Thursday, May 14, 2009

KECURIAN / CUBAAN PECAH RUMAH

Assalamualaikum..wrt.

Kebelakangan ini masalah kecurian dan cubaan pecah rumah di kawasan kita makin kerap berlaku. sebagai contoh, di Blok E saja beberapa kenderaan telah dicuri dan dipecahkan.

Yang terbaru, 2 buah rumah telah cuba dipecah masuk.

Adalah amat diharapkan kepada semua Jawatan kuasa blok dan juga semua penduduk agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan apa saja masalah berkaitan kepada Jawatan Kuasa Induk Persatuan.

Kepada semua penduduk, kerjasama tuan/puan mengisi dan menghantar borang maklumat penduduk amatlah diharapkan. Dengan adanya maklumat tersebut akan memudahkan pihak Jawatan Kuasa penduduk menghubungi pihak tuan/puan dengan segera sekiranya berlaku sesuatu kejadian.

ANTARA TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL BAGI MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DI KEJIRANAN KITA:

1. RONDAAN 24 JAM OLEH ANGGOTA POLIS.

2. RONDAAN MALAM
Di Blok E, Jawatan Kuasa Penduduk telah mengambil inisiatif melakukan rondaan pada sebelah malam bagi memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan. Diharap Jawatan kuasa penduduk bagi Blok A, B, C dan D juga dapat mengambil tindakan yang sama.

3. CCTV
Seperti semua sedia maklum, kawasan kita dilengkapi dengan CCTV. Tetapi amat mendukacitakan, CCTV yang telah dipasang kerap kali berlaku kerosakan dan kualitinya rendah. Pihak Jawatan Kuasa telah pun memaklumkan perkara tersebut kepada pihak BPH agar menukarkan CCTV terbut dengan yang lebih berkualiti dan dipasang di tempat2 yang lebih strategik terutamanya di hadapan semua lif bagi semua semua blok. Pihak yang bertanggungjawab telah hadir dan membuat pemantauan dan bersetuju dengan cadangan tersebut. InsyaAllah dalam sedikit masa lagi perkara tersebut akan diselesaikan.

4. PONDOK KESELAMATAN
Pihak Jawatan Kuasa penduduk juga telah memohon agar dibina pondok keselamatan di kedua-dua laluan masuk/keluar utama ke kawasan kejiranan kita. Diharapkan pihak BPH akan menyegerakan pembinaan pondok tersebut.

Sekian.

Terima kasih.

3 comments:

  1. Cadangan untuk menubuhkan Rukun Tetangga perlu dipercepatkan. Diharap dengan cara ini kita dapat sama-sama bersatu untuk menjaga keselamatan di kawasan kediaman kita.

    ReplyDelete
  2. Lidahjin harap janganlah sampai repot-merepot.. aktiviti patut diteruskan kerana terasa meriah tempat kite, cumanya harapan Lidahjin agar kite saling memahami dan menghormati antara satu sama lain... ai takkan jasaampang dan Lidahjin je yang respon...yang lain camne?. Blog kite kena juga dimeriahkan.

    ReplyDelete
  3. Salam, saya mencadangkan untuk memasang alarm wireless yang mampu milik..sila hubungi saya 0178810102 sekiranya berminat, promosi RM350 dari harga sebenar RM499 atau email pada stableformation@gmail.com untuk dapatkan broshure

    ReplyDelete