Friday, July 31, 2009

BOLASEPAK : KEMENANGAN YANG BERMARUAH


Assalamualaikum..wrt..

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana buat pertama kalinya Pasukan Bolasepak Presint 14 menyertai Liga Bolasepak Piala Presiden Perbadanan Putrajaya pada tahun ini, kita telah dapat melangkah ke peringkat Separuh Akhir.

Walaubagaimanapun, ada juga pihak-pihak yang merasa kurang senang dan tidak berpuashati dengan kemenangan kita melalui bantahan terhadap pasukan JPA.

Untuk makluman, Pasukan P14 membuat bantahan kerana Pasukan JPA telah meletakkan beberapa pemain yang tidak disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Tindakan mereka adalah menyalahi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sehubungan itu, setelah bantahan dibuat, dan pihak Penganjur membuat penelitian ke atas bantahan kita, terbukti pasukan JPA telah melanggar peraturan dan Pasukan P14 telah layak ke peringkat Separuh Akhir.

Oleh yang demikian, saya memohon kepada semua, terutamanya penduduk Presint 14, usahlah membuat andaian yang bukan-bukan terhadap pasukan kita. Untuk mendapat lebih kepastian, berhubunglah terus dengan pihak pengurusan Pasukan.

Dari permulaan liga ini, kita bermain dengan penuh semangat kesukanan dan mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan. Kita menang dengan penuh bermaruah.

Pemain-pemain kita telah menunjukkan semangat juang yang amat tinggi dalam setiap perlawanan bagi membuktikan bahawa Presint 14 sememangnya BOLEH!!!.

Datanglah beramai-ramai pada 1hb Ogos 2009 (Sabtu) jam 8:00 mlm di Stadium Pancarona bagi memberikan sokongan kepada pasukan kita.

Sekian.
Terima kasih.

Pengurusan Pasukan Bolasepak Presint 14 2009

Husni Bin Halim
016-229 4272

Tuesday, July 28, 2009

BOLASEPAK : JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR


PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

PRESINT 14 VS KASTURI FC

TARIKH : 1HB OGOS 2009
HARI : SABTU
MASA : 8:00 MLM
TEMPAT : PANCARONA P18

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KITA.

Thursday, July 23, 2009

PRESINT 14 FC 2009

BERDIRI DARI KIRI : AZIMIN, NIK, SOFIAN, AZHAR, IMAN, YUNUS, FAUZI, AZMAN, HAZIQ, YUZAIMI, NIZAM(JURULATIH)
DUDUK DARI KIRI : ADAM, YUS, LAN, HUSNI(PENGURUS), WAN, NAZRI, SAYUTI, SHAHIDI

Monday, July 20, 2009

VANDALISMA



MAKIN MELAMPAU DAH MENYUSAHKAN. SEGALA KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN DENGAN SEWENANGNYA DIROSAKKAN DAN MENYUSAHKAN SEMUA PIHAK.

KERJASAMA SEMUA PIHAK AMAT DIHARAPKAN AGAR SAMA-SAMA MEMANTAU MASALAH INI DARI TERUS BERLELUASA.

BOLASEPAK


BARISAN PEMAIN PRESINT 14

KEDUDUKAN PERINGKAT KUMPULAN:

KUMPULAN C

KEDUDUKAN

MAIN

MENANG

SERI

KALAH

JRGN

BOLOS

MATA

PRESINT 14

3

3

-

-

14

5

9

KDN

3

2

-

1

19

2

6

JAWHAR

3

1

-

2

4

18

3

MALINJA

3

-

-

3

3

12

0

PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN:

1. 20 JUN 2009 - PRESINT 14 (4) VS KDN (2)

**PENJARING : SHAHIDI(2), IMAN, SAYUTI,

2. 28 JUN 2009 - PRESINT 14 (4) VS MALINJA (1)

**PENJARING : SHAHIDI(2) IMAN, AZMAN

3. 12 JULY 2009 - PRESINT 14 (6) VS JAWHAR (2)

**PENJARING : AZIMIN,WAN, SHAHIDI,IMAN,LAN,SAYUTI

** KAD KUNING : MOHD ENUR IMAN (P14 VS JAWHAR)

PUSINGAN KEDUA :

PRESINT 14 VS PDRM

TARIKH : 19HB JULAI 2009

HARI : AHAD

MASA : 3:00 PTG

TEMPAT : STADIUM PANCARONA

KEPUTUSAN : PRESINT 14 - 4(G/S, SHAHIDI(2), HAZIQ) PDRM - 0

senarai penjaring gol :

1. Shahidi 7

2. Iman 3

3. Sayuti 2

4. Haziq 1

5. Azimin 1

6. Lan 1

7. Azman 1

8. Wan 1


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN BOLASEPAK PRESINT 14 YANG TELAH DAPAT MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT SUKU AKHIR PIALA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA.


