Sunday, May 23, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP & TERBUKA KOMUNITI PUTRAJAYA 2010



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, akhirnya penat lelah pemain-pemain sepaktakraw Presint 14 telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Pasukan P14 yang dibarisi oleh Saudara Faizee, Ahmad Suhaimi dan Mohd Wafi telah muncul sebagai Johan pada kejohanan tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 22 & 23hb Mei 2010 di Dewan Presint 11.

Tahniah dan Syabas kepada semua pemain yang telah membuktikan bahawa kita sememangnya boleh.

Diharapkan agar kemenangan ini akan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua penduduk yang berminat dalam aktiviti ini untuk turut bersama-sama memeriahkan aktiviti ini.

Sekian.

Pengurus Pasukan
Husni Bin Halim
013-265 3788


1 comment:

  1. tahniah kepada team sepak takraw.... usaha anda tidak sia2.... semoga lebih maju jaya....

    ReplyDelete