Wednesday, January 28, 2009

MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA






Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah..dengan izinNya, Majlis Forum Perdana, Solat Hajat dan Bubur Asyura Anjuran bersama Persatuan Penduduk dan UMNO Bahagian Putrajaya telah berjaya diadakan pada 22hb Januari 2009 (Khamis) yang lalu.

Antara tetamu yang hadir ialah, Tan Sri Samsuddin Bin Osman, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Dato' Khairuddin, Tn. Hj. Nordin, Tn. Hj. Ghani dan Tn. Hj. Zamri.

Sekalung terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan bertungkus-lumus memastikan kelancaran perjalanan majlis tersebut.

Saya mewakili AJK Persatuan Penduduk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menjayakan majlis pada malam tersebut. Juga kami memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan yang terdapat sepanjang majlis tersebut.

InsyaAllah, pihak Persatuan Penduduk akan mengadakan lebih banyak aktiviti seumpamanya pada tahun ini.

Sekian.

Husni Bin Halim
Setiausaha
Persatuan Penduduk Kuarters Apartment Presint 14
Putrajaya.


Saturday, January 17, 2009

MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA

MAKLUMAN

ADALAH DIMAKLUMKAN PRESINT 14 TELAH DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH BAGI  MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT DAN BUBUR ASYURA  YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT: 

TARIKH          : 22HB JANUARI 2009

HARI               : KHAMIS

MASA             : MULAI MAGHRIB

TEMPAT         : PERKARANGAN BLOK E

SEHUBUNGAN ITU, TUAN/PUAN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

SUMBANGAN KEPADA IBU-IBU TUNGGAL JUGA AKAN DIBERIKAN.

ADALAH DIHARAPKAN IBU-IBU TUNGGAL YANG TINGGAL DI PRESINT 14 INI DAPAT MENGHUBUNGI KETUA-KETUA BLOK SEPERTI  YANG TERTERA SELEWAT-LEWATNYA 21 JAN 2009(RABU) UNTUK TUJUAN PEMBERIAN SUMBANGAN TERSEBUT:

 

BLOK A          : EN. KAMALUDDIN          012-355 0184

BLOK B          : EN. MOHD. YUSOF         019-264 3159

BLOK C          : EN. AMRI B. JAB              019-577 6973

BLOK D          : EN. SUAZALI                     017-250 1649

BLOK E          : EN. AMRI B. AHMAD     019-271 1018

ATAU

PENGERUSI              : TN.HJ ABDUL LATIFF      013-677 7381

SETIAUSAHA           : HUSNI B. HALIM              013-265 3788


TERIMA KASIH.

‘HARMONI BUDAYA KITA’

Wednesday, January 14, 2009

KELAB DART PRESINT 14






NASI TELAH MENJADI BUBUR-MASA TERBUANG, DUIT MELAYANG, PERASAAN SUKAR DIBAYANG






OPERASI KUNCI TAYAR OLEH PENGUATKUASA BPH


Notis telah dikeluarkan malam sebelum operasi dijalankan:






Assalamualaikum..wrt..

Tindakan telah diambil terhadap yang degil. Pihak Persatuan telah berkali-kali mengingatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Namun, lumrah manusia..yang dilarang itulah yang paling suka dilakukan..

Pihak AJK sebenarnya telah cuba menyampaikan mesej kepada pemilik sebelum operasi dijalankan. Tapi sayangnya masih ada yang berdegil dan terimalah akibatnya:





Monday, January 12, 2009

LAGI GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASYURA





AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASYURA BLOK E


Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah, Aktiviti Gotong-royong Membuat Bubur Asyura oleh Biro Kebajikan/Sosial Blok E telah berjaya diadakan pada 11 Jan 2009(Ahad).

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penghuni yang sudi meluangkan masa unutk sama-sama menjayakan majlis tersebut.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Halim, Imam Surau Al-Mustaqim yang sudi memberikan khidmat nasihat dan mengetuai masakan bubur Asyura pada hari tersebut.

Kepada semua semua AJK Blok E terutamanya Biro Kebajikan/Sosial, terima kasih kerana menganjurkan majlis tersebut. 

IsyaAllah, pihak AJK akan lebih kerap mengadakan majlis-majlis seperti itu demi kebaikan kita bersama.

Bubur Asyura yang telah siap untuk diedarkan kepada semua penghuni.



Bergilir-gilir mengacau bubur

Tn.Hj. Halim membuat pemantauan.



Thursday, January 8, 2009

UBAHLAH SIKAP ANDA




Assalamualaikum..wrt..

TERLALU SUKARKAH KITA UNTUK MEMAHAMI MEMATUHI PERATURAN YANG MUDAH???...PERATURAN-PERATURAN TERSEBUT  ADALAH UNTUK  KEBAIKAN SEMUA.

TINDAKAN AKAN DIAMBIL TERHADAP MEREKA-MEREKA YANG MASIH INGKAR DENGAN SEGALA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN.


ANDA NILAIKAN SENDIRI





Keseluruhan penduduk yang mendiami Kuarters Apartment P14 adalah lebih kurang 3000 orang. Ahli Jawatan Kuasa yang menyumbang khidmat secara sukarela demi menjaga kebajikan penduduk-penduduk amat kecil bilangannya..

