Sunday, December 28, 2008

JAWAPAN KEPADA KOMEN/ADUAN/CADANGAN

Assalamualaikum..wrt..

Terima kasih atas semua komen/aduan/cadangan yang telah diutarakan melalui blog ini.
Antara objektif blog ini diadakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua penduduk mengutarakan cadangan serta aduan demi penambahbaikkan komuniti kita.

Antara komen/aduan/cadangan yang telah diterima:

1.  PENUBUHAN RUKUN TETANGGA

Pihak Ajk Persatuan Penduduk sebenarnya telah lama merancang untuk menubuhkan RT di kawasan kita tetapi tidak mendapat sambutan. InsyaAllah, kita akan menubuhkan juga RT dalam masa terdekat. Buat permulaan kita akan mengadakan aktiviti rondaan malam secara bergilir yang akan melibatkan semua penduduk Blok E. Untuk Blok-blok lain juga akan diadakan bergantung kepada keputusan mesyuarat blok masing-masing. Selepas itu kita mengadakan perbincangan dengan Biro Keselamatan Induk bagi menubuhkan RT untuk seluruh kawasan kita. 

2. SUKAN UNTUK WARGA EMAS/VETERAN

Pihak Ajk Persatuan sedang merancang untuk mengadakan berbagai aktiviti sukan bagi semua lapisan penduduk Apartment Presint 14. Sehubungan itu, saya merayu kepada semua agar dapat mengembalikan Borang Maklumat Penduduk secepat mungkin. Berdasarkan borang tersebut berbagai aktiviti dapat kita rancang dan laksanakan untuk semua peringkat.

Untuk permulaan ini, tuan bolehlah menyertai  aktiviti  yang dirasakan bersesuaian seperti yang telah disenaraikan. 

Sekian.

Terima kasih


Friday, December 26, 2008

BORANG MAKLUMAT PENDUDUK

Assalamualaikum..

MOHON KERJASAMA SEMUA PENDUDUK APARMENT PRESINT 14 AGAR DAPAT MENGISI BORANG MAKLUMAT PENDUDUK DAN HANTAR KEMBALI SECEPAT MUNGKIN. BORANG TERSEBUT BOLEH DIAMBIL DARI KETUA BLOK MASING-MASING.

TUJUAN PIHAK AJK PERSATUAN MEMOHON KERJASAMA PENDUDUK MENGISI BORANG TERSEBUT ADALAH SUPAYA MEMUDAHKAN PIHAK AJK MERANCANG SERTA MELAKSANAKAN AKTIVITI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR BERDASARKAN KEPADA BORANG TERSEBUT.

KERJASAMA SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARAPKAN.


TOMOI

Kelas Tomoi Presint 14 akan diadakan setiap hari Rabu jam 9.30 malam bertempat di Gelanggang Bola Keranjang. Kelas ini akan dikendalikan oleh En. Amiruddin (Pak Din) Blok A.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai, sila hubungi:

1. Pak Din  - 019-431 6268
2. Husni -013-265 3788

KELAS TAE KWON DO

Biro Sukan & Sosial telah merancang untuk mengadakan kelas Tae Kwon Do untuk anak-anak penduduk Presint 14.

Sekiranya mendapat sambutan, InsyaAllah, kelas akan bermula pada minggu ke 2 bulan Januari 2009.

Bayarannya ialah RM20.00 sebulan dan bayaran pendaftaran RM20.00.

Sekiranya berminat untuk menyertai sila hubungi:

1. Husni Bin Halim - 013-265 3788.

KELAB DART PRESINT 14

Tahniah diucapkan kepada Kelab Sukan Blok E Presint 14 kerana atas inisiatifnya telah menubuhkan Kelab Dart untuk Presint 14.

Seperti yang dimaklumkan, Kelab Dart ini terbuka kepada semua penduduk Apartment Presint 14. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM10.00 sebulan. Papan dart disediakan. Anda hanya perlu membawa dart sendiri. Tempatnya ialah di ruang postbox Blok E.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

1. En. Hanafi - 012-374 6577
2. En. Nizam -017-332 0359
3. En. Salleh -013-221 4558

Terima Kasih.

Wednesday, December 24, 2008

MESYUARAT PENDUDUK BLOK E

Assalamualaikum..wrt.

 

Seperti yang telah dirancang, pada 22hb Disember 2008(Isnin), jam 9.30 malam, telah diadakan satu sesi mesyuarat/perjumpaan bagi semua penduduk Blok E.

Di sini saya ingin membuat sedikit ulasan hasil dari sesi perjumpaan pada malam tersebut.

