Saturday, November 28, 2009

AKTIVITI : MAJLIS IBADAH KORBAN






ASSALAMUALAIKUM..WRT..

ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, LA ILA HAILLALLAH HU WALLAH HU AKBAR...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita sama-sama bertemu lagi pada hari raya Aidil Adha pada tahun ini.

Sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, Surau Al-Mustaqim, Kuarters Apartment Presint 14(Sub Presint 14-7), Putrajaya telah mengadakan aktiviti Majlis Ibadah Korban.

Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari penghuni-penghuni yang berhari raya di sini.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatan Kuasa Surau Al-Mustaqim dan semua penduduk yang turut terlibat dengan aktiviti ini.

InsyaAllah, pada tahun hadapan, aktiviti ini akan diadakan lagi dengan lebih meriah.


Wednesday, November 18, 2009

AKTIVITI : MAJLIS IBADAH KORBAN

MAKLUMAN

MAJLIS IBADAH KORBAN

ASSALAMUALAIKUM..WRT.

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI, JAWATAN KUASA SURAU AL-MUSTAQIM, KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 AKAN MENGADAKAN AKTIVITI IBADAH KORBAN PADA 27HB NOVEMBER 2009.

SEHUBUNGAN ITU, KEPADA SEMUA WARGA KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 DIJEMPUT BERSAMA-SAMA UNTUK BERGOTONG-ROYONG DAN MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BERHUBUNG MAJLIS TERSEBUT
SILA HUBUNGI:-

TUAN HAJI ABDUL LATIFF BIN MAT ALIAS
PENGERUSI SURAU AL-MUSTAQIM

017 - 881 1098

Monday, November 16, 2009

PERINGATAN : KEJADIAN PECAH RUMAH

ASSALAMUALAIKUM..WRT..DAN SALAM SEJAHTERA

BARU-BARU INI TELAH BERLAKU BEBERAPA KEJADIAN PECAH RUMAH DI KAWASAN APARTMENT PRESINT 14.

SEHUBUNGAN ITU JAWATANKUASA PENDUDUK INGIN MEMPERINGATKAN SEMUA PENGHUNI AGAR BERHATI-HATI DAN SENTIASA BERWASPADA. DIHARAPKAN PENGHUNI DAPAT MENGUNCI SEMUA PINTU DAN MEMAKLUMKAN KEPADA JIRAN TERDEKAT SEKIRANYA INGIN MENINGGALKAN RUMAH.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

MAKLUMAN : PENUTUPAN SEMENTARA GELANGGANG FUTSAL PRESINT 14

MAKLUMAN

PENUTUPAN SEMENTARA GELANGGANG FUTSAL

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA GELANGGANG FUTSAL PRESINT 14 DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU UNTUK PIHAK BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH DAN JAWATAN KUASA PENDUDUK MENYELARAS DAN MENYUSUN JADUAL PERMAINAN TERSEBUT.

INI KERANA TELAH BERLAKU BEBERAPA KEJADIAN YANG HAMPIR MENCETUSKAN PERGADUHAN ANTARA PEMAIN DAN SUASANA BISING YANG TELAH MENGGANGGU PENDUDUK YANG BERHAMPIRAN.

Tuesday, October 13, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA BLOK B 10 OKTOBER 2009

Sambutan Hari Raya Blok berlangsung dengan jayanya di atas kerjasama penghuni-penghuninya. Program bermula jam 2.00 petang dengan membakar lemang. Walaupun kali pertama mengadakannya dengan bantuan chef Blok B, lemang champion berjaya dihasilkan setanding dengan lemang Pak Ali.

Sebelah malamnya, program dimulakan jam 8.30 malam dengan serba ringkas. Selepas bacaan doa, penghuni disajikan dengan nasi minyak, lemang, nasi himpit dan satay. Objektif program ini adalah menjamu selera dan beramah mesra antara satu sama lain di bulan yang mulia ini. Semoga program yang mengeratkan silatulrahim antara penghuni ini akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang.







Tuesday, September 29, 2009

BOLASEPAK

Assalamualaikum..wrt..

Aktiviti riadah bermain bolasepak diadakan pada setiap petang jam 6.00. Kepada warga Presint 14 yang berminat datanglah beramai-ramai di padang bolasepak Presint 14.

Untuk makluman, satu kejohanan bolasepak di Presint 14 sedang dirancang untuk diadakan dalam masa terdekat. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Sekian.

