Monday, November 13, 2017

BOLA SEPAK PRESINT 14 : SEJARAH PEMBENTUKAN

Tempoh : 2009 - 2014

Latar Belakang dan Sejarah Pembentukan Pasukan:

Dibentuk sekitar awal 2009 secara tidak serius oleh beberapa orang ahli komuniti yang mempunyai minat sama terhadap bolasepak.

Antara yang terawal dan merupakan teras kepada pasukan ini ialah, Sdr. Mohd Fauzi B. Ramli( telah berpindah ke Terengganu), Mohd Faiza Mat Sah (telah berpindah ke Nilai), Sdr. Mat Sayuti Sanusi, Sdr. Ayie dan beberapa orang lagi.

Melihatkan kepada minat yang agak mendalam tersebut di samping amat positif dalam memupuk penyatuan dan perpaduan di komuniti Presint 14 yang ketika itu masih baru dibuka dan serba kekurangan, Saya yang ketika itu dipilih sebagai Setiausaha J/Kuasa Penduduk Blok E dan juga Setiausaha J/Kuasa Induk bagi Kuarters Apartment P14 telah berusaha membantu dengan mendapatkan satu set jersi untuk pasukan yang baru dibentuk ini.

Ketika itu, Presint 14 tiada kemudahan padang bola dan hanya bermain di kawasan lapang berhampiran Taman Permainan Kanak2 di tengah-tengah antara 5 Blok Apartment P14-7.

Pada sekitar pertengahan tahun 2009, dalam satu perjumpaan bersama penduduk oleh Pihak Perbadanan Putrajaya yang diterajui oleh Tuan Hj. Zamri, pihak Perbadanan telah mengumumkan pembukaan 3 buah Padang Bolasepak iaitu di P8, P9 dan P14.

Saya yang ketika itu hadir selaku Setiausaha Penduduk bangun bertanyakan tentang status sebenar padang2 tersebut sama ada untuk Komuniti atau Terbuka kepada mana2 pihak. Ini kerana dalam tinjauan sebelum itu, didapati terdapat beberapa pasukan b/sepak Jabatan kerajaan menggunakan padang P14.

Jawapan yang diberikan oleh Tuan Hj. Zamri ialah, padang2 tersebut adalah untuk komuniti dan komuniti berhak menghalang mana2 pihak luar yang tanpa kebenaran menggunakan padang tersebut. Pihak PPj juga amat berharap, padang2 tersebut termasuk P14 dapat dikawalselia tentang keadaan persekitarannya oleh seseorang wakil penduduk yang dilantik dari kalangan j/kuasa penduduk bagi setiap komuniti. Setelah diadakan perbincangan sesama J/kuasa pddk dipersekitaran komuniti P14, saya telah dipilih secara sebulat suara.

Untuk itu, demi menjaga kemudahan yang disediakan ini, sy telah berusaha membentuk pasukan B/sepak ini secara yang lebih teratur walau berhadapan berbagai kekangan kekurangan demi memastikan hak kita terhadap Kemudahan Padang Bolasepak P14 terus dapat dikekalkan.

Pada tahun (2009) tersebut juga, dengan pasukan yang baru dibentuk ini, dengan kerjasama erat Sdr. Khairul Nizam Ghazali selaku jurulatih selain dibantu oleh Sdr. Mohamed Asarin, kita telah turut menyertai Kejohanan Liga Bolasepak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya dan telah berjaya menduduki tempat ke-4 Kejohanan.

Malangnya tidak lama selepas itu, telah berlaku perpecahan dikalangan pemain pasukan ini, di mana tanpa sebarang perbincangan atau makluman, beberapa pemain telah diketepikan dan diambil pemain2 luar.

Pengurusan:

Pengerusi/Pengurus Pasukan : Husni B. Halim
Timb. Pengerusi : Mohd Shahidi Fauzano B. Mohd Shahidi
Penolong Pengurus : Zah Irwan B. Zah Hamri
Penasihat Teknikal : Mohamad Asarin

Antara Senarai nama pemain Bolasepak Presint 14 dulu dan sekarang

01. Mat Sayuti B. Sanusi
02. Burhanuddin B. Hashim
03. Sharul B. Mhd Nohrawi
04. Tuan Shahidan
05. Zulkeflee B. Mohd
06. Maharan B. Ngah
07. Muhsin B. Hassan
08. Abdul Haziq B. Abdul Razak
09. Abdul Hazim B. Abdul Razak
10. Mohamad Firdaus B. Mohamad Fauzi
11. Hazral Fazrien
12. Mohd. Syahril B. Yen
13. Khairul Anuar B. Khalid (abuamjad)
14. Mohamed Azimin B. Mohamed Zahidi
15. Erresafrinal B. Abdullah
16. Mohd Hafis B. Mamat
17. Mohd Sayuti B. Zainun (GK)
18. Mohd Fared B. Masoud (GK)
19. Mohd Fakhrie
20. Mohd Shahidi Fauzano B. Mohd Shafie
21. Hairezal B. Musa @ Amindollah
22. Abdul Khalaf B. Abdul Razak
23. Mohd Faiza B. Mat Sah
24. Mohd Fauzi B. Ramli
25. Yusmizan B. Hat
26. Azman
27. Yuzaimi B. Abdul Wahab
28. Salahudin
29. Noor Azhar
30. Abd. Halim B. Abd. Ghani
31. Ahmad Zulrushdi
32. Mohd Shahir
33. Mohd Hafizul Zaini
34. Sofian B. Kamaruddin
35. Sofian B. Abdul Malik

