KUARTERS APARTMENT PRESINT 14 MEMPUNYAI 5 BLOK IAITU BLOK A, B, C, D DAN E. MEMPUNYAI LEBIH KURANG 830 UNIT RUMAH. KUARTERS INI MULAI DIDUDUKI PADA BULAN OGOS TAHUN 2007. ANTARA KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SINI IALAH MINI MARKET, DEWAN SERBAGUNA, GELANGGANG TAKRAW DAN GELANGGANG BOLA TAMPAR/BOLA KERANJANG.
Wednesday, January 28, 2009
MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA
Saturday, January 17, 2009
MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT UNTUK PALESTINE DAN BUBUR ASYURA
MAKLUMAN
ADALAH DIMAKLUMKAN PRESINT 14 TELAH DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH BAGI MAJLIS FORUM PERDANA, SOLAT HAJAT DAN BUBUR ASYURA YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH : 22HB JANUARI 2009
HARI : KHAMIS
MASA : MULAI MAGHRIB
TEMPAT : PERKARANGAN BLOK E
SEHUBUNGAN ITU, TUAN/PUAN DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS TERSEBUT.
SUMBANGAN KEPADA IBU-IBU TUNGGAL JUGA AKAN DIBERIKAN.
ADALAH DIHARAPKAN IBU-IBU TUNGGAL YANG TINGGAL DI PRESINT 14 INI DAPAT MENGHUBUNGI KETUA-KETUA BLOK SEPERTI YANG TERTERA SELEWAT-LEWATNYA 21 JAN 2009(RABU) UNTUK TUJUAN PEMBERIAN SUMBANGAN TERSEBUT:
BLOK A : EN. KAMALUDDIN 012-355 0184
BLOK B : EN. MOHD. YUSOF 019-264 3159
BLOK C : EN. AMRI B. JAB 019-577 6973
BLOK D : EN. SUAZALI 017-250 1649
BLOK E : EN. AMRI B. AHMAD 019-271 1018
ATAU
PENGERUSI : TN.HJ ABDUL LATIFF 013-677 7381
SETIAUSAHA : HUSNI B. HALIM 013-265 3788
TERIMA KASIH.
‘HARMONI BUDAYA KITA’
Wednesday, January 14, 2009
OPERASI KUNCI TAYAR OLEH PENGUATKUASA BPH



Assalamualaikum..wrt..
Monday, January 12, 2009
AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR ASYURA BLOK E
Thursday, January 8, 2009
UBAHLAH SIKAP ANDA
ANDA NILAIKAN SENDIRI
Tuesday, January 6, 2009
MAKLUM BALAS KOMEN/ADUAN/CADANGAN
Assalamualaikum..wrt..
Saya bagi pihak AJK Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada saudara/saudari/tuan/puan yang telah meluangkan masa untuk melayari blog ini..
Alhamdulillah..banyak komen/cadangan serta aduan yang telah diterima melalui laman blog ini..Komen-komen tersebut dapat membantu pihak persatuan menambahbaik segala aktiviti yang dirancangkan untuk seluruh komuniti kita..
Di sini saya bagi pihak persatuan ingin memaklumkan tentang tindakan yang telah dan akan diambil berdasarkan kepada komen-komen anda:
- CCTV
Pihak AJK telah memklumkan kepada BPH dan kontraktor yang terlibat bagi memperbaiki mana-mana cctv yang telah tidak berfungsi. Alhamdulillah, tindakan telahpun diambil dan cctv tersebut dalam keadaan yang berfungsi dengan baik.
Pihak persatuan juga telah memohon kepada BPH untuk mengubah cctv di kawasan yang kurang penting ke kawasan yang lebih penting..di hadapan lift terutamanya..InsyaAllah tindakan akan diambil dalam masa terdekat.
- LAMPU JALAN YANG TIDAK BERFUNGSI
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihak Penyelenggara. Apa yang telah dimaklumkan, terdapat wayar-wayar di dalam tanah yang terputus. Segala kerosakan sedang dibaiki dan akan dipastikan dalam masa terdekat semuanya akan berfungsi dengan baik. Terima Kasih kepada yang telah memaklumkan saya melalui blog ini.
- LALUAN PEJALAN KAKI BERHAMPIRAN RUMAH SAMPAH BLOK E
Laluan tersebut akan dibuka minggu hadapan mengikut apa yang telah dimaklumkan oleh pihak BPH..