PRESINT 14 TELAH MENGEJUTKAN PDRM 4-0 PADA PUSINGAN KEDUA KEJOHANAN YANG BERTEMPAT DI STADIUM PANCARONA P18 PADA 19 JULAI 2009.

CORAK PERMAINAN YANG TELAH DITUNJUKKAN AMAT MENGKAGUMKAN. SEMANGAT JUANG TINGGI YANG DIPAMERKAN MEMBOLEHKAN KITA MELANGKAH KE PERINGKAT SETERUSNYA.

TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYOKONG YANG TELAH SAMA-SAMA HADIR KE STADIUM BAGI MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PASUKAN KITA.

JADUAL PERLAWANAN SETERUSNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

PERINGKAT SUKU AKHIR:

PRESINT 14 vs (JPA @ SPA)
TARIKH : 25 JULAI 2009
HARI : SABTU
MASA : 5:00PTG
TEMPAT : PADANG PRESINT 8

SEKIAN

Wednesday, July 15, 2009

BOLASEPAK : LIGA PIALA PRESIDEN PEBADANAN

PASUKAN PRESINT 14 TELAH BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PUSINGAN KEDUA LIGA BOLASEPAK PIALA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN DAN JURULATIH YANG TELAH BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMBUKTIKAN BAHAWA KITA SEBENARNYA MEMANG BOLEH.

PRESINT 14 TELAH BERJAYA MENGUNGGULI KUMPULAN C DENGAN MENCATAT KEMENANGAN BAGI KETIGA-TIGA PERLAWANAN MENENTANG KDN(4-2), MALINJA(4-1) DAN JAWHAR(6-2).

JADUAL PERINGKAT PUSINGAN KEDUA SEPERTI BERIKUT:

PASUKAN : PRESINT 14 vs PDRM
TARIKH : 19 JULAI 2009, AHAD
TEMPAT : STADIUM PANCARONA
MASA : 3:00 PTG

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PASUKAN KITA.

PERLAWANAN PERSAHABATAN P14

Beberapa siri perlawanan persahabatan telah diadakan pada bulan Julai sebagai pengukur kemampuan dan prestasi pasukan ini. Perlawanan pertama diadakan antara P14 vs Bomba Bandar Baru Bangi pada 8 Julai 09 jam 9.00 mlm di P14 yang berkesudahan P14 tewas 2-3. Walaupun tewas, pemain-pemain P14 telah menunjukkan satu corak permainan yang baik dan mendapat pujian dari Bomba Bangi sendiri.


Perlawanan persahabatan kedua pula diadakan pada 10 Julai 09 jam 9.00 mlm bertempat di Pancarona antara P14 vs Bomba Kajang yang berkesudahan P14 menang 4-1. Kemenangan ini telah memulihkan kembali keyakinan pemain-pemain.


Perlawanan ketiga pula melibatkan P14 vs Pejabat Tanah & Galian Putrajaya (P.T.G) pada 12 Julai 09 jam 10.00 pagi di P14. Sekali lagi P14 menang dengan keputusan 4-1.


Sesungguhnya siri perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai pengisian kepada pemain-pemain pasukan P14 yang telah memberikan komitmen penuh dengan mengikuti latihan dengan tekun. Pihak pengurusan dan jurulatih memandang jauh ke hadapan untuk membawa pasukan P14 ini sebagai satu pasukan yang digeruni di Putrajaya ini.

Monday, July 6, 2009

MAKAN DURIAN BLOK B





Satu program Makan Durian telah diadakan di Blok B pada 5 Julai 2009 jam 3.00 petang. Objektif program ini adalah untuk menikmati kelazatan buah durian di samping mengeratkan hubungan antara penghuni.
Memandangkan bajetnya kecil sahaja maka program ini hanya dilaksanakan di Blok B sahaja, nanti kalau dapat bajet besar kita buat untuk 5 buah blok.

Friday, July 3, 2009

VANDALISME PELAJAR SMK PRESINT 14 DI BLOK B

Dua hari lepas, penghuni Blok B dikejutkan dengan vandalisme yang dilakukan oleh pelajar sekolah menengah P14. Pelajar-pelajar ini ponteng di blok ini, mencampakkan botol minuman, selipar, kasut dan pasu bunga dari tingkat 18 dan mengenai bumbung lobi dan pecah. Pasu bunga yang dicampak ini juga hampir mengenai cleaner bangunan.

Semalam pegawai penyiasatan jenayah datang dan meninjau lokasi kejadian. Selain itu juga pelajar-pelajar ini juga berdating di belakang blok. Bila ditanya dikatakan menunggu bas. Tak masuk akal!

Pelajar-pelajar ini juga meletakkan motosikal mereka di kawasan penghuni. Terdapat satu kes, mereka hilang kunci motor, dibuka lampu depan dan disambung wayar untuk menghidupkan motor tersebut. Ini menunjukkan mereka handal dan berpengetahuan tinggi tentang motor. Jika disalahgunakan habis motor penghuni disapunya.

Kepada penghuni-penghuni di P14, sama-samalah kita cari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Terima kasih.