Tuesday, September 29, 2009

BOLASEPAK

Assalamualaikum..wrt..

Aktiviti riadah bermain bolasepak diadakan pada setiap petang jam 6.00. Kepada warga Presint 14 yang berminat datanglah beramai-ramai di padang bolasepak Presint 14.

Untuk makluman, satu kejohanan bolasepak di Presint 14 sedang dirancang untuk diadakan dalam masa terdekat. Tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Sekian.

Husni Halim
013-265 3788

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT KEMBALI WARGA PRESINT 14

Assalamualaikum..wrt..

Setelah seminggu kita semua bergembira menyambut Aidil Fitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing, kini tiba masanya semua warga kota yang pulang ke kampung mula kembali ke kota termasuk warga Presint 14.

Diharapkan, semuanya dapat kembali dengan selamat. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan pulang ke destinasi. Berhati-hati ketika memandu..Utamakan keselamatan.

Thursday, September 17, 2009

SEKADAR PERINGATAN

Assalamualaikum..wrt..

Kepada warga Presint 14 yang dah mula bercuti dan dah mula pulang ke kampung halaman menyambut Aidil Fitri diharap anda telah memastikan keselamatan kediaman dan harta benda yang ditinggalkan sepanjang percutian anda.

Pastikan semua pintu dan suis-suis utama telah ditutup dan berkunci. Sekiranya anda meninggalkan kenderaan anda, kalau boleh, tinggalkan di kawasan-kawasan yang selamat seperti di kawasan yang berkamera. Pastikan juga kenderaan anda tidak menghalang laluan.

Sekian.

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



ASSALAMUALAIKUM..WRT..

Selang beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Bagi pihak seluruh Jawatankuasa penduduk Aprtment Presint 14, Putrajaya, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga Presint 14 dan semua muslimin dan muslimat.

Kepada yang dah mula pulang ke kampung halaman masing-masing, kami mengucapkan selamat jalan dan sentiasa berhati-hatilah sepanjang perjalanan anda.

Juga ingin diingatkan, pastikan keselamatan kediaman dan harta benda anda yang ditinggalkan sepanjang perayaan ini. Jangan dibiarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab 'beraya' dengan harta benda anda.

Akhir sekali, dikesempatan ini, saya bagi pihak seluruh AJK penduduk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin kepada seluruh warga Presint 14 dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Wednesday, September 9, 2009

OPERASI KUNCI TAYAR KENDERAAN PENGHUNI OLEH BPH

Untuk makluman semua penghuni di Apt Presint 14.

Pihak BPH sedang menjalankan operasi mengunci tayar kenderaan penghuni yang meletakkan kenderaan di tempat terlarang.

Kertas-kertas merah yang diletakkan di cermin kereta merupakan kertas amaran dan nombor kenderaan tersebut direkodkan dan gambar diambil (Tetapi biasanya kertas tersebut dikoyakkan tanda hebatnya penghuni tersebut. Tapi sayang tanpa disedarinya nombor kenderaan tersebut telah direkodkan).

Menerima kertas amaran kali kedua menyebabkan kenderaan penghuni akan dikunci.

1) Kunci kali pertama tak perlu bayar RM50.00 tetapi pemilik kenderaan tersebut terpaksa membawa kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan tersebut. Selain itu juga pemilik kenderaan tersebut menerima amaran atau surat tunjuk sebab dari ketua jabatan masing-masing.

2) Kunci kali kedua masih lagi tak perlu bayar RM50.00 tetapi surat keluar dari kuarters akan diberikan serta merta.

3) Tidak puas hati dengan tindakan keluar kuarters, tindakan tatatertib dari ketua jabatan dikeluarkan jika ada sebarang bantahan.

Kepada penghuni Presint 14 yang bijaksana dan penghuni yang tegar tu patuhi peraturan yang telah ditetapkan tak kira apa pangkat anda.

Sekian, terima kasih.