 A)     TUJUAN/OBJEKTIF

Tujuan pihak AJK Penduduk Blok E mengadakan perjumpaan tersebut ialah:

 A.1: Mengemaskini Ahli Jawatan Kuasa Blok E

 A.2: Cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang timbul seperti masalah Pembuangan sampah, kecurian, parking, masalah sosial dan lain-lain lagi.

 A.3: Merancang aktiviti untuk semua penduduk.

 

B)     KEHADIRAN

Kehadiran AJK dan Penduduk Blok E pada malam tersebut dapat saya rumuskan sebagai amat-amat mendukacitakan. Daripada keseluruhan penduduk yang menghuni di lebih kurang 220 unit di BLOK E yang setinggi 17 tingkat, hanya 16 orang sahaja yang hadir.

 

Persatuan Penduduk ditubuhkan dengan objektif/tujuan menyatu-padukan penduduk di sesuatu komuniti. Dengan adanya persatuan penduduk, kita berharap agar kita sama-sama dapat merancang dan menjalankan aktiviti yang berfaedah untuk kepentingan bersama. Sekurang-kurangnya kita dapat mengenali jiran tetangga kita. OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MERAYU KEPADA SEMUA PENDUDUK AGAR DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA SUPAYA APA YANG KITA RANCANGKAN UNTUK KOMUNITI KITA DAPAT BERJALAN LANCAR DAN MEMBERI FAEDAH KEPADA SEMUA.

 

 ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DI RANCANG :

  1. RONDAAN MALAM

Bagi menangani masalah kecurian yang makin kerap berlaku di kawasan kita,

Pihak AJK telah merancang untuk mengadakan rondaan malam secara bergilir yang melibatkan semua penduduk Blok E. Makluman dan jadual berkenaan perkara tersebut akan diedarkan kepada semua penduduk dalam masa terdekat.

  1. BORANG MAKLUMAT PENDUDUK

Borang maklumat penduduk akan diedarkan kepada semua penduduk. Diharap tuan/puan dapat mengisi dan mengembalikan borang tersebut dengan segera.

Tujuannya ialah untuk memudahkan Jawatan kuasa penduduk merancang aktiviti untuk penduduk berdasarkan maklumat-maklumat tersebut.

Sekiranya para penghuni mempunyai sebarang kemusykilan/pertanyaan, sila berhubung dengan:

 

1. EN. AMRI BIN AHMAD                       -KETUA BLOK E                   019-271 1018

 

2. EN. KHAIRUL AZMAN              -SETIAUSAHA BLOK E       012-217 4625

Senarai semua AJK akan diedarkan kepada semua penduduk.

Sekian. Terima kasih.

‘HARMONI BUDAYA KITA’

Saturday, December 20, 2008

SUKAN

BIRO SUKAN INDUK PRESINT 14 TELAH MERANCANG BEBERAPA AKTIVITI SUKAN DI KAWASAN KEJIRANAN KITA.

ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DAN AKAN DIADAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. BOLASEPAK
2. SEPAKTAKRAW - SETIAP PETANG DAN MALAM.
3. BADMINTON - (Sila Hubungi Ketua Sukan Blok untuk jadual)
4. BOLA TAMPAR 
5. DART 
6. 'TOMOI' - Setiap Rabu jam 9.30 mlm mulai 25 Disember 2008 di gelanggang bola keranjang.
7. 'TAE KWON DO' - InsyaAllah bermula Januari untuk kanak-kanak. Usaha sedang dilakukan.
8. SENAMROBIK 

ADALAH AMAT DIHARAPKAN AGAR SEGALA AKTIVITI YANG DIRANCANG MENDAPAT SAMBUTAN DAN KERJASAMA DARI SEMUA PENDUDUK.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BERHUBUNG AKTIVITI SUKAN, SILA HUBUNGI KETUA BIRO SUKAN, EN. MOHD YUSUF 019-264 3159, EN. HUSNI 013-265 3788 DAN SEMUA KETUA SUKAN BLOK.

PERJUMPAAN PENDUDUK BLOK E

MAKLUMAN

PERJUMPAAN JAWATANKUASA PENDUDUK BLOK E 

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERJUMPAAN UNTUK SEMUA AJK PENDUDUK BLOK E DAN SEMUA PENDUDUK AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH    : 22HB DISEMBER 2008

HARI         : ISNIN

MASA       : 9.30 MLM

TEMPAT  : SURAU AL-MUSTAQIM

KEHADIRAN SEMUA AJK DAN  PENDUDUK BLOK E AMAT-AMATLAH DIHARAPKAN.