Husni Halim
013-265 3788

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT KEMBALI WARGA PRESINT 14

Assalamualaikum..wrt..

Setelah seminggu kita semua bergembira menyambut Aidil Fitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing, kini tiba masanya semua warga kota yang pulang ke kampung mula kembali ke kota termasuk warga Presint 14.

Diharapkan, semuanya dapat kembali dengan selamat. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan pulang ke destinasi. Berhati-hati ketika memandu..Utamakan keselamatan.

Thursday, September 17, 2009

SEKADAR PERINGATAN

Assalamualaikum..wrt..

Kepada warga Presint 14 yang dah mula bercuti dan dah mula pulang ke kampung halaman menyambut Aidil Fitri diharap anda telah memastikan keselamatan kediaman dan harta benda yang ditinggalkan sepanjang percutian anda.

Pastikan semua pintu dan suis-suis utama telah ditutup dan berkunci. Sekiranya anda meninggalkan kenderaan anda, kalau boleh, tinggalkan di kawasan-kawasan yang selamat seperti di kawasan yang berkamera. Pastikan juga kenderaan anda tidak menghalang laluan.

Sekian.

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



ASSALAMUALAIKUM..WRT..

Selang beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Bagi pihak seluruh Jawatankuasa penduduk Aprtment Presint 14, Putrajaya, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga Presint 14 dan semua muslimin dan muslimat.

Kepada yang dah mula pulang ke kampung halaman masing-masing, kami mengucapkan selamat jalan dan sentiasa berhati-hatilah sepanjang perjalanan anda.

Juga ingin diingatkan, pastikan keselamatan kediaman dan harta benda anda yang ditinggalkan sepanjang perayaan ini. Jangan dibiarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab 'beraya' dengan harta benda anda.

Akhir sekali, dikesempatan ini, saya bagi pihak seluruh AJK penduduk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin kepada seluruh warga Presint 14 dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Wednesday, September 9, 2009

OPERASI KUNCI TAYAR KENDERAAN PENGHUNI OLEH BPH

Untuk makluman semua penghuni di Apt Presint 14.

Pihak BPH sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat terlarang.

Kertas-kertas merah yang diletakkan di cermin kereta merupakan kertas amaran dan nombor kenderaan tersebut direkodkan dan gambar diambil (Tetapi biasanya kertas tersebut dikoyakkan tanda hebatnya penghuni tersebut. Tapi sayang tanpa disedarinya nombor kenderaan tersebut telah direkodkan).

Menerima kertas amaran kali kedua menyebabkan kenderaan penghuni akan dikunci.

1) Kunci kali pertama tak perlu bayar RM50.00 tetapi pemilik kenderaan tersebut terpaksa membawa kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan tersebut. Selain itu juga pemilik kenderaan tersebut menerima amaran atau surat tunjuk sebab dari ketua jabatan masing-masing.

2) Kunci kali kedua masih lagi tak perlu bayar RM50.00 tetapi surat keluar dari kuarters akan diberikan serta merta.

3) Tidak puas hati dengan tindakan keluar kuarters, tindakan tatatertib dari ketua jabatan dikeluarkan jika ada sebarang bantahan.

Kepada penghuni Presint 14 yang bijaksana dan penghuni yang tegar tu patuhi peraturan yang telah ditetapkan tak kira apa pangkat anda.

Sekian, terima kasih.

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52



JAWATAN KUASA PENDUDUK APARTMENT PRESINT 14 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52 KEPADA SEMUA PENGHUNI DI PRESINT 14.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGHAYATI SEMANGAT KEMERDEKAAN INI DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN RASA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KEAMANAN DAN KEHARMONIAN SESAMA KITA.

Wednesday, August 26, 2009

OPERASI KUNCI TAYAR OLEH PENGUATKUASA BPH






Kepada semua penghuni dan pemilik-pemilik kenderaan diharap dapat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

Penguatkuasa BPH telah mula mengadakan kembali operasi mengunci tayar kenderaan yang didapati diletakkan di luar petak parking.

Kepada penghuni-penghuni yang tidak mematuhi peraturan, tindakan keluar kuarters akan dikenakan dan nama akan disenaraihitamkan daripada menduduki mana-mana kuarters kerajaan.

Untuk makluman, petak-petak parking yang disediakan ditempat kita masih mencukupi dan dapat menampung jumlah kenderaan yang terdapat di sini. Apa yang amat dikesalkan ada antara penghuni yang terlalu mementingkan diri sendiri dan menyusahkan majoriti penghuni yang lain.

