Friday, April 23, 2010

BOLASEPAK : LIGA BOLASEPAK PIALA AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA

Assalamualaikum..wrt & Salam Sejahtera...

Pada 1hb Mei 2010(Sabtu) bertempat di Padang Bolasepak Sekolah Kebangsaan Presint 9(2), pasukan Bolasepak Presint 14 dengan nama Cawangan Bunga Bourgenvilla/Lily akan menghadapi perlawanan pertamanya dalam kejohanan ini menentang pasukan Cawangan Bunga Bakawali.

Untuk makluman, pasukan Bunga Bakawali telah memenangi perlwanan pertamanya menentang pasukan Bunga Dahlia dengan keputusan perlawanan 6-0.

Walaubagaimanapun, pasukan kita tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan Bunga Bakawali pada persaingan nanti. InsyaAllah dengan semangat jitu dan persefahaman semua pemain serta sokongan penduduk, kita akan turun dengan penuh bersemangat demi mengharumkan nama cawangan/komuniti kita.

Kepada semua penduduk yang berkesempatan, bersama-samalah hadir memberikan sokongan kepada pasukan kita.

Sekian.

Pengurus Pasukan Bolasepak Presint 14 (P14FC)

Husni Bin Halim
013-265 3788

Wednesday, April 7, 2010

PENUBUHAN JAWATAN KUASA PENDUDUK (PENAJA) BLOK A

Assalamualaikum..wrt.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, pada 06hb April 2010 ( Selasa) telah diadakan perjumpaan dengan penduduk Blok A bertujuan membentuk kembali JawatanKuasa Penduduk untuk Blok A.

Untuk makluman, Jawatan kuasa penduduk Blok A terpaksa ditubuhkan kembali kerana ramai AJK terdahulu yang telah berpindah termasuk Pengerusi Blok.

Kini, Blok A telah mempunyai senarai Jawatan Kuasa Penduduk bagi sesi 2010/11 dengan perlantikan En. Selamat sebagai Pengerusi Blok A yang baru bersama barisan AJK yang nampak lebih mantap dan bersemangat bagi bersama-sama menjalankan aktiviti yang bakal dirancang.

Senarai penuh Jawatan Kuasa Penduduk Blok A akan dipaparkan di laman blog ini dalam masa terdekat.

Tahniah kepada barisan Jawatan Kuasa Penduduk Blok A yang baru dilantik. Diharapka agar semua penduduk khususnya penduduk Blok A memberikan kerjasama kepada J/kuasa Blok A.

Sekian.

Husni Bin Halim
013-265 3788
Setiausaha
Jawatan Kuasa Penduduk (Induk)
Kuarters Apt Presint 14-7
Presint 14
Putrajaya.

Sunday, April 4, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar P14 vs Pasukan Paralimpik Malaysia




Perlawanan tersebut telah berlangsung pada 3 April 2010 jam 9.0 pagi di PLPP, Sungai Merab, Bangi. Sesungguhnya bukan mudah untuk bermain dengan mereka. Di atas keinginan untuk tahu bagaimana mereka bermain dan corak permainan mereka maka kami menyahut cabaran tersebut.

Ternyata kekurangan yang ada tidak mematikan semangat mereka. Sebaliknya pasukan P14 yang normal telah tewas dengan teruk. Kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun sukar, demi semangat kesukanan perlawanan tersebut telah berlangsung dengan jayanya.
Pasukan tersebut dalam persiapan ke Kejohanan Paralimpik Dunia di Beijing minggu depan. Semoga berjaya.