TERIMA KASIH.

‘HARMONI BUDAYA KITA’

 AMRI BIN AHMAD

PENGERUSI BLOK E.

HARI RAYA AIDIL ADHA



Jamuan Hari Raya - Terima Kasih kepada yang bertungkus lumus menyediakan.

Tuan Hj. Latiff menyampaikan Khutbah Hari Raya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana agak lama tidak kemaskinikan blog ini.

Alhamdulillah..berkat muafakat Ahli Jawatan Kuasa Surau Al-Mustaqim dan penduduk, dapat juga kita menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Surau Al-Mustaqim pada tahun ini walau dalam keadaan yang serba kekurangan.

Solat Sunat AildilAdha telah di Imamkan oleh Ustaz Mohd Sairul Husna Bin Abdul Sattai dan Khutbah telah disampaikan oleh Pengerusi Surau merangkap Pengerusi Induk Persatuan Penduduk Tuan Haji Abdul Latiff Bin Mat Alias.

Selepas solat sunat Aidil Adha, ahli kariah apartment Presint 14 bersama-sama ke Presint 11 untuk turut serta menunaikan ibadah korban 30 ekor lembu sumbangan YB Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Alias yang telah sudi menjemput kariah Presint 14 untuk sama-sama turut serta.

InsyaAllah, pada tahun depan, AJK Surau Al-Mustaqim merancang untuk mengadakan aktiviti ibadah Korban di Presint 14. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya sila berhubung dengan AJK Surau Al-Mustaqim seperti yang tertera :

Pengerusi : Tn. Hj. Abdul Latiff 017-881 1098

Timb. Pengerusi : En. Muhammad Nawawi 013-306 4918

Setiausaha : En. Husni Bin Halim 013-265 3788

Penolong Setiausaha : En. Abdul Shukur 012-453 4894

Sekian. Terima Kasih.

Saturday, December 6, 2008

SEPINTAS LALU


YB Datuk Seri Tengku Adnan memberi ucapan.

Dari kiri, YB Tengku Adnan, Tuan Hj. Latiff(Pengerusi), En.Amri(Ketua Blok E),En. Suazali(Ketua Blok D) dan En.Hishammuddin(Timb. Pengerusi Induk)                

Semua AJK tekun mendengar ucapan daripada YB.

Antara AJK Persatuan yang hadir.


Y.Bhg Dato' Khairuddin sedang memberi ceramah.

En.Amri Ahmad, pengerusi majlis pada malam tersebut



MALAM MESRA PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14 DAN CERAMAH "PUTRAJAYA-CABARAN MASA DEPAN" ANJURAN BERSAMA NADI PUTRAJAYA.

Alhamdulillah, berkat kerjasama penduduk serta sokongan daripada pihak Nadi Putrajaya, terutamanya Tn.Hj. Nordin, majlis MALAM MESRA PENDUDUK dan CERAMAH "PUTRAJAYA-CABARAN MASA DEPAN" yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato'Khairuddin telah dapat diadakan pada 6hb Mac 2008 yang lalu.

Kehadiran Yang Berhormat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor telah menyerikan lagi majlis tersebut.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut, terutamanya Pengerusi Induk Persatuan, Tuan Hj Abdul Latiff B. Mat Alias, Ketua-ketua Blok A,B,C,D dan E, semua Ahli Jawatan Kuasa dan semua penduduk yang hadir memeriahkan majlis pada tersebut.

Mohon maaf dari kami selaku penganjur pada malam tersebut sekiranya terdapat sebarang kekurangan. 

InsyaAllah, sekiranya diizinkan Allah, pihak AJK Persatuan akan terus mengadakan majlis-majlis seperti itu. Semoga dengan adanya majlis seperti itu akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Sesungguhnya sokongan dari semua penduduk amatlah diharapkan demi kepentingan kita bersama.


Sekian, terima kasih.



Friday, December 5, 2008

PARKING














































































MOHON KERJASAMA SEMUA PENDUDUK AGAR MELETAKKAN KENDERAAN MASING-MASING HANYA DI KAWASAN YANG DIBENARKAN SAHAJA. DILARANG MELETAK KENDERAAN DI LUAR PETAK. SEKIRANYA TEMPAT MELETAK KENDERAAN DI BAWAH BASEMENT TELAH PENUH, SILA LETAK KENDERAAN ANDA DI BAHAGIAN LUAR.
UNTUK KEMUDAHAN SEMUA, BAGI BLOK E, PIHAK AJK PERSATUAN TELAH MEMOHON DENGAN PIHAK BPH UNTUK MEMBUKA LALUAN PEJALAN KAKI YANG LEBIH DEKAT BERSEBELAHAN RUMAH SAMPAH. LALUAN TERSEBUT AKAN DIBUKA DALAM MASA TERDEKAT.