- KESESAKAN PARKING DI BAWAH BASEMENT
Masalah ini kerapkali dibangkitkan. Punca utama masalah ini ialah sikap kita sendiri yang mementingkan diri..Sebenarnya kuarters presint 14 ini telah disediakan banyak kawasan parking..saya mewakili pihak persatuan memohon kepada semua penduduk sama-samalah kita bertanggungjawab dan bertimbangrasa. Sekiranya parking di bawah basement telah penuh, letaklah kenderaan anda di bahagian luar. Janganlah letak kenderaan anda di kawasan-kawasan yang dilarang terutama di hadapan pintu masuk lif..
Pihak BPH telah dimaklumkan mengenai masalah ini. Tindakan untuk mengunci kenderaan yang diletakkan di kawasan yang dilarang akan dilakukan lebih kerap.
YANG PALING PENTING ADALAH PERUBAHAN SIKAP KITA SENDIRI.
JANGANLAH TERLALU MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Sekian, Terima kasih.
HUSNI BIN HALIM
013-265 3788
Thursday, January 1, 2009
(OKU) ORANG KURANG UPAYAKAH ANDA????





Assalamualaikum..wrt.
SELAMAT MA'AL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009
Sunday, December 28, 2008
JAWAPAN KEPADA KOMEN/ADUAN/CADANGAN
Friday, December 26, 2008
BORANG MAKLUMAT PENDUDUK
TOMOI
KELAS TAE KWON DO
KELAB DART PRESINT 14
Wednesday, December 24, 2008
MESYUARAT PENDUDUK BLOK E
Assalamualaikum..wrt.
Seperti yang telah dirancang, pada 22hb Disember 2008(Isnin), jam 9.30 malam, telah diadakan satu sesi mesyuarat/perjumpaan bagi semua penduduk Blok E.
Di sini saya ingin membuat sedikit ulasan hasil dari sesi perjumpaan pada malam tersebut.
Tujuan pihak AJK Penduduk Blok E mengadakan perjumpaan tersebut ialah:
B) KEHADIRAN
Kehadiran AJK dan Penduduk Blok E pada malam tersebut dapat saya rumuskan sebagai amat-amat mendukacitakan. Daripada keseluruhan penduduk yang menghuni di lebih kurang 220 unit di BLOK E yang setinggi 17 tingkat, hanya 16 orang sahaja yang hadir.
Persatuan Penduduk ditubuhkan dengan objektif/tujuan menyatu-padukan penduduk di sesuatu komuniti. Dengan adanya persatuan penduduk, kita berharap agar kita sama-sama dapat merancang dan menjalankan aktiviti yang berfaedah untuk kepentingan bersama. Sekurang-kurangnya kita dapat mengenali jiran tetangga kita. OLEH YANG DEMIKIAN, SAYA MERAYU KEPADA SEMUA PENDUDUK AGAR DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA SUPAYA APA YANG KITA RANCANGKAN UNTUK KOMUNITI KITA DAPAT BERJALAN LANCAR DAN MEMBERI FAEDAH KEPADA SEMUA.
ANTARA AKTIVITI YANG TELAH DI RANCANG :
- RONDAAN MALAM
Bagi menangani masalah kecurian yang makin kerap berlaku di kawasan kita,
Pihak AJK telah merancang untuk mengadakan rondaan malam secara bergilir yang melibatkan semua penduduk Blok E. Makluman dan jadual berkenaan perkara tersebut akan diedarkan kepada semua penduduk dalam masa terdekat.
- BORANG MAKLUMAT PENDUDUK
Borang maklumat penduduk akan diedarkan kepada semua penduduk. Diharap tuan/puan dapat mengisi dan mengembalikan borang tersebut dengan segera.
Tujuannya ialah untuk memudahkan Jawatan kuasa penduduk merancang aktiviti untuk penduduk berdasarkan maklumat-maklumat tersebut.
Sekiranya para penghuni mempunyai sebarang kemusykilan/pertanyaan, sila berhubung dengan:
1. EN. AMRI BIN AHMAD -KETUA BLOK E 019-271 1018
2. EN. KHAIRUL AZMAN -SETIAUSAHA BLOK E 012-217 4625
Senarai semua AJK akan diedarkan kepada semua penduduk.
Sekian. Terima kasih.
‘HARMONI BUDAYA KITA’
Saturday, December 20, 2008
SUKAN
PERJUMPAAN PENDUDUK BLOK E
MAKLUMAN
PERJUMPAAN JAWATANKUASA PENDUDUK BLOK E
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PERJUMPAAN UNTUK SEMUA AJK PENDUDUK BLOK E DAN SEMUA PENDUDUK AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH : 22HB DISEMBER 2008
HARI : ISNIN
MASA : 9.30 MLM
TEMPAT : SURAU AL-MUSTAQIM
KEHADIRAN SEMUA AJK DAN PENDUDUK BLOK E AMAT-AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH.
‘HARMONI BUDAYA KITA’
PENGERUSI BLOK E.