Sumber Kewangan :

-Tiada sumber kewangan yang dikhaskan utk pasukan ini.
-Peringkat awal membuat kutipan yuran sebanyak RM5 setiap ahli pasukan bagi membiayai kos perlawanan2 persahabatan yang diadakan setiap minggu. Kutipan terhenti semenjak tahun 2011.
- Semenjak itu, segala perbelanjaan diusahakan oleh Sdr. Husni dan sebahagiannya adalah hasil dari hadiah wang tunai kemenangan yang dipersetujui oleh ahli pasukan.
-Melalui pasukan inilah ditubuhkan UMNO Cawangan Bunga Bourgenvilla sebagai satu alternatif menyalurkan apa-apa kemudahan berkaitan kepada pasukan.

Aktiviti-aktiviti pasukan:

1. Perlawanan persahabatan diadakan hampir setiap minggu dengan purata 2 perlawanan dan kadangkala menjangkau sehingga 3-4 perlawanan dalam satu minggu.
2. Diadakan juga perlawanan di luar dari Putrajaya.

Antaranya;
  2.1: P14 vs IPD Sepang di Stadium Salak Tinggi
  2.2: P14 vs MPSJ di Stadium MPSJ. ( telah diadakan sebanyak 3 kali)
  2.3: P14 vs PDRM Bkt. Aman. Di Std. Pancarona
  2.4: P14 vs RHB Bank di Pdg. RHB.( 2 kali)
  2.5: P14 vs Mardi di Padang Mardi.

Pencapaian;
2009 - Tempat ke-4 Kejohanan Liga Bolasepak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya.
2011 - Johan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah sempena Hari Wilayah Anjuran PPj.
2013 - Tempat ke-4 Div. 2 Kejohanan Liga Bolasepak Piala YB. Ahli Parlimen Putrajaya.

Husni Bin Halim

Sunday, May 23, 2010

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP & TERBUKA KOMUNITI PUTRAJAYA 2010



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, akhirnya penat lelah pemain-pemain sepaktakraw Presint 14 telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Pasukan P14 yang dibarisi oleh Saudara Faizee, Ahmad Suhaimi dan Mohd Wafi telah muncul sebagai Johan pada kejohanan tersebut yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 22 & 23hb Mei 2010 di Dewan Presint 11.

Tahniah dan Syabas kepada semua pemain yang telah membuktikan bahawa kita sememangnya boleh.

Diharapkan agar kemenangan ini akan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua penduduk yang berminat dalam aktiviti ini untuk turut bersama-sama memeriahkan aktiviti ini.

Sekian.

Pengurus Pasukan
Husni Bin Halim
013-265 3788


Friday, April 23, 2010

BOLASEPAK : LIGA BOLASEPAK PIALA AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA

Assalamualaikum..wrt & Salam Sejahtera...

Pada 1hb Mei 2010(Sabtu) bertempat di Padang Bolasepak Sekolah Kebangsaan Presint 9(2), pasukan Bolasepak Presint 14 dengan nama Cawangan Bunga Bourgenvilla/Lily akan menghadapi perlawanan pertamanya dalam kejohanan ini menentang pasukan Cawangan Bunga Bakawali.

Untuk makluman, pasukan Bunga Bakawali telah memenangi perlwanan pertamanya menentang pasukan Bunga Dahlia dengan keputusan perlawanan 6-0.

Walaubagaimanapun, pasukan kita tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan Bunga Bakawali pada persaingan nanti. InsyaAllah dengan semangat jitu dan persefahaman semua pemain serta sokongan penduduk, kita akan turun dengan penuh bersemangat demi mengharumkan nama cawangan/komuniti kita.

Kepada semua penduduk yang berkesempatan, bersama-samalah hadir memberikan sokongan kepada pasukan kita.

Sekian.

Pengurus Pasukan Bolasepak Presint 14 (P14FC)

Husni Bin Halim
013-265 3788

Wednesday, April 7, 2010

PENUBUHAN JAWATAN KUASA PENDUDUK (PENAJA) BLOK A

Assalamualaikum..wrt.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, pada 06hb April 2010 ( Selasa) telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Blok A bertujuan membentuk kembali JawatanKuasa Penduduk untuk Blok A.

Untuk makluman, Jawatan kuasa penduduk Blok A terpaksa ditubuhkan kembali kerana ramai AJK terdahulu yang telah berpindah termasuk Pengerusi Blok.

Kini, Blok A telah mempunyai senarai Jawatan Kuasa Penduduk bagi sesi 2010/11 dengan perlantikan En. Selamat sebagai Pengerusi Blok A yang baru bersama barisan AJK yang nampak lebih mantap dan bersemangat bagi bersama-sama menjalankan aktiviti yang bakal dirancang.

