Wednesday, September 9, 2009

OPERASI KUNCI TAYAR KENDERAAN PENGHUNI OLEH BPH

Untuk makluman semua penghuni di Apt Presint 14.

Pihak BPH sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat terlarang.

Kertas-kertas merah yang diletakkan di cermin kereta merupakan kertas amaran dan nombor kenderaan tersebut direkodkan dan gambar diambil (Tetapi biasanya kertas tersebut dikoyakkan tanda hebatnya penghuni tersebut. Tapi sayang tanpa disedarinya nombor kenderaan tersebut telah direkodkan).

Menerima kertas amaran kali kedua menyebabkan kenderaan penghuni akan dikunci.

1) Kunci kali pertama tak perlu bayar RM50.00 tetapi pemilik kenderaan tersebut terpaksa membawa kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan tersebut. Selain itu juga pemilik kenderaan tersebut menerima amaran atau surat tunjuk sebab dari ketua jabatan masing-masing.

2) Kunci kali kedua masih lagi tak perlu bayar RM50.00 tetapi surat keluar dari kuarters akan diberikan serta merta.

3) Tidak puas hati dengan tindakan keluar kuarters, tindakan tatatertib dari ketua jabatan dikeluarkan jika ada sebarang bantahan.

Kepada penghuni Presint 14 yang bijaksana dan penghuni yang tegar tu patuhi peraturan yang telah ditetapkan tak kira apa pangkat anda.

Sekian, terima kasih.

7 comments:

  1. takut....mari kawan2 kita takut dgn berita ini../// xnak takut duduk setinggan

    ReplyDelete
  2. Patuhilah peraturan...tak payah la nak tunjuk keras kepala...dulu masa mohon untuk dpt kuarters, bukan main merayu, bila dah di bagi nak tunjuk keras kepala pulak...nak ikut peraturan yang mudah pun susah ke????...

    ReplyDelete
  3. waa takut nyer... macam begitu sekali.... takan paking salah kena buang kuarters tak patut...tak patut... kalau dah paking tak der mcm mana? Patut laaa org kerajaan ni takde intergriti...... mcm org kampung...??? tak semua....

    ReplyDelete
  4. memasing dah dewasa..tapi ada jugak pikiran cam bebudak lagi....
    TAK ADA PARKING???? tak ada mata ka? kat luar nuuuu...selain dari kat besmen...melambak lagi tempat parking..tak ada kaki nak jalan pegi lift ke? Dah tua sangat?
    tak tengok dekat kuarters yang terpaksa parking tindih2 sbb tk cukup tempat parking?

    TAK RETI BERSYUKUR LAH TU NAMANYA..
    satu lagi pasal yg buat parking lot tu macam mak ayah dia punya. Parking kat tetengah tak mahu kasi orang lain parking. Ada beli ke parking lot tu untuk diri dan keluarga sendiri? Rasa nak bom je kereta yang buat macam tu. First come first serve lah... ish..ishh..
    Berubahlah...sempena Ramadhan yang mulia. Bila orang tegur... buat main-main...bebetul mcm budak-budak ...
    Bukan marah... nasiihatttt...!

    ReplyDelete
  5. RM50 jer...x banyak,beli mercun pun lebih dari tu. Kan bagus kalau kena RM500 atau lebih...Di negara lain kita x berpeluang nak dpt surat amaran, tau2 kereta dah kena tarik...nak balik kereta bayar saman yang sama nilai dgn sebulan gaji...Untungnyer hidup kat m'sia dan tinggal di apartments kerajaan

    ReplyDelete
  6. Korangni kalau mengutuk suka betoi ye! orang yang parking salah tempat2 memang degil dan susah nak diajar, korang kate2, tapi korangni pulak suka mengata dan pendendam. at last kedua-dua pihak samaje. Orang BPHpun tak macam korang, mereka hanya jalankan tugasje dan xde perasaan demdam macam korang semua... oh mohon maaf zahir dan batin, terlebih pulak... korang jangan lupa mohon maaf sebelum raya di blogni ye! jangan ingat, korang kata mengata dalam blog orang taktahu siapa, tapi ingat ALLAH tahu siapa, oleh itu mohonlah kemaafan sempena HARI RAYA.

    ReplyDelete
  7. Teguran yang membina tak di pedulikan...apatah lagi kalau bersemuka.. naik angin dan nak bergaduh... org mcmni keras kepala bila ditegur. Apabila tindakan diambil, baru nak sibuk salhkan org lain... inilah sikap ORANG MELAYU..!!!!

    ReplyDelete