Wednesday, March 24, 2010

SISTEM MELETAK KENDERAAN BERPELEKAT/STICKER

Assalamualaikum..wrt.. dan Salam Sejahtera..

Sistem meletak kenderaan berpelekat/sticker akan diperkenalkan oleh BPH di kawasan komuniti Presint 14. Sistem ini sebenarnya telahpun diperkenalkan dan dilaksanakan di beberapa Presint lain di Putrajaya dan akan diseragamkan di seluruh kawasan kuarters di Putrajaya.

Untuk makluman, bagi kuarters di kawasan Presint 14(Sub Presint 14-7), J/kuasa penduduk telah berbincang dengan pihak BPH untuk mengadakan perbincangan dengan J/kuasa Penduduk dan para penghuni terlebih dahulu sebelum sistem ini dilaksanakan. Tarikh untuk mengadakan perbincangan tersebut akan ditetapkan oleh pihak BPH.

Isu ini telah menimbulkan berbagai-bagai persoalan kepada penduduk kerana kaedah yang akan digunakan masih samar.

Apa yang amat diharapkan adalah apa juga sistem yang ingin dilaksanakan biarlah ianya sistem yang dapat menyelesaikan masalah dan bukan menambah masalah yang sedia ada.

Sekian.

5 comments:

  1. Saya ingin memaklumkan apa yang diberitahu oleh rakan saya apa yang berlaku di kuarters mereka bahawa walau cara apa sistem yang akan dilaksanakan akan menimbulkan masalah tambahan pula jika lot parkir yang ada tidak mencukupi untuk dibahagikan kepada setiap unit. Jika mahu dilaksanakan juga, pastikan hanya kereta yang berpelekat dan mempunyai pas sahaja dibenarkan masuk. Untuk melaksanakan sistem ini, perlu diadakan pintu berpalang. Pintu berpalang ini pastinya akan selalu rosak/dirosakan. Siapa nak tanggung kosnya?. Jika demikian, biarkan sahaja seperti keadaan sekarang tanpa apa-apa perubahan. Jika nak juga dilaksanakan, kenakan bayaran bulanan bagi penghuni yang mahu kereta mereka di parkirkan di bawah bangunan.jangan lupa pasangkan CCTV sekali untuk pemantauan.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Berkenaan dengan isu lot parking ini,saya bersetuju kalau nak diseragamkan penggunaan pelekat kenderaan utk tujuan pengenalan kenderaan penduduk di presint 14,tetapi AMATLAH TIDAK BERSETUJU kalu pelekat itu digunakan untuk menentukan nombor lot parking mana yang akan mereka dapat.apatah lagi terdengar ura-ura bahawa parking basement Blok E hendak diundi untuk ditentukan siapa pemilik lot yang terhad tersebut.
    Untuk basement,saya lebih suka kalau konsep 'siapa cepat dia dapat' daripada dilaksanakan konsep mengundi tersebut.
    Harap pihak yang berkenaan ambil serius perkara ini supaya tidak menimbulkan masalah kemudian hari dan mendatangkan rasa tidak puas hati penduduk semua.

    ReplyDelete
  3. Rasa-rasanya BPH hanya mampu keluarkan pelekat tu untuk pengenalan kereta je. Nak bagi parking lot...payah untuk dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. bagus kita fikir pasal grill x de kat tempat jemur kain kat dapur.bahaya la,anak2 boleh panjat.macam mana kita nak suruh BPH pasang?ada cadangan.

    ReplyDelete