Kerjasama semua amat diharapkan dalam memastikan keharmonian komuniti kita.

Monday, August 24, 2009

LOT MELETAK KENDERAAN ORANG KURANG UPAYA


Assalamualaikum..wrt..

Kepada semua penghuni Apartment Presint 14 diharap dapat memahami dan menghormati kemudahan yang telah disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya.

Semasa tinjauan dilakukan, kelihatan beberapa motosikal masih diletakkan di kawasan tersebut.
ADAKAH PEMILIK-PEMILIK MOTOSIKAL INI CACAT????..

Perkara ini bukan perkara baru, tetapi telah berulangkali ditegur.

UNTUK MAKLUMAN, SEMUA NOMBOR PENDAFTARAN MOTOSIKAL YANG TELAH DILETAKKAN DI RUANG OKU TERSEBUT TELAH DICATAT DAN TINDAKAN AKAN DIKENAKAN.

Amat diharapkan agar semua penghuni dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam memastikan komuniti kita sentiasa aman dan harmoni.

Sekian, terima kasih.

SOLAT SUNAT TARAWIKH




Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan hidayahNya dapat kita bertemu lagi pada Ramadhan tahun ini.

Seperti tahun-tahun lalu, Surau Al-Mustaqim turut menganjurkan Solat Sunat Tarawikh pada tahun ini.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ruang-ruang di dalam surau semua dipenuhi oleh Muslimin dan muslimat.

Diharapkan semoga sambutan sebegini dapat diteruskan bukan sahaja pada bulan Ramadhan tetapi pada bulan-bulan yang lain juga.

Sama-samalah kita mengimarahkan surau kita.

Tuesday, August 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK




Assalamualaikum..wrt..

Alhamdulillah selang beberapa hari lagi semua umat Islam akan bersama-sama menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Sehubungan itu saya mewakili Jawatan Kuasa Penduduk Apartment Presint 14 mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh penduduk Aprtment Presint 14 dan semua umat Islam.

Solat Tarawih akan diadakan di Surau Al-Mustaqim, Blok E. Semua dijemput untuk bersama-sama meramaikan surau kita terutama di Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sekian.


SESI DIALOG ANTARA WAKIL-WAKIL PENDUDUK DAN KETUA POLIS PUTRAJAYA



Pada 18hb Ogos 2009, Selasa, Jam 3:00 petang telah diadakan satu sesi dialog antara wakil-wakil penduduk Putrajaya dan Ketua Polis Putrajaya P/ACP ABDUL RAZAK BIN ABDUL MAJID, Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya DSP YUSUF BIN IBRAHIM, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah DSP ZULKHAIRI BIN HJ. MAHAMUD, Ketua Caw. Khas Daerah DSP IDRIS BIN MOHD ALI, Ketua Bah. Siasatan Jenayah Narkotik ASP JASMIN BIN HUSSIN serta Ketua Bah. Siasatan Jenayah Komersial ASP BALWANT SINGH S/O SHAGINDER SINGH.

Sesi dialog ini diadakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan statistik kejadian jenayah sepanjang tahun ini, tindakan-tindakan yang telah diambil dan bagi memberi peluang kepada wakil-wakil penduduk mengemukakan masalah-masalah setempat.

Tidak ketinggalan wakil Jawatan kuasa penduduk kuarters Apartment Presint 14 iaitu Husni Bin Halim dan En. Mohd Yusoff Abdullah juga telah turut serta dalam sesi dialog ini.

Antara masalah yang telah dibangkitkan oleh wakil Presint 14 adalah:

1. Masalah Kecurian kenderaan yang makin kerap berlaku di kawasan kita.
2. Masalah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan remaja yang sering menimbulkan masalah di kawasan kita.

Tindakannya :

Pihak Polis telah memberi jaminan untuk meningkatkan rondaan dan memberi parhatian sewajarnya berhubung setiap permasalahan tersebut.

Pihak polis juga memohon kerjasama semua penduduk yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan agar segera menghubungi pihak Polis.

NO. TELEFON : 03-8886 2145

Maklumat-maklumat:

1. Menggalakkan penduduk mendaftarkan diri sebagai Rakan Cop.
Cara Pendaftaran : RAKANCOP<> DAFTAR<> NAMA SAMARAN 32728
No. HOTLINE RAKAN COP : 03-21159999

2. Menggalakkan remaja yang berusia antara 18 hingga 25 tahun untuk menyertai Sukarelawan Polis dan berbagai aktiviti akan diadakan. Borang permohonan boleh didapati di Balai Polis dan juga boleh menghubungi En. Husni Bin Halim (013-265 3788) bagi penduduk Presint 14.

