sangat yang menggunakan ketelusan konon untuk kebaikan tetapi akhirnya maruah bangsa dan agama yang tergadai. Fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  10. dexs & watcher...

    setahu aku blok lain pun buat aktiviti jgak, tak de nak tayang kat blog ni.

    Aku, jawatan ni tak de maknanya! Kami nak buat apa-apapun on je, tak payah nak kecoh-kecoh.

    Tapi apapun meriahkanlah kesemua blok di presint 14. Kalu korang nak buat asyura, kesemua blok join, dah banyak kawah asyura kau dapat.

    Tak pe lah kita fikir program lain untuk merapatkan hubungan penghuni antara blok.

    ReplyDelete
  11. aku mcm kenal la jasaampang ni.... tapi tahniah la aku ucapkan sebab buat pertama kalinya kau bagi komen yang membina.... bagus juga cadangan kau tu, apa kata kau mulakan dengan satu aktiviti yang melibatkan semua blok..... baru la cakap x serupa bikin.... sebab kita ni jangan pandai komplen aje...buktikan sekali dengan tindakan baru la betul.... aku akan sokong kalau aktiviti tu membawa ke arah kebaikan.... cuma pada aku la x semua aktivit mesti melibatkan semua blok, kita mulakan dengan yg kecil dulu, kemudian baru la dibesarkan, tapi kalau yang kecil pun x mendapat sambutan, macam mana nak buat yg besar...... lihatlah contoh masa majlis forum tu, penduduk p14 +- 2000 org, tapi yang hadir..... pikir la sendiri...kita ni jgn la menilai dari segi zahir aje, yg tersirat tu kena nilai juga.... apa-apa hal pun jgn mare yop......

    ReplyDelete