BERILAH KERJASAMA ANDA. HORMATILAH JIRAN-JIRAN ANDA..

UNTUK MAKLUMAN. SEMUA KENDERAAN YANG MASIH DILETAKKAN DITEMPAT YANG DILARANG TELAH DIREKOD DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK PENGUATKUASA BPH.
TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TERHADAP ANDA.


Tuesday, January 6, 2009

MAKLUM BALAS KOMEN/ADUAN/CADANGAN

Assalamualaikum..wrt..

Saya bagi pihak AJK Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada saudara/saudari/tuan/puan yang telah meluangkan masa untuk melayari blog ini..

Alhamdulillah..banyak komen/cadangan serta aduan yang telah diterima melalui laman blog ini..Komen-komen tersebut dapat membantu pihak persatuan menambahbaik segala aktiviti yang dirancangkan untuk seluruh komuniti kita..

Di sini saya bagi pihak persatuan ingin memaklumkan tentang tindakan yang telah dan akan diambil berdasarkan kepada komen-komen anda:

  1. CCTV

Pihak AJK telah memklumkan kepada BPH dan kontraktor yang terlibat bagi memperbaiki mana-mana cctv yang telah tidak berfungsi. Alhamdulillah, tindakan telahpun diambil dan cctv tersebut dalam keadaan yang berfungsi dengan baik.

Pihak persatuan juga telah memohon kepada BPH untuk mengubah cctv di kawasan yang kurang penting ke kawasan yang lebih penting..di hadapan lift terutamanya..InsyaAllah tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

  1. LAMPU JALAN YANG TIDAK BERFUNGSI

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Penyelenggara. Apa yang telah dimaklumkan, terdapat wayar-wayar di dalam tanah yang terputus. Segala kerosakan sedang dibaiki dan akan dipastikan dalam masa terdekat semuanya akan berfungsi dengan baik. Terima Kasih kepada yang telah memaklumkan saya melalui blog ini.

  1. LALUAN PEJALAN KAKI BERHAMPIRAN RUMAH SAMPAH BLOK E

Laluan tersebut akan dibuka minggu hadapan mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh pihak BPH..

  1. KESESAKAN PARKING DI BAWAH BASEMENT

Masalah ini kerapkali dibangkitkan. Punca utama masalah ini ialah sikap kita sendiri yang mementingkan diri..Sebenarnya kuarters presint 14 ini telah disediakan banyak kawasan parking..saya mewakili pihak persatuan memohon kepada semua penduduk sama-samalah kita bertanggungjawab dan bertimbangrasa. Sekiranya parking di bawah basement telah penuh, letaklah kenderaan anda di bahagian luar. Janganlah letak kenderaan anda di kawasan-kawasan yang dilarang terutama di hadapan pintu masuk lif..

Pihak BPH telah dimaklumkan mengenai masalah ini. Tindakan untuk mengunci kenderaan yang diletakkan di kawasan yang dilarang akan dilakukan lebih kerap.

YANG PALING PENTING ADALAH PERUBAHAN SIKAP KITA SENDIRI.

JANGANLAH TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Sekian, Terima kasih.

HUSNI BIN HALIM

013-265 3788

Thursday, January 1, 2009

(OKU) ORANG KURANG UPAYAKAH ANDA????






Assalamualaikum..wrt.

Mohon kerjasama anda, sekiranya anda benar-benar OKU, sila maklumkan segera kepada AJK penduduk..Banyak kemudahan dan bantuan-bantuan untuk OKU yang dapat dihulurkan..

TETAPI...Sekiranya anda bukan OKU, usahlah mengambil kesempatan ke atas insan-insan OKU..segala kemudahan yang dikhaskan untuk OKU usah diganggu..

Kepada semua pemilik-pemilik motorsikal yang meletakkan motorsikal ditempat-tempat yang dilarang ini diharap dapat mengalihkan motorsikal anda segera sebelum tindakan diambil..

Usahlah terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan penduduk-penduduk lain. Bersempena Ma'al Hijrah ini, marilah kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik dan bertanggungjawab.

BERTANGGUNGJAWAB DAN PRIHATINLAH SESAMA KITA.

Anda lihat, renung dan fikirkanlah...


SELAMAT MA'AL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009

ASSALAMUALAIKUM..WRT..& SALAM SEJAHTERA

KAMI, SELURUH AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN PENDUDUK PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009 KEPADA SELURUH WARGA PRESINT 14.

SEMOGA DI LEMBARAN  BARU INI AKAN MEMBERIKAN SUATU KEAZAMAN JITU KEPADA KITA SEMUA DALAM MEREALISASIKAN APA JUA YANG KITA HARAPKAN.

INSYAALLAH, DENGAN SEMANGAT DAN PENUH ILTIZAM, PADA TAHUN INI PIHAK AJK PERSATUAN TELAH MERANCANG BERBAGAI AKTIVITI UNTUK KESELURUHAN PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14.

NAMUN, UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN APA YANG DIRANCANG, KERJASAMA SEMUA PENDUDUK AMATLAH DIHARAPKAN.

SEKIAN.