Sekian, Terima kasih.

Sunday, August 16, 2009

FUTSAL

Alhamdulillah, di komuniti kita telah disediakan sebuah padang futsal bagi memberikan kemudahan kepada penduduk kita terutama belia-belia untuk beriadah. Namun begitu, kebelakangan ini didapati gelanggan futsal tersebut telah menjadi tumpuan begitu ramai pemain yang bukan hanya dari kawasan kejiranan kita tetapi juga dari luar termasuk dari Kajang dan Bangi.

Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada penghuni-penghuni blok yang berdekatan terutama di blok baru.

Sehubungan itu, saya memohon agar para pemain dari komuniti kita agar dapat membentuk satu jawatankuasa bagi memantau dan menyusun jadual permainan agar tidak mengganggu ketenteraman penghuni lain.

Ini kerana apa yang diperhatikan, gelanggang tersebut tidak terkawal. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, Jawatan kuasa tersebut perlu segera dibentuk.

PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE - 52






Sewaktu tinjaun dilakukan, kelihatan penghuni-penghuni Blok D sedang bergotong royong memasang Jalur gemilang.


Alhamdulillah..pada 31hb Ogos 2009 ini kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-52.

Sehubungan itu, semua penduduk digalakkan untuk mengibarkan Jalur Gemilang di Blok dan rumah masing-masing.

Untuk tujuan itu, pihak JPM telah memberikan secara percuma 40 helai Jalur Gemilang bagi setiap blok.

Tahniah kepada semua penghuni semua Blok yang telah memasang Jalur Gemilang di Blok masing-masing.

Kepada J/kuasa penduduk Blok A, bolehlah hubungi saya, Husni 013-265 3788 untuk mengambil Jalur Gemilang bagi Blok A.




MASALAH KECURIAN MOTOR

Assalamualaikum..wrt..

Masalah kecurian motorsikal makin kerap berlaku di kawasan kita sejak kebelakangan ini..

Baru-baru ini, ada penduduk terserempak dengan individu yang mencurigakan sedang berkeliaran dan mengamati sebuah motorsikal di parking basemen Blok E. Apabila di soal individu tersebut terus melarikan diri dan menaiki sebuah van. Malangnya nombor pendaftaran Van tersebut tidak sempat diambil.

Sehubungan itu, kerjasama semua penduduk terutamanya pemilik-pemilik motorsikal agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Walaupun di tempat kita dilengkapi dengan CCTV, namun ianya masih belum dapat menjamin tahap keselamatan di sini.

Pihak J/kuasa penduduk Blok E bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan semua penduduk dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah-langkah pencegahan yang mungkin dapat diambil bagi membendung kegiatan-kegiatan ini.

Kepada sesiapa yang terserempak atau mendapati sesuatu yang mencurigakan di kawasan kita, anda bolehlah terus menghubungi pihak-pihak berikut dengan segera :

1. POLIS : 03-8886 2145 / 03-8886 2146

2. J/KUASA KESELAMATAN BLOK MASING-MASING
2.1: Untuk Blok E : 012-684 4427 (En. Saiful),
013-472 0701(En. Ali)

3. HUSNI HALIM : 013-265 3788

Kerjasama semua amat diharapkan demi menjamin keselamatan kita semua.

Thursday, August 13, 2009

VANDALISMA LAGIII...


MOHON KERJASAMA SEMUA PIHAK UNTUK SAMA-SAMA MEMANTAU KEGIATAN INI. SUDAH BANYAK KEMUDAHAN AWAM YANG DISEDIAKAN UNTUK KITA TELAH DIROSAKKAN KEBELAKANGAN INI.

SEKIRANYA SESIAPA YANG TERNAMPAK , MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT, ATAU MEMBERI SEBARANG CADANGAN TENTANG PERKARA-PERKARA SEBEGINI DIHARAP DAPAT TERUS MENYALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK-PIHAK BERIKUT :

1. HUSNI BIN HALIM - 016-229 4272
2. J/KUASA KESELAMATAN BLOK MASING-MASING

SEMOGA DENGAN KERJASAMA SEMUA, PERKARA-PERKARA SEBEGINI AKAN DAPAT KITA BENDUNG.

SEKIAN.