KERJASAMA DARIPADA PEMILIK MOTOSIKAL JUGA AMAT DIHARAPKAN AGAR TIDAK MELETAK MOTOSIKAL DI LALUAN PEJALAN KAKI, DI LALUAN MASUK KE PINTU LIF DAN DI KAWASAN YANG DIKHASKAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA.

KERJASAMA SEMUA PIHAK AMAT DIHARAPKAN.


SAMPAH

MOHON KERJASAMA SEMUA PENDUDUK MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN KEJIRANAN KITA. KEBELAKANGAN INI DIDAPATI BANYAK SAMPAH YANG DIBUANG/DILETAKKAN DI TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA. BERTANGGUNGJAWABLAH TERHADAP KEBERSIHAN KEJIRANAN KITA.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

PENGERUSI DAN SEMUA AJK PERSATUAN PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Thursday, December 4, 2008

MAKLUMAN

SEKIRANYA ANDA MENDAPATI SESUATU YANG MENCURIGAKAN DI KAWASAN KEJIRANAN KITA, SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN TERUS MENGHUBUNGI POLIS DI TALIAN YANG TERTERA :

03-8886 2145
03-8886 2146

KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARAPKAN.

Tuesday, December 2, 2008

MAKLUMAN

SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI, AJK SURAU AL-MUSTAQIM AKAN MENGADAKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDIL ADHA DI SURAU AL-MUSTAQIM PRESINT 14. SEMUA PENDUDUK YANG TIDAK PULANG BERCUTI DIHARAP DAPAT SAMA-SAMA  HADIR MEMERIAHKAN SURAU KITA.

Monday, December 1, 2008

MALAM MESRA PENDUDUK BLOK E



















Masa untuk mengenyangkan perut.



















AJK Induk tekun mendengar ucapan Ketua Blok E, En.Amri B.Ahmad















En. Azman, Setiausaha Blok E sedang mengacarakan majlis.















En. Hanafi, Chef pada malam tersebut.
















Pakar membakar ayam.



Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang, akhirnya berkat muafakat Ajk dan penduduk, dapat juga majlis tersebut dijalankan. Diharap untuk majlis seterusnya akan mendapat sambutan yang lebih meriah dari semua penduduk. Tujuan utama majlis sebegini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk.









AKTIVITI-AKTIVITI










































Kelab Sepaktakraw Presint 14 telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan PDRM Cheras. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Kelab Sukan Presint 14 diketuai oleh En. Yusof, Pengerusi BLOK B. Ketua Kelab Sepaktakraw ialah En. Azman dan Setiausaha En.Faizi.

PENGENALAN















Persatuan Penduduk Apartment Presint 14(INDUK) telah ditubuhkan pada bulan Februari 2008(Penaja). 

PENGERUSI : TN/ HJ. ABDUL LATIFF B. MAT ALIAS 017-881 1098

TIMB. PENGERUSI : EN. HISHAMMUDDIN B. AHMD 012-728 4858

SETIAUSAHA : EN. HUSNI B. HALIM 013-265 3788

BENDAHARI : EN. M.ALFAIRUZ B. WAHID 012-906 5995

AHLI JAWATAN KUASA:

KETUA BLOK A/BIRO KESELAMATAN : EN. KAMALUDDIN 012-355 0184

KETUA BLOK B/BIRO SUKAN/SOSIAL : EN. MOHD YUSUF 019-264 3159

KETUA BLOK C/BIRO PENDIDIKAN : EN. AMRI B. JAB 019-577 6973

KETUA BLOK D/BIRO AGAMA : EN. SUAZALI 017-250 1649

KETUA BLOK E/BIRO KEBAJIKAN : EN. AMRI B. AHMAD 019-271 1018

BIRO PROTOKOL : EN. HISHAMMUDDIN 012-728 4858

BIRO PENERANGAN/PUBLISITI : EN. HUSNI B. HALIM 013-265 3788

BIRO WANITA : PN. NRMANIAH BT. SAID 017-322 7854

Latar Belakang Apartment Presint 14

Apartment Presint 14 mempunyai 5 Blok iaitu Blok A, B, C, D dan E. 
Mempunyai lebih kurang 830 unit rumah.