Senarai penuh Jawatan Kuasa Penduduk Blok A akan dipaparkan di laman blog ini dalam masa terdekat.

Tahniah kepada barisan Jawatan Kuasa Penduduk Blok A yang baru dilantik. Diharapka agar semua penduduk khususnya penduduk Blok A memberikan kerjasama kepada J/kuasa Blok A.

Sekian.

Husni Bin Halim
013-265 3788
Setiausaha
Jawatan Kuasa Penduduk (Induk)
Kuarters Apt Presint 14-7
Presint 14
Putrajaya.

Sunday, April 4, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar P14 vs Pasukan Paralimpik Malaysia




Perlawanan tersebut telah berlangsung pada 3 April 2010 jam 9.0 pagi di PLPP, Sungai Merab, Bangi. Sesungguhnya bukan mudah untuk bermain dengan mereka. Di atas keinginan untuk tahu bagaimana mereka bermain dan corak permainan mereka maka kami menyahut cabaran tersebut.

Ternyata kekurangan yang ada tidak mematikan semangat mereka. Sebaliknya pasukan P14 yang normal telah tewas dengan teruk. Kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun sukar, demi semangat kesukanan perlawanan tersebut telah berlangsung dengan jayanya.
Pasukan tersebut dalam persiapan ke Kejohanan Paralimpik Dunia di Beijing minggu depan. Semoga berjaya.

Wednesday, March 24, 2010

SUKAN : KEJOHANAN LIGA BOLASEPAK PIALA YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR


Assalamualaikum..wrt dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Pasukan Bolasepak Presint 14 akan menyertai Kejohanan Liga Bolasepak Piala YB Ahli Parlimen Putrajaya yang dijangkakan akan berlangsung mulai April sehingga Disember 2010.

Kejohanan ini terbuka kepada semua Cawangan UMNO di Putrajaya. Untuk makluman Pasukan Presint 14 akan bertanding di bawah Cawangan Bunga Lily yang baru ditubuhkan. Antara syarat lain yang ditetapkan ialah semua pemain perlu menjadi ahli cawangan dan juga pengundi di Putrajaya.

Hadiah yang ditawarkan:-

JOHAN : RM10,000.00 + Medal + Piala Pusingan
N/JOHAN : RM5,000 + Medal
KETIGA : RM3,000 + Medal
KEEMPAT : RM1,000 + Medal

Alhamdulillah, pasukan kita telah dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kepada yang berminat untuk menyarung jersi pasukan, peluang masih terbuka dan diharapkan dapat memberi komitmen menjalani latihan yang diadakan setiap petang di Padang Bolasepak Presint 14.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi HUSNI BIN HALIM, 013-265 3788.

SISTEM MELETAK KENDERAAN BERPELEKAT/STICKER

Assalamualaikum..wrt.. dan Salam Sejahtera..

Sistem meletak kenderaan berpelekat/sticker akan diperkenalkan oleh BPH di kawasan komuniti Presint 14. Sistem ini sebenarnya telahpun diperkenalkan dan dilaksanakan di beberapa Presint lain di Putrajaya dan akan diseragamkan di seluruh kawasan kuarters di Putrajaya.

Untuk makluman, bagi kuarters di kawasan Presint 14(Sub Presint 14-7), J/kuasa penduduk telah berbincang dengan pihak BPH untuk mengadakan perbincangan dengan J/kuasa Penduduk dan para penghuni terlebih dahulu sebelum sistem ini dilaksanakan. Tarikh untuk mengadakan perbincangan tersebut akan ditetapkan oleh pihak BPH.

Isu ini telah menimbulkan berbagai-bagai persoalan kepada penduduk kerana kaedah yang akan digunakan masih samar.

Apa yang amat diharapkan adalah apa juga sistem yang ingin dilaksanakan biarlah ianya sistem yang dapat menyelesaikan masalah dan bukan menambah masalah yang sedia ada.

Sekian.

Monday, March 15, 2010

IIUM Invitation Volleyball (Female) 2010

Pertandingan Bola Tampar Wanita Jemputan UIA telah berlangsung di Stadium UIA pada 14 Mac 2010. Sebanyak 12 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut antaranya NAVY, FRIM, MINDEF, UIA, P14, KUNTUM, BMI, DIOR dan sebagainya lagi.

Walaupun tidak berkesempatan membuat persiapan latihan, P14 hanya berjaya ke peringkat suku akhir sahaja. Namun begitu tentangan sengit telah diberikan, P14 tewas dengan DIOR 26-31. Sesungguhnya DIOR dibarisi oleh pemain dari skuad Kuala Lumpur.

Semangat juang yang ditunjukkan oleh P14 perlu dikekalkan untuk pertandingan di masa akan datang.


Team P14

Kalah dan menang adat permainan.


Coach mati akal dengan prestasi tidak sekata dari pemain.


P14 vs DIOS



Perlawanan dimulakan dengan penuh semangat kesukanan.