Wednesday, April 7, 2010

PENUBUHAN JAWATAN KUASA PENDUDUK (PENAJA) BLOK A

Assalamualaikum..wrt.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, pada 06hb April 2010 ( Selasa) telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Blok A bertujuan membentuk kembali JawatanKuasa Penduduk untuk Blok A.

Untuk makluman, Jawatan kuasa penduduk Blok A terpaksa ditubuhkan kembali kerana ramai AJK terdahulu yang telah berpindah termasuk Pengerusi Blok.

Kini, Blok A telah mempunyai senarai Jawatan Kuasa Penduduk bagi sesi 2010/11 dengan perlantikan En. Selamat sebagai Pengerusi Blok A yang baru bersama barisan AJK yang nampak lebih mantap dan bersemangat bagi bersama-sama menjalankan aktiviti yang bakal dirancang.

Senarai penuh Jawatan Kuasa Penduduk Blok A akan dipaparkan di laman blog ini dalam masa terdekat.

Tahniah kepada barisan Jawatan Kuasa Penduduk Blok A yang baru dilantik. Diharapka agar semua penduduk khususnya penduduk Blok A memberikan kerjasama kepada J/kuasa Blok A.

Sekian.

Husni Bin Halim
013-265 3788
Setiausaha
Jawatan Kuasa Penduduk (Induk)
Kuarters Apt Presint 14-7
Presint 14
Putrajaya.

5 comments:

  1. taniah akhirnya ada juga jawatan kuasa..kalau tak kita duduk tak kenal org

    ReplyDelete
  2. saya setuju... berkenaan ader pasukan bola tuh... bole join tak??

    ReplyDelete
  3. salam..... kepada pentadbir blog, saya nak cadangkan kalau boleh buatkan 1 colum @ruang di blog 14 ni supaya penduduk boleh menanya soalan atau memberi pandangan pada setiap perkara secara online.... dengan adanya ruang ini saya rasa persoalan dan maklumat akan lebih tepat dan efisyen... so segala persoalan yang timbul mungkin boleh dijawab oleh j/kuasa penduduk tidak kira samaada induk mahupun blok.... sebab apa yang saya perhatikan di dalam blog ini cuma disampaikan maklumat tentang apa yang berlaku sahaja atau diadakan..... dan penduduk hanya memberi komen sahaja... so dengan adanya ruangan tersebut... segala permasalahan dapat diluahkan dan bolehlah j/kuasa bertindak....ini cuma cadangan saya ajelah.... itu pun kalau x menyusahkan.... sekian..... tq....

    ReplyDelete
  4. bgus ni..ajk blok a..byk2 kan sukan

    ReplyDelete
  5. rumah kita tiada grill kat dapur.bahaya untuk kanak2.tolong minta BPH pasang.

    ReplyDelete